Izzati tiada di dalam biliknya. Wafiy cuba untuk bertenang seketika. Malam ni memang banyak benda yang dia terima daripada Pn. Raudah. Entah kenapa ada benda tak kena yang terjadi." Sebenarnya ibu ada masalah dengan makcik Suri kamu," Ujar Pn. Raudah menahan sebak.
" Kenapa? Apa yang terjadi dulu?" Tanya Wafiy risau. Tangannya memegang bahu ibunya.
" Ibu, ayah dan makcik Suri adalah kawan sekampung,"
Wafiy tak terkejut kerana dia dah tahu melalui mimpi semasa tidak sedarkan diri di hospital.
" Ibu sukakan ayah kamu tapi ayah lebih sukakan Suri waktu tu." Tambah Pn. Raudah.
" Apa yang terjadi selepas makcik Suri tolak pinangan ayah?"
Pn. Raudah berkerut sebentar. Rasanya dia tak bagitahu lagi part tu. Dan tentang tolak pinangan tu tiada sesiapa yang tahu kecuali mereka bertiga.
" Macam mana adik tahu tentang tu? Ayah ya bagitahu?"
" Eh err..." Tersasul pula. Macam mana nak bagi alasan?
" A-adik teka je. Y-ye lah... kalau tak macam mana ayah dan ibu bersama pula kan?"
Pn. Raudah mengangguk perlahan. Ada logik juga.
" Ada sebab kenapa Suri tolak pinangan ayah waktu tu. Dan disebabkan perkara tu banyak benda buruk yang terjadi pada Suri,"
" Benda buruk? Kenapa?"
" Sebab lelaki, dia sanggup hancurkan maruah dia sendiri. Orang jahat macamtu memang layak dikenakan hukuman," Pula dah. Dua versi cerita yang berbeza. Mana satu dia nak ikut? Dalam mimpi elok je makcik Suri. Lemah lembut dan baik lagi.
" Apa jadi pada dia?"
" Suri... kantoi berasmara dengan kawan ayah. Si Rahman dulu."
" Wafiy!"
" Argh!!" Wafiy terpelanting ke tepi akibat disergah. Izzati terbeliak biji mata kerana terkejut melihat Wafiy.
" Saya panggil awak, awak tak menyahut pun," Izzati merendahkan nada tanda merajuk.
" Sorry, sayang... saya tengah fikirkan sesuatu" Ujar Wafiy. Tangannya mencapai tangan Izzati lalu dikucup lembut. Tiba-tiba matanya ternampak sesuatu.
Adrenalin dalam badan serta merta bergelora. Jantungnya laju mengepam darah seperti sedang berlari.
" Kenapa awak pandang macamtu?" Izzati menyoal malu seraya mengepit kakinya yang tersarung kain batik.
" K-kenapa awak pakai batik?"
" Saja cuba. Orang kata pakai batik ni sejuk. Tak sangka selesa pula bila saya pakai. Tapi kenapa muka awak macamtu? Saya... tak sesuai eh?"
" Sesuai! Sayang sesuai sangat. Cantik macam bidadari," Wafiy berkata pantas bersama dengan senyuman. Kain batik yang terselak sedikit menampakkan kaki mulus wanita itu dikerlingnya.
Izzati tersenyum nipis. Dia duduk bersebelahan di birai katil. Malam yang dipancari cahaya bulan membuatkan wajah Izzati nampak berseri.
" Sayang kenapa siang tadi? Awak sakit ya?"
" Tak. Saya tak sakit pun,"
" Habistu?"
Izzati berdiam diri seketika. Itu membuatkan Wafiy bertambah risau.
" Wafiy, awak bahagia ke sekarang?"
" Ha? Mestilah saya bahagia,"
" Walaupun tanpa anak?"
YOU ARE READING
[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]
RomanceSpin off from NIRMALA KASIH HANAN [TAJUK LAMA: I'm Not A Sugar Mummy!] Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah kalah. Tak suka dipandang rendah oleh orang tanpa mengenali sia...