" Itulah yang berlaku tadi, puan,"" Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku puan. Aku hentak kau juga nanti, Akid," Izzati merengus geram.
" Sorry lah. Tak tahu nak panggil apa dah,"
" Apa-apa je lah. Kau cari maklumat peribadi tentang pensyarah dia dan bagitahu apa-apa yang mustahak. Dah aku end call dulu. Bye," Izzati mencampakkan fonnya di seat sebelah.
Izzati menggaru kepalanya. Dari pertama kali dia ternampak pensyarah tu memang panas je hatinya. Melampau betul mulut puaka tu. Nak kena viral ke apa?
" Kau jangan ingat aku takut untuk jatuhkan kau. Kalau dulu pun aku tak takut nak buang anak orang berpengaruh daripada universiti tu, apatah lagi dengan perempuan hauk macam kau,"
" Woi," Seseorang mengetuk tingkap kereta.
" Argh!" Izzati tersentak sambil menoleh ke tingkap kereta.
" Kau duduk buat apa lagi? Tak nak masuk ofis ke? Habis lunch baru nak nampak batang hidung. Kau pergi mana pagi tadi?!" Marah Ijat. Izzati merengus lagi.
" Aku nak pergi mana itu suka hati aku lah. Ada kacau periuk nasi kau ke?" Izzati menjeling tajam.
" Kacau. Memang kacau. Aku yang luluskan gaji kau tau. Bertimbun kerja kat atas meja tu kepunyaan kau. Bersyukur aku nak handle kan waktu kau cuti panjang,"
" Yeah yeah whatever. Jom lah," Izzati mengunci pinti kereta lalu bergerak bersama Ijat.
" Assalamualaikum! Oo assalamualaikum,"
" Waalaikumussalam. Nisa! Ya Allah, kenapa tak bagitahu mak ngah yang Nisa dah balik?"
" Saja nak buat mak ngah surprise," Nisa menyalami tangan wanita itu sebelum dijemput naik ke rumah.
En. Wansah keluar daripada bilik. Matanya memerhatikan Nisa yang duduk di sofa.
" Nisa tengah cuti ke? Berapa lama?"
" Ermm mungkin dalam beberapa minggu kot, pak ngah. Nisa balik pun sebab nak release tension. KL sesak sangat. Naik pening Nisa dibuatnya. Lagipun Nisa rindu kampung. Dah lama kan Nisa tak balik sini,"
En. Wansah hanya mengangguk faham sebelum bergerak turun ke dapur. Dia ternampak isterinya sedang menyiapkan juadah petang untuk mereka.
" Awak ni beria betul siapkan juadah bila Nisa ke mari,"
" Sekali sekala. Apa salahnya?"
" Aik. Anak menantu awak pun balik sekali sekala. Tak ada pula beria macamni," Perli En. Wansah.
Pn. Raudah sudah menghela nafas. Dah mula lah suaminya mahu cari pasal.
" Bila masa pula saya tak buatkan untuk mereka? Kalau nak harapkan menantu kesayangan awak tolong di dapur, memang susah sangat nak nampak batang hidung,"
" Dah awak tak suka dia. Tak ada lah dia nak mendekat. Udah, kita ni dah tua. Jangan lah fikirkan lagi soal kisah silam kita dulu. Semua dah jadi sejarah. Anak-anak pun bahagia, kita bahagia."
" Siapa kata saya bahagia?"
En. Wansah termati kata seketika. Perasaan sakit hati Pn. Raudah tak pernah nak hilang. Semakin membengkak bila Izzati muncul di hadapan mereka.
" Saya tahu Hanani ada iras muka Suri. Tapi jangan anggap mereka berdua tu orang yang sama."
" Kalau bukan sebab awak pun memang saya dah lama bencikan dia."
" Sebab kenapa?"
Pn. Raudah menyapu matanya yang berair. Hidup dalam keturunan ini memang selalu akan dipandang rendah oleh orang lain.
YOU ARE READING
[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]
RomanceSpin off from NIRMALA KASIH HANAN [TAJUK LAMA: I'm Not A Sugar Mummy!] Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah kalah. Tak suka dipandang rendah oleh orang tanpa mengenali sia...