" Assalamualaikum, ibu,"" Waalaikumussalam! Balik pun anak kesayangan ibu ni. Dah sihat?" Pn. Raudah memeluk Wafiy erat tanpa lepas. Pipi Wafiy dicium bertubi-tubi.
" Hahaha. Sihat lah. Anak ibu ni kuat," Tangan kedut itu yang masih memegang kedua belah pipinya dipegang lembut.
" Alhamdulillah. Lega ibu dengar. Haritu Wafiy kata Wafiy tak dapat balik sebab ada program di U?"
" Apa yang lebih penting daripada ibu? Kan, ibu?" Izzati mencelah dengan senyuman manis di muka.
Pn. Raudah tersenyum sahaja tanpa membalas sebelum membawa masuk mereka ke dalam rumah.
" Kenapa kita tak bawa Bubee?" Izzati bertanya. Sejak beberari lepas, Izzati mula dapat menerima kehadiran Bubee di rumah. Bubee ditinggalkan di servis hotel untuk kucing.
" Tak boleh. Ibu alah pada kucing,"
" Ohh..." Izzati mengangguk. Patutlah si Wafiy ni nak sangat bela kucing. Rupanya kat rumah memang tak dapat nak merasa hidup dengan kucing.
" Tak sabarnya nak sambut hari jadi ibu bersama orang-orang yang ibu sayang," Kata Pn. Raudah.
Mereka berdua tercegat di hadapan pintu dengan wajah kelu apabila melihat Nisa di ruang tamu.
" Kenapa terkejut nampak Nisa? Rindu ke?" Usik Pn. Raudah. Wafiy sudah berubah riak. Izzati hanya menahan perasaan bengang dalam hati.
" Sayang, jom masuk bilik. Mesti awak penat drive tadi," Pantas dia menarik tangan Izzati masuk ke dalam.
Nisa sudah tidak senang duduk. Sudah lah rahsianya sudah pecah depan mereka. Entah-entah silap haribulan Wafiy dan Izzati akan bongkarkan segalanya.
Tak! Dia takkan biarkan benda itu terjadi. Dia perlukan rancangan.
Pn. Raudah kepelikan. Sebelum ni Wafiy tak suka juga dengan Nisa tapi tak ada lah sedingin ini. Pasti isterinya yang menghasut. Tak guna betul.
" Nisa janganlah kecil hati dengan Wafiy ya?"
" Tak ada lah, makngah. Nisa faham," Nisa menunduk segan.
" Mak ngah takkan biarkan orang buat Nisa. Nisa bersabar ya? Mak ngah dah ada plan,"
" Plan apa tu?"
Wafiy meletakkan beg mereka di sudut bilik. Izzati menghempas badan di atas katil.
" Awak ni kot ya pun cuba berlakon sikit depan ibu. Jangan lah nampak sangat awak tak suka Nisa," Ujar Izzati.
" Malas lah saya nak berpura-pura." Wafiy menjawab dengan nada sebal.
" Nampaknya sepanjang kita di sini Nisa akan ada lah tu."
" Tak tahu pula dia akan balik kampung," Wafiy mencapai tangan Izzati. " Awak ok tak?"
Izzati berkerut dengan tersenyum kehairanan. " Mestilah saya ok. Takkan sebab Nisa saya nak moody pula?"
" Saya tak nak sepanjang kita di sini akan ada pergaduhan. Awak tahu kan kalau dah melibatkan ibu saya tak mampu nak cakap lebih-lebih," Wafiy kelihatan down sangat.
Izzati menongkat dagu Wafiy. " Hey, why with the long faces? Awak tak ingat ke janji awak waktu di pantai dulu? Awak nak buat keputusan sendiri tanpa terasa serba salah?"
" Tahu... tapi saya takut," Izzati dipeluk erat.
Izzati faham apa yang Wafiy cuba sampaikan. Tapi apa guna manusia dicipta kalau tak boleh buat keputusan sendiri?
YOU ARE READING
[ C ] | SENTUHAN SANG MAHARANI [BAKAL TERBIT NOV 2024]
RomanceSpin off from NIRMALA KASIH HANAN [TAJUK LAMA: I'm Not A Sugar Mummy!] Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih berdikari yang pantang sekali menyerah kalah. Tak suka dipandang rendah oleh orang tanpa mengenali sia...