+ 012

46 6 36
                                    

— ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— ✯ —

"Mantaplah geng, game kita semalam! Aku tak boleh move on weh!" Ammar berguling-guling di atas gelanggang basketball. Ahli SK semua berkumpul di gelanggang walaupun tiada langsung latihan hari ini.

"Itulah, aku pun. Lagi-lagi bila Levi score tepat-tepat masa dah nak habis game." Aryan bersetuju. Ternganga dia semalam bila lihat perkara yang jarang sekali berlaku.

"Eh, eh! Yang korang cakap tu kawan aku tau. Kalau aku tak ajak dia masuk team, kita tak adanya sekarang kita power macam ni Mikael menepuk-nepuk bahu Levi sambil tersenyum bangga.

Daniel yang duduk bertentangan Mikael mencela. "Macamlah kalau Levi tak ada team kita tak power."

"Hehehe, power lah. Mikael tersengih janggal. Belakang lehernya diusap.

"So, bila next match kita?" Soalan itu dilontarkan oleh Ivan. Yang lain pun mengangkat kepala serentak lalu menoleh ke arah Anaqi seakan mereka berkongsi sel otak yang sama.

"Dua minggu lagi, jadi korang tak bolehlah nak chill sangat,"  terang Anaqi. Iphone 11 miliknya dilontar ke udara lalu disambut. Dia ulang pergerakan tersebut beberapa kali. Kalau pecah skrin itu nampaknya bukan satu masalah bagi dia.

"Tapi Scarlett nak adakan karnival." Jay buat muka teruja. Senyumannya melebar sampai ke telinga. Sekelip mata sahaja suasana di gelanggang bertukar ceria.

"Weh yalah. Tak sabar siot." Ammar menggoncangkan bahu Luthfan. Luthfan sekarang rasa macam tengah masuk dalam mesin basuh.

"Mesti Daze perform kan?" Mikael menyoal.

"Confirm." Aryan yakin. Dia peminat tegar Daze dari dulu lagi. Daze, satu band Scarlett yang terdiri daripada lima orang asalnya. Walaupun sekarang hanya berbaki 4 orang, Aryan tetap setia pada band itu.

"Karnival?" Levi tertanya-tanya.

"Oh, kau budak baru. Tak rugi masuk Scarlet sebab karnival kita orang setiap tahun, serius memang another level. " Mikael menunjukkan kedua-dua ibu jarinya menggerakkan dengan ke atas dan ke bawah secara berkali-kali.

"I'm on the next level. Check it out check it out." Aryan menyanyi lagu k-pop oleh Aespa yang tengah hangat sekarang. Lirik pun main hentam.

"Diam jap." Mikael menolak pipi Aryan ke tepi tanpa belas kasihan. Terdiam terus Aryan, baru nak feeling-feeling tadi.

"Tahun lepas Diva AA datang buat zumba. " Habis saja Mikael berkata, semua terus tergelak. Airil yang hanya memerhati pun tergelak sekejap kemudian dia kembali memasang wajah tanpa perasaannya.

"Oh yang tu! Aku ingat Diva AA tarik Daniel dengan Ivan pergi depan untuk sama-sama buat demo." Anaqi mencelah sekali gus perutnya ditekan kerana senak ketawa mengingatkan memori lama.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now