+ 017

5 1 0
                                    

  — ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  — ✯ —

"Puas tak main di karnival semalam?" Coach Azwan bertanya kepada semua ahli pasukan yang berdiri di depannya.

"Seronok coach!" Luthfan menjawab penuh riang. Tangan diangkat tinggi.

"Kalau boleh nak lagi!" Aryan pula membalas.

Tergelak Coach Azwan dibuatnya sebeluk dia menggeleng. Dia melihat kertas di tangannya. "Seronok, seronok jugak. Pusingan kedua lagi berapa hari tahu ke tak?"

Aryan dan Luthfan memandang antara satu sama lain. Yang lain juga hanya senyap. Anaqi pula mengira dengan jari baki hari yang mereka ada untuk berlatih.

"10 hari je. Korang semua ada 10 hari untuk lawan dengan Eagles. Semalam, masa kamu tengah berseronok nama pasukan dah pun ditetapkan untuk berlawan di pusingan kedua." Coach Azwan mengambil sebiji bola dan kemudian melantun bola itu ke lantai gelanggang.

"10 hari lagi nak lawan ni. Masa cukup tak cukup?"

"Cukup!" Serentak semua menjawab kuat.

Tanpa melengahkan masa, Coach Azwan mulakan latihan intensif dengan pemanasan badan dahulu. Lapan pusingan berlari keliling gelanggang dijalankan.

Hari demi hari berlalu, berbaki empat hari saja lagi sebelum perlawanan Silver Knight dan Eagles. Pelbagai strategi permainan diajar oleh Coach Azwan. Titik peluh dari setiap pemain yang jatuh ke lantai menjadi bukti mereka berusaha keras.

Pritt!!

"Buat cool down, nanti berkumpul sekejap sebelum saya lepaskan kamu semua," beritahu Coach Azwan. Dia mengambil mop panjang untuk keringkan lantai yang basah dengan peluh.

Daniel melangkah menuju ke Anaqi. Dia membongkok untuk meregangkan badannya. Kemudian, dia duduk untuk regangkan bahagian paha. "Anaqi."

Anaqi yang tengah cool down juga mengalihkan perhatian ke arah Daniel.

"Perasan tak perangai Airel lately ni?" Daniel menyoal. Matanya mencuri pandang Airel di hujung kiri.

"Perasan. Nak kata dia tak banyak cakap, dia memang tak banyak cakap. Tapi dia banyak termenung lah dua tiga hari ni. Nasib baik tak effect gameplay."

"Itulah aku risau juga. Takut kena sound dengan Coach Azwan je. Match dah nak dekat." Daniel bangkit berdiri dan melompat setempat. Kakinya ditepuk berkali-kali sehingga ke bahagian paha.

"I will check on him later. Dah, jom. Coach panggil." Anaqi dan Daniel menghampiri bulatan kecil yang dibuat oleh Aryan, Ammar dan yang lain.

"Saya ada send link playlist youtube dekat groupchat, ni semua video gameplay perlawanan lama Eagles. Saya nak korang tengok semua video yang ada dekat sini. Tengok gerak geri ahli, tengok strategi, nanti senang kita nak cilok," pesan Coach Azwan sambil dia memainkan satu video perlawanan Eagles dan Deris. Ahli SK semua mengangguk.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now