💸 47 💸

1.1K 70 0
                                    

   " Kau bagitahu je kami kau nak apa? Tak payah nak kurung macam kami ni binatang peliharaan kau,"

" Aku cuma nak adik kau je."

" Izzati?! Apa yang dia dah buat sampai kau nak cari dia??"

" Izzati punya salah, asal dia letupkan rumah kita? Letupkanlah rumah dia. Dah berapa juta duit kita melayang sebab nak repair banyak benda," Omel Luth tak puas hati.

" Bisinglah!" Ijat terus mengetuk kepala Luth. Lelaki itu terus mengaduh kesakitan.

" Sayang! Sakit~" Adu Luth manja. Hanan hanya menggeleng. Dia berharap anak-anak mereka selamat di bawah jagaan Izzati.

" Aku tangkap kau orang supaya dia yang rela masuk ke dalam perangkap aku. Bukan susah kan?"

" Cis! Ini semua kau punya pasal! Lain kali jangan kentut je! Cirit je sekali!" Ijat mengetuk kepala Luth.

" Woi sakitlah! Sekali dah ah! Ingat aku tak bayar zakat ke ha?!"

" Hanan, sebelum saya cekik suami awak ni ada baiknya awak senyapkan dia,"

" Fatini, sebelum kau jadi balu ada baiknya kau suruh laki PMS kau ni berhenti ketuk kepala aku!"

Syed Fahmi hanya berkerut melihat pergaduhan kanak-kanak mereka.

Hanan dan Fatini berpandangan sesama sendiri sebelum...

Pang!

Double kill!

Luth dan Ijat sudah meringkuk di tanah sambil memegang pipi yang ditampar oleh bini kesayangan.

" Bising lagi sekali memang makan penyepak je," Ujar Fatini. Hanan mengangguk setuju. Mereka berdua terus duduk berjauhan daripada mereka.

" Keluarga apa yang aku telah tawan ni?" Keluh Syed Fahmi.

Side kick Syed Fahmi berjalan mendekati sebelum membisik sesuatu. Syed terus mengukirkan senyuman lebar.

" Ha sudah. Aku malas nak panjangkan cerita. Sekarang ni kalau Izzati tak datang sini dalam tempoh 5 jam dari sekarang. Aku akan..."

" Let us go!! Who are you guys ha?!"

" Aurora! Haffaz!!" Luth dan Hanan mahu berlari ke arah mereka terus tercegat apabila melihat muncung pistol berada pada kepala mereka berdua.

" Apa ni, bro? Ugut-ugut pakai budak? Tak macho lah kau ni," Marah Luth kosong. Matanya bertukar helang. Memang panas hatinya bila anak-anak menjadi mangsa.

" Aku tak kisah. Janji Izzati kena ada kat sini sebelum satu per satu kepala aku tembak," Mereka terus beredar.

" Baba!!!"

" Baba will gonna save you guys! Don't worry!" Luth mampu menjerit di sebalik pintu besi. Tangannya terus menghentak pintu tersebut dengan kuat.

" Babi lah! Tak ada telur ke ugut pakai anak orang?!"

" Tapi mana Athalia?" Soal Hanan.

Luth juga turut berfikir.

" Mungkin dia masih bersama dengan Izzati."Kata Ijat tenang.

  " Eyy! Aku tak boleh lah macamni. Macam mana aku nak duduk diam bila anak-anak aku kena tangkap?! Kalau mereka sentuh anak aku, memang aku bunuh seekor-seekor!"

" Rilek ah! Mereka nak buat apa je?"

" Eh bodoh! Dia tu penyangak yang jual manusia! Kalau nasib mereka sama macam Wafiy dulu, memang aku letup kepala pukimak-pukimak tu! Jangan sampai aku jadi Sajat! Aku pukimakkan semua orang,"

[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]Where stories live. Discover now