+ 007

34 7 8
                                    

— ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— ✯ —

Siap membetulkan tie pada kolar baju, Anaqi terus munuruni tangga bersama begnya. Ibunya di meja makan sudah pun menghabiskan sarapan.

"Cepat makan. Ibu pergi dulu." Anaqi mengerutkan kening.

"Habistu Han pergi sekolah jalan kaki ke ni?" Ini pelik sebab selalunya memang naik kereta sekali sebab Cikgu Afieya mengajar di Scarlett High.

"Nah." Kunci kereta dihulurkan kepada Anaqi.

"For what?"

"Tak nak? Betul ni? Nanti kereta awak berhabuk pula dekat garaj tu."

"Ibu betul ni bagi Han drive sendiri?" Anaqi menyoal lagi meminta kepastian.

"Ambil cepat sebelum ibu tukar fikiran." Tanpa berlengah lagi, kunci kereta miliknya disambar. Melepaslah nanti nak bawa kereta sendiri pergi sekolah.

"Boleh rempit dengan Daniel dah macam ni." Anaqi berbisik perlahan.

"Apa? Berani buat macam tu, ibu kelar leher Hannan." Ibu jari Cikgu Afieya dilarikan dari leher kiri ke leher kanan.

"Pergi sarapan sana. Lambat pergi sekolah, ibu ambil balik kunci tu." Tangan ibunya disalam. Cikgu Afieya flip tudung berwarna krim yang terlilit elok di wajahnya lalu keluar dari rumah. Anaqi gelak saja melihat ibunya itu.

BMW 840i milik Cikgu Afieya meninggalkan kawasan rumah. Hanya tinggal Anaqi keseorangan kerana ayahnya bekerja outstation selama 4 hari.

Garaj kereta dituju. Kunci dilambung-lambung ke udara. Gembira dia lain macam.

Anaqi menghidupkan enjin kereta BMW i8 kemudian dpandu keluar dari rumah. Secara automatik pagar rumah tertutup. Enjin mengaum kuat lalu dia terus menekan minyak menuju ke sekolah.

Anaqi memarkir kereta di sebelah kereta yang berlogo kerbau. Sekali pandang saja dia sudah tahu pemilik kereta itu. Dia kemudiannya melangkah perlahan ke kelas.

Tiba di kelas 5 Diamond, hanya kelihatan dua buah beg telah diletak pada kerusi. Nampaknya ada yang lebih awal tetapi melepak di tempat lain.

Tag pelajar disarung pada leher. Anaqi keluar semula dari kelas. Dia bergerak menuju ke kelas 5 Scarlet ingin berjumpa Daniel.

Pintu gelangsar kelas 5S ditolak. Anaqi memberi salam. Terkejut seorang perempuan yang ingin keluar dari kelas apabila muncul Anaqi di depan pintu.

Sebaik saja Anaqi melangkah masuk, serentak itu bau gula-gula kapas memenuhi ruang kelas 5S. Beberapa pelajar perempuan yang ada memandang ke arahnya dan ada juga yang berbisik antara satu sama lain.

"Daniel." Nama Daniel diseru.

"Sesat? Kelas kau kat sebelah la." Anaqi mengambil tempat di depan Daniel. Buat tak kisah tentang apa yang dicakapkan Daniel.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now