" Mak ngah apa khabar? Sihat?"" Alhamdulillah. Macamni lah. Mak ngah tak ada selera nak makan selepas apa yang menimpa Wafiy."
" Mak ngah, janganlah macamtu. Nisa pun turut bersimpati dengan apa yang terjadi pada Wafiy. Tak patut dia kena semua ni."
" Itulah yang mak ngah bengang tu. Kalau bukan sebab pak ngah kamu, memang dah lama mak ngah kerjakan Izzati sampai mati,"
Nisa mengelus belakang tangan Pn. Raudah.
" Insha Allah Wafiy tak ada apa-apa. Maaflah kalau soalan Nisa lari daripada topik, tapi ada tak Wafiy bagitahu apa-apa pasal Nisa?"
Pn. Raudah sedikit berkerut. " Hm rasanya tak ada pula. Mak ngah yang cakap pasal kamu ada lah. Mana tahu kalau mak ngah boleh pujuk Wafiy supaya berkahwin dengan kamu kan,"
Nisa tersengih hambar. " Err Izzati pula? Ada bagitahu apa-apa?"
" Nisa kenapa tanya mak ngah macam-macam? Ada apa-apa yang berlaku ke antara kamu bertiga?" Riak wajah Pn. Raudah sedikit berubah.
Nisa pantas menggeleng. " Eh tak. Mana lah tahu kan ada sesiapa yang buruk-burukkan Nisa ke. Mereka kan tak suka Nisa,"
" Berani lah sesiapa berkata buruk tentang Nisa. Mak ngah sentiasa berada di belakang Nisa. Nisa bukan buat salah apa-apa pun. Mak ngah sentiasa percayakan Nisa,"
Akhirnya Nisa tersenyum lega. Nasib baik mak ngahnya percayakan dia. Sekurang-kurangnya dirinya terbela satu hati nanti.
" Terima kasih, mak ngah. Selain mak, mak ngah adalah orang yang Nisa perlukan sangat-sangat,"
" Cakap pasal mak, dia dah bertanya kenapa dah lama Nisa tak pulang? Haritu kan cuti lama? Takkan tak ada tarikh untuk balik sekejap?"
" Err bukan apa, mak ngah. Kat sini banyak sangat komitmen. Lagi-lagi hidup di tengah bandar. Nisa ada buat kerja sambilan sambil belajar. Nak tambah duit poket sikit. Serba salah Nisa nak minta duit belanja daripada mak abah. Itu yang tak ada masa nak buat,"
" Ohh patutlah. Mak ngah faham tapi berterus terang lah dengan kami. Buat kami risau je,"
Nisa teragak-agak untuk senyum. Haih, bila lah dia boleh balik. Penat lah nak menipu. Serba salah pula nak menipu tapi kalau jujur takut kantoi pula.
" Jom lah kita naik ke wad Wafiy. Jangan risau. Pak ngah pergi beli barang keperluan kami di kedai,"
Mereka bergerak naik ke atas. Dalam hati Nisa berdebar. Takut bila mahu berhadapan dengan Wafiy. Setiap langkahnya, jantungnya sedikit tersentak dan bertukar gemuruh.
" Alamak! Sakit perut pula. Err Nisa pergilah ke bilik Wafiy dulu ya. Mak ngah nak pergi tandas sekejap. Tahu kan nombor bilik Wafiy?"
Pn. Raudah tanpa membuang masa terus memecut pergi ke tandas awam hospital.
" Haih, itulah yang aku tak suka kalau makan makanan yang bukan aku masak. Apa yang mereka letak dalam makanan pun tak tahu. Bersih ke tidak. Eyy,"
Perlahan pintu wad dibuka. Nisa menapak masuk dengan keadaan gementar. Seketika air matanya bergenang ketakutan melihat keadaan Wafiy.
Dunia di bandar dan kampung adalah sesuatu yang berbeza. Tak pernah dalam fikiran yang seseorang akan ditembak tanpa berbuat apa-apa salah. Kalau Wafiy yang tak buat apa-apa pun sudah ditembak, apatah lagi dia yang buat masalah di KL.
Macam mana kalau satu hari nanti pembohongannya terbongkar?
" A-awak ingat makngah nak percaya kata-kata awak?!"
YOU ARE READING
[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]
RomanceSpin off from NIRMALA KASIH HANAN [TAJUK LAMA: I'm Not A Sugar Mummy!] Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah kalah. Tak suka dipandang rendah oleh orang tanpa mengenali sia...