💸 4 💸

1.6K 94 4
                                    


Terasa bagaikan masa cepat berlalu dari hari ke minggu dan minggu ke bulan. Tup tup waktu cuti semester pun bermula.

" What should I bring there?" Izzati sibuk mengemaskan bagasinya untuk melawat ke kampung Wafiy.

" Apa-apa barang keperluan bagi awak. Kalau boleh bawa la baju lebih sikit sebab kita duduk sana lama,"

" Okay then. Kita naik kereta aku je lah."

" Tapi saya dah tempah dua tiket bas!" Wafiy tercengang. Melayang duit RM160 dia kalau macamtu.

" Errr aku tak cakap pun aku nak naik bas." Izzati pula kebengangan. Dia sudah bercekak pinggang.

" Burn lah duit saya macamni."

" Siapa suruh beli tiket tanpa tanya aku dulu. Ish nanti aku ganti balik duit kau-..."

Telefon di tangan dirampas Ijat. Sambil membuka speaker, dia berkata.

" Budak ni dah beli tiket bas. Kau naik je bas dengan dia. Bak sini kunci kereta,"

" What?! Are you insane?!"

" Naik bas je kot. Bukan naik lori. Lagipun beg kau tak banyak-..." Ijat melihat di atas lantai. Tercengang dia melihat beberapa beg bagasi yang besar seperti mahu pindah rumah.

" Apa kau bawa ni, hanat?!"




Daripada 10 beg bagasi dia bawa, tinggal dua sahaja atas arahan Ijat. Terpaksalah dia tapis barang yang tidak penting untuk bawa ke kampung.

Dia merengus kegeraman. Rasa macam nak pecahkan je tingkap kereta si Ijat ni. Kalau boleh campakkan mamat acah bagus ni sekali keluar.

" Turun," Arah Ijat.

" Turun? Kita di shopping mall. Bukan stesen bas,"

" Ya tahu. Belikan lah keluarga si Wafiy tu buah tangan atau hadiah. Barulah sejuk hati mereka tengok pilihan anak dia ni yang serupa iblis betina baru keluar neraka."

" Mulut serupa bontot babi! I hate you, bij!" Izzati menghempas pintu kereta Ijat dengan sangat kuat sehingga bergegar kereta itu. Ijat hanya membiarkan. Memang dia sengaja nak susahkan adiknya. Tapi mungkin kesusahan itu akan membawa perubahan besar pada Izzati satu hari nanti.

Setelah 30 minit dia menunggu, Izzati muncul semula dengan beberapa beg kertas di tangan.

" Ini kalau keluarga mertua tetap tak suka kau ni, aku tak tahu nak cakap apa," Dibeleknya hadiah yang dibeli. Semuanya barang berjenama dan mahal. Kalau dikira Izzati pasti sudah menghabiskan dalam lebih RM1000.

" Aku main kaut je apa yang cantik dan kena dengan citarasa aku." Izzati menjawab malas.

" Tapi kau rasa mak ayah dia ok ke dengan pilihan hadiah kau. Ye lah, standard pasangan berusia kan citarasa dia lain sikit."

" I don't even know because I don't have any. Salah aku ke kalau aku tak pernah tahu apa yang emak dan abah suka dulu?" Suara Izzati tenang tapi bagi Ijat hatinya tertusuk dengan sembilu kata.

Kehilangan penyuluh hidup sedikit sebanyak melukakan hati Izzati pada usia yang sangat muda. Dia fikir dia dah buat yang terbaik untuk gantikan tempat mereka, tapi nampak gayanya belum berjaya. Dia tak salahkan Izzati dalam hal ni.

Perjalanan diteruskan. Suasana sunyi dalam kereta pada mulanya bertukar janggal. Dua-dua berdiam tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

" Sorry,"

[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]Where stories live. Discover now