Wafiy dengan kain pelekatnya sedang bertinggung di balkoni apartment 10 tingkat. Duduk seramai 5 orang dalam satu rumah menjimatkan kos sara hidup di KL. Memang mencabar hidup bersendirian tanpa pertolongan keluarga. Walaupun ibu dan ayah selalu bertanya perihal duit belanja, dia hanya berkata yang duit masih mencukupi untuk makan setiap bulan.
" Cuti sem nak dekat kan? Adik balik ke Perak tak?" Tanya si ibu.
" Insha Allah kalau tak ada apa-apa halangan. Ada benda juga adik nak bagitahu ibu dan ayah,"
" Dengar macam benda mustahak je."
" Entah lah, bu. Benda ni pun macam terlalu tiba-tiba."
" Tentang apa?"
" K-kahwin,"
Terdiam Pn. Raudah seketika. Wafiy pula yang tak senang duduk.
" Dengan Nisa ke? Adik ada contact dengan Nisa?"
" Eh bukan, bu. Orang lain. Baru je kenal-kenal. Ingat nak bawa jumpa ibu dulu minta restu."
" Orang mana?"
" KL,"
" Ermm kalau orang sini senang lah kalau balik kampung. Lagi senang kalau ibu dan ayah dah kenal lama." Dari nada suara seperti Pn. Raudah tidak setuju dengan cadangan Wafiy.
" Apa beza kalau orang negeri lain pun? Kan boleh balik kampung juga," Wafiy membalas polos.
" Dah mula lah ibu kamu nak control hidup kamu," Celah si ayah pula. En. Wansah sedang bersantai di pangkin rumah sambil membaca surat khabar.
" Sibuk lah ayah kamu ni. Ibu buat macamni sebab nak tengok adik hidup bahagia je. Ibu mana tak nak tengok anak dia bahagia?"
" Masa ni lah anak awak nak buktikan yang dia mampu bahagiakan diri sendiri dengan keputusan yang dia buat. Apa awak ingat budak tu meleleh air hidung lagi ke sampai awak yang kena lapkan? Sibuk je nak aturkan hidup budak tu."
Wafiy sudah menggaru kepala. Tak pasal-pasal bergaduh mereka berdua. Dia tak kisah sangat akan keprihatinan ibu yang melampau itu tapi apa yang dikatakan oleh ayahnya ada betul juga. Disebabkan dia anak bongsu, memang kesayangan ibu lah senang cerita. Semua benda dari atas sampai bawah orang tua itu yang jaga.
" Awak senang lah cerita. Bukan awak kisah pasal hidup anak awak," Jeling Pn. Raudah.
" Tak kisah tak bermakna tak ambil berat. Dia dah besar. Dah cukup syarat nak pergi berperang. Sampai bila nak duduk bawah ketiak awak lagi??"
" Ibu, ayah, tak nak lah gaduh-gaduh pasal adik. Nanti kita berbual lagi pasal ni. Adik nak masuk tidur dah. Mengantuk. Baru siapkan kerja tadi," Saja dia nak mengelat. Dia tak gemar nak dengar gaduh mulut mereka tentang dirinya.
" Ha ye lah. Jangan lupa cuci kaki, ambil wudhuk sebelum tidur, baca doa pendinding diri. Kita tak tahu tempat orang macam mana. Solat pun jangan lupa. Hubungan kita dengan Allah lah yang akan menjamin kesenangan kita di dunia."
" Ye lah, ibu. Orang selalu ingat pesan ibu." Macam serupa budak kecil dipesan setiap kali berhubung.
Habis sahaja berbual, dia berpaling untuk masuk ke rumah. Norman, Razak dan Hasbullah sedang mengintainya dari sebalik sliding door. Wajah mereka terukir dengan sengihan mengusik.
" Alololo anak mak. Dah buat report ya?"
" Ke nak nenen?"
Serentak mereka tertawa bersama. Wafiy menjeling sahaja. Kaca mata dibetulkan di batang hidung.
" Aku nak balik kampung start cuti sem ni. Ada hal,"
" Noted. Nanti apa-apa kau roger je."
" Mungkin dalam dua minggu."
YOU ARE READING
[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]
Storie d'amoreSpin off from NIRMALA KASIH HANAN [TAJUK LAMA: I'm Not A Sugar Mummy!] Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah kalah. Tak suka dipandang rendah oleh orang tanpa mengenali sia...