— ✯ —
Langit kelihatan cerah pada pagi itu. Bunga-bunga dari pokok tekoma gugur tatkala angin kuat melanggar daun pokok. Sebuah kereta Range Rover Velar berhenti berdekatan pintu masuk Scarlett Highschool.
"Eh, cepatlah buka pintu! Lambatlah kau ni!" marah Mikael. Tangannya menolak bahu orang di sebelahnya. Selepas mencium tangan ayahnya dia tergesa-gesa ingin keluar daripada kereta.
"Sabarlah! Pintu sebelah ada kan? Buka lah pintu yang tu," balas Mikayla dengan nada yang sama. Dia sebenarnya tengah mengikat tali kasut.
Encik Fahri di tempat duduk pemandu hanya menggeleng kepala. Apa nak jadi dengan kedua-dua anaknya ni? Pagi-pagi lagi dah bergaduh.
"Bodoh, apa yang lambat sangat ni?" bengang Mikael.
"Ha!"
Mikayla menutup mulutnya kerana terkejut. Kenapa Mikael emo sangat hari ni?
"Ni kenapa pula ni?" Mikael memandang hairan Mikayla. Rasa macam tak ada salah cakap tadi.
"Ehem, apa kamu cakap tadi Mikael? Mencarut ya?" Dari cermin pandang belakang Mikael dapat melihat ayahnya tersenyum. Senyuman yang penuh bermakna.
Sah, dia tersalah cakap. Mikael menelan air liurnya yang terasa kesat di kerongkong. Ayahnya itu pantang mendengar anaknya mengeluarkan kata-kata kesat.
"Ampun Pa! Sorry, sorry. Tak carut lagi dah."
"Dah lupa apa papa cakap? Apa hukum mencarut?" soal Encik Fahri.
"Berdosa besar." Anak kembarnya itu serentak menjawab.
"Tahu pun. Kita sebagai umat Islam, kena jaga lisan kita. Papa tak nak dengar dah kamu dua ni mencarut. Tak bagi duit kang pi sekolah nanti baru tau. Dah pergi masuk sekolah sana. Belajar rajin-rajin," ucap Encik Fahri. Sempat lagi dia buat ceramah ringkas di pagi hari Isnin itu.
Mikael dan Mikayla keluar dari kereta ayahnya. Jelas terpancar wajah pasrah Mikael. Kalaulah dia sabar sikit tadi dia takkan kena marah.
Mikael mengorak langkah menuju ke kelasnya, 4 Diamond manakala Mikayla ke kelas 4 Scarlet.
Pada masa yang sama, seorang lelaki berjalan perlahan masuk ke dalam sekolah. Matanya melilau memerhati sekeliling bagai rusa masuk kampung.
Tanpa sengaja, dia terlanggar seorang gadis membuatkan buku gadis itu terjatuh. Levi mengutip buku tersebut dan kembalikan kepada tuannya.
"Er... awak, nah."
Terkaku gadis itu apabila melihat wajah makhluk ciptaan Allah di depannya.
"Buku awak."
Gadis itu cepat mengambil semula bukunya tetapi mulutnya masih ternganga. Levi nampak seekor lalat terbang masuk ke dalam mulut gadis itu.
Ketika Levi cuba menghalau lalat tersebut perempuan itu menutup mulut. Membulat mata Levi. Cepat-cepat dia minta gadis itu membuka mulutnya semula.
YOU ARE READING
Silver Knight | H
Teen Fiction"People might see us as a basketball team. But for me, you guys are my family." Setiap orang tidak lari daripada membuat kesilapan. Setiap orang juga mempunyai masalah tersendiri yang tidak mampu diluahkan. Ini kisah satu kumpulan basketball. Silver...