+ 004

44 10 12
                                    


— ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— ✯ —

Pritt!!

Bola yang tinggi dicapai oleh Anaqi dan terus memecut melepasi separuh bulatan pihak lawan. Daniel di bawah jaring cuba menghalang Anaqi bersama Luthfan. Anaqi menghantar bola ke arah Aryan di kiri. Dengan sepantas kilat Aryan membuat lay up.

Clean shot. Dua mata untuk kumpulan biru.

"Fuh, mantap kapten kita!" jerit Aryan.

Bola sekarang berada di tangan kumpulan merah. Mikael menghantar bola kepada Luthfan dan terus berlari ke tengah gelanggang.

"Fan! Sini!" jerit Mikael.

Bola Luthfan, Mikael sambut dengan tepat. Baru saja dia ingin menjaring, Airel pula datang menghalang.

Mata Mikael memandang sekilas situasi. Ivan di sebelah kanan kosong. Tiada siapa yang menjaga dia. Bola dihantar tinggi kepada Ivan.

Ivan mengangkat tinggi tangannya selepas menerima bola. Sekuat hati dia melompat dan melempar bola ke dalam keranjang.

Zap!

"Nice, Ivan!" Jay di luar gelanggang menjerit.

"Awal-awal dah three-pointer. Bapak ah!" Ammar meraup kasar rambutnya yang sudah berpeluh ke belakang.

Permainan diteruskan. Beberapa kali mereka berulang-alik ke kiri dan ke kanan gelanggang.

"21-27!" jerit Jay memberitahu markah semasa selepas kumpulan merah mendapat dua mata.

"Korang nak main sampai bila ni?" tanya Jay sedikit kuat suaranya.

Dia dah mula bosan. Sudahlah dia tak dapat main sekali. Bebola matanya mundar-mandir dari tadi melihat rakannya berlari.

"Sampai penat!" jerit Aryan.

"Bila nak penatnya?" balas Jay dengan nada yang sama. Bukan boleh percaya budak-budak ni bila dapat main basketball.

"Lagi 20 minit kita stop tau!" cadang Jay.

"Okay!" jawab mereka hampir serentak.

Bola sekarang berada di tangan Luthfan. Dia cuba untuk jaringkan gol di dalam bulatan. Airel melompat tinggi untuk merampas bola.

Kawasan separa bulatan kumpulan merah kosong tiada orang. Airel pantas berlari cuba untuk membuat swift attack. Malangnya, larian Mikael yang berkelajuan cahaya mampu menghalang Airel. Tangannya menepis bola di tangan Airel sehingga terlepas.

Ammar di sebelah kanan menyambut bola. Bola dilempar. Dia cuba mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol.

Cubaan menjaring gagal. Bola berlanggar dengan papan belakang bola keranjang.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now