💸 PROLOG 💸

6K 142 3
                                    


Izzati Hanani. Cantik nama serupa tuan badan. Huhu. Ini kisah hidup si andartu kaya bersama budak kampung berkaca mata. Yang merupakan watak sampingan dalam cerita Luth dan Hanan.

" Woi! Kau termenung apa?"

Mata dialihkan memandang abangnya. Ijat terus duduk bertentangan dengannya. Malam ni mereka makan bersama-sama di hotel.

" Aku nak tanya. Kalau ada lelaki nakkan aku jadi isteri dia dalam waktu terdekat ni, apa kata kau?"

" Elok lah ada orang nak jaga kau! Tak adalah aku bazirkan air liur nak maki kau, tenaga nak marah kau dan duit untuk mencekik kau." 

Izzati bersandar sambil memeluk tubuh. Ijat tak pernah serius dalam walau apapun keadaan. Kalau nak kira berapa kali dia serius boleh pakai jari je.

" Serius lah, Ijat. Aku risau ni bila tak ada sesiapa nakkan aku. Kenapa do?!" Izzati frust. Memang dia jenis memilih tapi tak salahkan kalau lelaki mencuba dan berusaha untuk pikat hatinya yang keras bagaikan batu nisan macam mana abang-abangnya cuba untuk pikat isteri mereka.

" Aku rasa sebab kau perempuan melebihi standard yang mereka nak."

" Standard yang macam mana? Tak bersyukur ke dapat isteri 'sempurna' macam aku ni?"

" Kau tak faham. Perempuan macam kau ni boleh mencabar keegoan seorang lelaki. Kau banyak duit, demand lebih, gaya macam abang-abang, semua benda dari atas sampai bawah berpuluh ribu habiskan. Siapa nak layan perangai kau kalau kau minta lebih daripada apa yang mereka dah bagi?"

" Buat apa aku minta dia kalau aku dah ada semua? Aku cuma nakkan orang yang boleh jaga aku kat rumah je," Rengus Izzati. Dia menyuapkan makan lagi.

" Betul juga tapi perangai kau pun boleh tahan lahanat juga."

" Aish! Perangai boleh diubah. Aku cabar lelaki tu untuk tundukkan aku"

" Memang aku respect ah kat orang yang boleh tundukkan kau. Memang spesies hati kering macam Syahid," Ujar Ijat.

" Tak payah nak cakap lebih. Macam Syahid tu sepuluh dalam sejuta. Tentu-tentu orang lain dah dapat,"

Izzati bangun dan melangkah ke taman hotel. Bila teringat balik, bukan tak pernah bercinta cumanya gagal sahaja. Adalah dalam 10 kali dalam hidup. Halangan si abang-abang tak pernah berlaku sebab mereka yakin dengan Izzati yang dia boleh menjaga diri sendiri. Tapi mereka tak dapat menjamin keselamatan lelaki itu.

Deringan lagu Popular Monster kedengaran kuat.

" Hello?"

" Assalamualaikum?"

Alahai. Malu kita. " Wa-waalaikumussalam. Siapa ni??"

" Saya Wafiy! Yang akak bagi kad pada saya tempoh hari." Suara budak ni gelabah semacam.

" Akak kepala kakak kau. Aku dah kata jangan panggil aku akak kan?!"

" Oh sorry sorry."

" Nak apa call?"

" Errr... Pasal tawaran awak tu..."

Seketika, Izzati tersenyum lebar. Ijat~ nampaknya tahun ni kau akan habiskan duit kau untuk aku buat kali terakhir.

[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]Where stories live. Discover now