+ 010

43 7 7
                                    

— ✯ —

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

— ✯ —

Bunyi geseran kasut bertemu dengan permukaan lantai gelanggang basketball memenuhi segenap ruang. Dua minggu berlalu, tiada satu hari yang mereka terlepas untuk berlatih. Lusa, pusingan awal akan bermula.

Pritt!

Coach Azwan meniup wisel. Pada masa yang sama, bola yang dilontar Luthfan masuk ke dalam keranjang. Lantas mereka berkumpul di depan jurulatih mereka. Masing-masing sudah bermandikan peluh.

"Pencapaian yang bagus hari ini. Nampaknya kamu semua sudah bersedia," komen coach Azwan. Ammar meneguk botol air mineral sehingga licin. Sesetengah mereka mengelap peluh dengan tuala yang tersedia.

"Lusa kita akan mula bertanding. Macam biasa, esok rest day. Rehat secukupnya, kalau saya nampak sesiapa berlatih, saya keluarkan dia dari game," ugutnya. Bukan dia tak tahu, kalau budak-budak dah nervous memang tak tahu nak duduk diam.

"Anaqi pun sama. Kamu tidak terkecuali." Coach Azwan merenung tajam kapten pasukan. Pernah juga dulu Anaqi kantoi practice shoot sehari sebelum bertanding. Habis merah telinga dia kena piat dengan coach.

"Sebelum kamu balik, saya nak cakap sikit tentang MBC 2023." Coach Azwan menyelak helaian kertas yang ada di tangannya. Wajahnya serius.

"Tahun ini sebanyak 121 pasukan yang ikut bertanding, ada yang dari sekolah, ada juga yang dari pasukan persendirian. Tak mustahil ada sekolah yang terima transfer student untuk tingkatkan lagi kredibiliti pasukan bola keranjang mereka. Tapi pasukan kita pun tak kurang juga kuatnya kan?"

"Betul!" Hampir semua menjerit kuat.

"Jadi buat yang terbaik semua, banyakkan berdoa. Yang muslim jangan lupa buat solat hajat. Saya doakan juara milik kita tahun ini."

Mereka akhirnya bersurai. Satu persatu ahli meninggalkan gelanggang.

"Daniel, esok kita main basket kat taman la. Nak tak?" ajak Anaqi. Yang lain semua sudah pulang. Tinggal Mikael, Daniel dan Anaqi sahaja. Airel baru saja keluar tadi.

"On."

"Eh, nak jugak! Nak jugak!" Mikael yang mendengar perbualan mereka tadi mencelah.

"Sibuk je. Kan coach cakap esok rest day, mana boleh berlatih." Anaqi memberi alasan. Malas sebenarnya nak ajak orang lain, Daniel saja sudah cukup.

"Kau pun sama." Mikael memutarkan bebola mata. Kena reject dengan Anaqi rasanya menyakitkan.

Mikael melangkah pergi dengan sedih. Badannya membongkok. Terlebih drama dia ni. Kena reject tak dapat main basketball Mikael rasa macam putus harapan untuk hidup.

Airel bergerak ke tempat superbike miliknya diparkir. Beg gitar disandang. Tangan Airel memulas minyak membuatkan enjin mengaum kuat. Sejurus itu, Airel memecut laju pergi ke penthouse tempat dia tinggal.

Silver Knight | HWhere stories live. Discover now