💸 3 💸

1.7K 94 3
                                    


" 30 tahun?"

" Buat bisnes dalam bidang IT?"

" Mix Malay-Thai??"

" Asal Perak?"

Luth, Hanan, Ijat dan Fatini berpandangan sesama sendiri.

" Kenapa semua soal balik macam tak percaya je apa Izzati kata??" Izzati menarik muka masam.

" Eh bukan. Takkan lah kami tak percaya Izzati" Hanan menarik senyuman lebar.

" Macam mana boleh kenal? Dah lama ke?"

" Baru je lagi. Dia pun macam serius je nak kahwin, Izzati pun ok je." Izzati tergelak janggal. Memang janggal! Dah lah satu hapak info pun dia tak tahu tentang Wafiy kecuali dia orang Perak. Itu je!

" Macam mana kami tak risau kalau orang yang baru kau kenal kau terus nak kahwin??" Marah Luth.

" Ustaz kata kenal lepas nikah kan lagi afdal."

" Eee budak ni. Kata-kata ustaz tu je lah kau ikut. Yang lain harem!"

" Jangan risau. Izzati pasti lepas kau orang semua jumpa dia, confirm kau orang pun setuju."

" So mana dia?" Ijat sudah bersandar di sofa.

" Err sekejap lagi sampai lah tu. Janji dengan dia datang pukul 9:00 malam." Izzati bangun sebelum keluar ke halaman belakang. Nama Wafiy dicari sebelum panggilan dibuat.

" Hello? Kau kat mana?"

" On the way. Baru lepas solat isyak kat masjid ni."

" Jangan lupa eh apa aku cakap dengan kau tadi."

Wafiy mendatarkan muka. Suka hati dia je nak suruh aku tipu keluarga dia. Dibuatnya kantoi aku yang kena belasah.

" Kejujuran itu lebih penting dalam sesebuah hubungan."

" Kejujuran kadang-kadang tak menjaminkan kau dan aku boleh hidup selepas ni. Aku dah tipu mereka lah!"

" Aduh! Awak ni kan..." Wafiy sudah menggelebah. Apa lah sebenarnya idea Izzati untuk masa depannya? Serabut nauzubillah. Lagi serabut daripada jadual hariannya.

Izzati berpaling ke arah rumah. Kelihatan Ijat dan Luth memandang tepat ke arahnya. Muka mereka serius daripada tadi. Nampaknya mood mereka tidak beberapa ok.

" Sumpah, Wafiy! Tolong ikut idea aku tadi. Aku tak nak mati malam ni!" Panggilan dimatikan segera. Nafas ditarik dalam. Walau apapun, dia nak semua berjalan dengan lancar. Hanya Wafiy yang dia boleh harapkan.

Dalam beberapa minit, Wafiy sampai ke destinasi. Selepas membayar tambang Grab, dia mendongak ke atas. Perasaan yang sedikit berani tadi sudah jatuh kecundang ke tanah. Melihat rumah agam yang elit ini memang keluarga Izzati bukan calang-calang orang. Takut kalau dipandang serong kerana dia hanyalah orang kampung yang duduk jauh daripada kawasan bandar.

" Hey!"

Izzati di muka pintu dipandang. Malam ni Izzati murah dengan senyuman manis. Dia menghampiri Wafiy dan menariknya masuk ke dalam.

" Your family is richer than I thought."

" Rezeki berusaha. Titik peluh abang membesarkan aku," Izzati memandang pakaian Wafiy.

" Seriously?" Wajahnya terus bertukar.

" Saya dari masjid kot. Pelik sangat ke berkain pelikat?"

" Apa-apa je lah. Janji kau datang."

" Assalamualaikum," Wafiy memberi salam. Di hadapan matanya, ada 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak di ruang tamu. Wanita dua orang itu tersenyum manakala yang lelaki masih dengan wajah beku.

[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]Where stories live. Discover now