— ✯ —
Selepas perlawanan Silver Knight dan Eagles, Silver Knight berjaya maju ke suku akhir MBC 2023. Dua minggu diberi untuk mereka berlatih. Oleh itu, setiap petang gelanggang bola keranjang Silver Elite High akan riuh dengan suara mereka.
"Assalamualaikum guys, kembali lagi bersama saya Hashaf Mikael!" Pintu kayu dewan bola keranjang ditolak kasar.
"Tak rindu aku ke?" soal Mikael selepas melihat tiga orang kawannya. Ahli lain satu per satu mula menghadeirkan diri ke latihan petang ini.
"Heh. Berani betul dia datang hari ni." Airel menyilangkan tangannya di depan dada.
"Kenapa kau cakap macam tu? Aku ada buat salah ke?" Mata Mikael memandang Airel lalu pandangannya dilemparkan ke arah Levi seterusnya Daniel. Tak ada apa yang menarik dengan Daniel sebab dia selalu tayang muka dingin dia.
"Lebih baik kau lari sekarang," ucap Daniel.
"Anaqi tak ada lagi, takkan dah start latihan tanpa dia." Dengan polos Mikael berkata.
Daniel hanya sekadar menggeleng. Orang dah bagi amaran awal-awal tak nak pula lari. Dia tak tahu ke dia dah buat salah?
"Mikael!" Anaqi yang entah datang dari mana mula mengejar Mikael sekuat hati. Mikael yang terkejut turut melarikan diri. Dah singa kejar dia, mestilah Mikael lari.
"Ha nak lari mana tu?" Tangan panjang Anaqi sempat menarik baju Mikael dari belakang.
"Weh tercekik! Berhenti!" Terbatuk-batuk Mikael selepas Anaqi melepaskan tangannya.
"Semalam siapa last yang ada dekat stor?" soal Anaqi.
"Akulah. Siapa lagi?" jawab Mikael.
"Dah tu kenapa tak dikunci?" Terselit nada marah apabila Anaqi bertanya. Terkebil-kebil mata Mikael memandang Anaqi.
"Oh ye eh? Kejap, aku pergi tengok." Belum sempat Mikael ingin melepaskan diri, Anaqi sekali lagi menarik baju Mikael. Mikael pula cepat-cepat meminta maaf.
"Tapi bukan salah aku. Levi lah semalam ajak aku pergi makan aiskrim, sampai aku lupa nak kunci pintu stor." Mikael memandang Levi sekilas, seolah-olah meminta bantuan.
"Alasan," kata Airel sambil menggelengkan kepala.
"Ah, banyaklah kau. Pergi salahkan Levi kenapa?" tambah Daniel, matanya tajam menatap Mikael.
"So... Sorry, kapten. Salah aku jugak sebab tak check pintu stor dah dikunci ke belum," ujar Levi perlahan. Anaqi memandang Levi seraya menghela nafas berat.
"Bukan salah kau. Tak payah minta maaf. Mikael ni tak reti bertanggungjawab," kata Anaqi, sempat menjeling tajam ke arah Mikael.
"Haih yelah, aku salah. Kalau kau nak denda aku lari sepuluh pusingan, aku terima," ujar Mikael pasrah.
YOU ARE READING
Silver Knight | H
Teen Fiction"People might see us as a basketball team. But for me, you guys are my family." Setiap orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri yang tidak mampu diluahkan. Ini kisah satu kumpulan basketball. Silver...