💸 42 💸

1.2K 68 2
                                    


" Boleh saya tanya macam mana benda ni boleh ada dalam beg awak?"

Wafiy meneliti kotak kecil sebesar pemetik api zippo tersebut.

" Oh. Abang Luth yang bagi,"

Huh?

Urat di kepala Izzati sudah terkeluar menimbul di kulit. Menahan segala kemarahan dan sakit hati bila mendengar nama Luth di bibir Wafiy.

" Kenapa??" Wafiy cuak melihat wajah merah Izzati.

" Awak tahu tak ini apa??"

" Tak tahu. Tapi nampak macam gula-gula getah. Tapi tu lah pelik tengok packaging dia ada tulis saiz. Ni saiz apa eh? Abang Luth pesan kalau rasa nak cuba, try lah. Tapi buka masa sampai sini," Polos sahaja jawapan Wafiy itu sambil meneliti kotak itu.

" Jadi? Awak buka?"

" Tak. Lupa,"

" Jangan buka kotak ni kalau tak nak menyesal," Izzati baling kotak itu ke belakangnya. Tersadai di atas lantai.

" Apa benda tu? Nak tahu," Wafiy memandang Izzati dengan muka mengharap.

" Jangan tahu." Izzati menggeleng laju. Dia pantas menarik tangan Wafiy keluar daripada bilik untuk bersarapan.

Wafiy hanya mengekor seperti anak kecil.

" Awak ni nerd-nerd pun boleh tahan bergaya juga eh di luar? Rambut pun style mullet," Izzati membelai rambut Wafiy.

" Kalau saya betul-betul kolot, awak rasa awak nak saya?"

" Erm depends. Awak... dua-dua nampak not bad juga lah," Izzati mencemik.

" Ohh not bad~ cakap je lah yang suami awak ni memang kacak. Kan senang," Hampir sahaja hidung mereka mahu bersentuhan. Izzati terjuling melihat Wafiy sebelum menolak muka itu ke tepi.

Izzati menjeling manja. Malas nak mengaku tapi faham-faham lah.

" Awak nak ke mana-mana ke harini?"

" Mungkin duduk di bilik je kot. Penat lah hari-hari pergi keluar. Apa kata kita spend time je dalam bilik?" Izzati tersenyum menggoda sambil jari bermain di dada Wafiy.

Wafiy menjeling dengan muka yang merah. Jangan dilayan. Izzati memang suka mengusik.

" Dapat berendam dalam jakuza pun ok juga kan? Nak join?"

Wafiy terus menoleh ke arah Izzati. Wajahnya seperti tidak percaya. Ini salah satu daripada prank ke?

" Kalau saya nak join?" Balas Wafiy. Keningnya terangkat.

" Jom lah. Saya ok je,"

Sekali lagi dia terkejut. Hmm Izzati hari ni lain. Takkan sebab pagi tadi? Tapi kalau ya pun takkan drastik sangat perubahannya? Malam tadi baru je kena tendang dengan dia atas sebab yang dia tak tahu.

" Are you... okay?"

" Ha? Ok lah. Takkan nak ajak berendam sekali pun tak boleh? Tak nak sudah. Saya tak paksa" Izzati menjeling seraya mengambil makanan di meja buffet.

Wafiy perlahan mengikut langkah Izzati di hadapan.






" Tadi kata nak join?" Izzati memincingkan mata. Dia sudah berkemban dengan tuala sedang menunggu Wafiy yang masih tercegat di sana.

" Ehh awak ni serius ke?" Wafiy memandang dengan pandangan berhati-hati.

" Ya Allah, aku tampar juga dia ni kang,"

" Mana lah tahu awak nak prank je ke? Awak bukannya betul sangat. Malam tadi pun main sedap je terajang orang,"

" Suit yourself. Kalau nak, silakan. Kalau tak nak..." Terus Izzati tersengih sinis.

[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]Where stories live. Discover now