— ✯ —
Seminggu berlalu dengan cepat. Dalam masa seminggu ketiadaan coach Azwan untuk memantau mereka, Anaqi berhempas-pulas melatih ahli pasukannya.
Derap kaki coach Azwan semakin mendekat. Tangannya memegang satu clip board. Dia dah rancang latihan terbaik untuk SK dalam menempuh ujian yang bakal dihadapi dalam Malaysia Basketball Cup tahun ini.
Kehadiran coach Azwan mematikan perbualan ahli kumpulan SK yang sudah berkumpul. Mata mereka tertumpu sepenuhnya pada jurulatih di hadapan mereka.
"Assalamualaikum semua! Jadi hari ini, tak ada lagi masa yang boleh dibazirkan, kita akan berlatih untuk MBC bawah 18," ujar coach Azwan lantang.
"Perlawanan senior korang dah habis dah pun. Jadi sekarang saya akan fokus seratus peratus pada awak semua." Bibirnya tersenyum penuh makna. Satu persatu wajah ahli ditatap.
Sekonyong-konyong, Mikael mengangkat tangan lalu bertanya.
"Kalah ke menang cikgu senior kita orang?"
Coach Azwan tersenyum kelat dua saat. Agak perit untuk disebut. Kenyataan yang pahit perlu diterima.
"Mereka kalah. Everk menang dengan 70-59. SK gagal mara ke pusingan akhir." Keluhan daripada pelajar di depannya kedengaran serba sedikit.
"Apa pasal SK pun boleh kalah?" Luthfan agak tidak percaya. Ahli Silver Knight universiti semua handal handal kot.
"Everk, kau tak kenal?" Ammar menyenggol lengan Luthfan di sebelahnya. Everk yang popular nak mampus tu, Luthfan tak kenal?
"Power sangat ke? Sampai tahap 5 prodigy dalam Kuroko no Basket tu ke?" Ammar menggeleng drastik selepas mendengar balasan Luthfan.
"Kapten dia power gila! Kalau leader dah power, ahli pun mesti power jugak. Lagi-lagi bila ada duo Fiqri-Irfan. Memang tak ada chance lah kau." Ibu jari Ammar menolak sedikit hidung mancungnya.
"Kapten Everk, Izz Irfan tu. Fuh, memang idola akulah!" Aryan mencelah. Izz Irfan, shooting guard yang handal dalam gelanggang. Handsome pun ya. Taken pun ya.
"Sudah, sudah. Jangan fikir fasal orang lain, diri sendiri pun kena handal dalam basketball. Saya nak tanya, tahun ini apa azam korang semua dalam MBC?" Coach Azwan menyoal.
"Juara. Kita kena dapat juara. Itu tujuan kita." Agak serius Anaqi bersuara. Yang lain menoleh ke arahnya. Dapat mereka lihat api semangat yang membara-bara pada anak mata Anaqi.
Wajah Daniel turut berubah serius. Kekalahan mereka pada Owls tahun lepas menjadi asbab mereka berlatih lebih keras tahun ini.
"Tempat ketiga dalam MBC 2022 cukup membanggakan saya. Tapi kena ingat, every day, every seconds, a new rival will always be born. Never let your guard down and do not underestimate anyone." Pesanan ringkas diberikan kepada anak buahnya. Coach Azwan percaya persaingan tahun ini lebih sengit.
YOU ARE READING
Silver Knight | H
Teen Fiction"People might see us as a basketball team. But for me, you guys are my family." Setiap orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri yang tidak mampu diluahkan. Ini kisah satu kumpulan basketball. Silver...