Suraya menyiram pokok bunga. Wangian bunga mawar masuk ke rongga hidung nya. Hmmm~ Wangi nya!. I love flower!.
"Suraya! Tolong ambik pesanan pelanggan!" Jerit niana yang sibuk di kaunter.
Terus air paip ditutup lalu cepat sahaja berlari kearah eira. Eira memberi buku kecil nya.
"Kau ambik pesanan kat baju kuning tu.. yang perempuan dengan lelaki tu. Meja 3" Surayar mengganguk tanda faham. Kaki nya menapak kearah mereka berdua.
Tangan nya mula bersedia mencatat makanan yang hendak diorder.
"Order?" Soalnya Suraya sopan berserta senyuman.
"Bagi saya Nasi ayam satu dan...sayang nak order apa?" Ujar lelaki itu kepada perempuan didepan nya.
Suraya tersenyum. Mesti suami isteri ni.
Haih..bilalah aku kawin ye? Ada bf tapi tak lamar aku pon.
Haih...
"Sayang rasa mengidam nak makan Ramen lah. Ada?" Soalnya perempuan itu memandang lelaki di depan nya.
"Ohh Ramen kita ada kat sini. Nak rasa apa?" Katanya Suraya memandang perempuan itu.
"Nak rasa pedas tapi tak lah pedas sangat" ujar perempuan itu senyum manis.
"Ada²! Tu saja ke?.ada lagi?" Ucap Suraya memandang lelaki kemudian perempuan itu.
Lelaki itu menggeleng kepalanya tanda 'tidak ada.' Suraya mengangguk perlahan.
"Semoga hubungan tuan dan puan bahagia sampai ke Jannah ye" perempuan itu tersenyum begitu juga lelaki itu.
"Insyaallah bahagia sampai ke Jannah. Terima kasih ye" Suraya mengangguk lalu memberi senyuman sebelum bergerak menuju ke Eira.
"Hah. Nah! Bagi kat diorang" Eira mengganguk perlahan lalu buku kecil suraya diambil diberikan ke tukang masak.
Bagi korang yang tak tau pekerjaan Suraya, suraya berkerja kat cafe dengan kawan dia. Kadang² waktu cuti dia gi kerja kat kedai bunga. Selepas selesai masa kat cafe, petang tu dia gi kerja kat kedai bunga tu.
Lagipun dia tak nak tokma kerja. Lagipun dah tua kan. Tak nak susah kan. Biar dia jelah yang gi cari duit.
Suraya membawa makanan menuju ke meja 3. Dihidangkan di atas meja berhati-hati.
"Enjoy your food" ujar Suraya lembut lalu pergi meja selanjutnya apabila dipanggil.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Suraya duduk di kerusi lalu Sandar. Penat nya hari ini! Pelanggan boleh tahan banyak.Tak pe lah kan. Rezeki jangan ditolak.
Kalau tolak maksud nya kau tolak gaji kau.
Jangan²!. Tak sanggup aku!
"Wey, kau nak gi ke kat tempat kerja kau satu lagi tu?" Soalnya Eira mula minum air coklat.
Suraya mengangguk lalu memandang jam tangan. Hmmm. Baru pukul 4:05 petang. Boleh lah ni pergi kan. Awal² lagi bagus!
"Wey, aku nak gi dulu lah. Aku nak gi awal takut orang kat sana ramai kang kesian kawan aku yang melayan tu." Katanya Suraya memandang Eira.
Eira pula dah mula dah!. Mula lah berlakon muka sesedih sedihnya macam aku pergi 3 tahun tak balik kat sini.
"Alah! Awal nya kau pergi! Bukan kau pergi pukul 4:30 petang ke? Awat awal? Bosan doh tak De kau kat sini. Habis aku nak cakap dengan sapa?" Eira menyesat airmata nya yang konon² mengalir padahal tak De pon. Acah² nangis.
Fuh! Ni kalau masuk drama TV3 ni, auto dapat anugerah terbaik berlakon. Kalah mat salleh!.
Kawan aku power tau~.
"Kau cakap lah dengan air coklat kau tu. Dia pon tak de kawan." Suraya naik menggosok atas kepala Eira.
Eira hanya memasam muka nya. Air aku ni mana boleh cakap. Aduh... Suraya.. Suraya..
Suraya mengalas beg kecil nya keluar dari cafe sambil tangan sebelah nya melambai ke arah Eira. Bff dia.
Dulu sebenarnya ada bff tapi tulah perkhianat.
Kawan tikam belakang. Nasib Eira tak. Beruntung dia dapat Eira.
Hehe!.
Motor dipandu dengan perlahan menuju ke tempat tujuan. Berhati² dan fokus jalan.
Suraya berhenti apabila lampu isyarat merah tanda berhenti. Matanya tertumpu kearah beberapa kereta hitam. Bapak ramai kereta hitam hari ini!.
Hari ini hari warna hitam day ke?
Lampu merah bertukar berwarna hijau. Motor Suraya bergerak ke kiri tapi entah macam dia tak perasan ada kereta hitam hampir langgar dia. Aku ulang. HAMPIR KENA LANGGAR! Nasib aku sempat brek tapi tulah. Aku yang brek, aku yang jatuh.
"Adoi!" Jerit Suraya perlahan. Takkan aku nak jerit kuat kot! Malu lah aku nanti. Jawab nya letak dinding je lah.
Seorang lelaki mula keluar dari kereta nya menuju ke suraya...
"Maaf! Kau tak apa² ke?!" Soalnya risau. Suraya mula mendongak ke atas. Suraya terdiam.
Sapa pulak mamat ni? Pakai topeng bagai.
Sapa ekk? Artis ke? Aku tak pernah jumpa mamat ni sebelum ni.
"Erhh saya okey. Saya pergi dulu ye. Saya kena cepat." Ujarnya Suraya naik motor, memakai topi keledar lalu laju sahaja motor nya meluncur dari hadapan Lelaki itu.
Maskmana hanya memandang sahaja. Tak sempat aku nak bukak mulut, perempuan tu dah pergi dah.
(MASKMANA POV)
maskmana memandu kereta dengan bengang. Budak ni kan! Dah lah bagi tau last minit! Mana tak marah aku ni. Meeting terpaksa kena batalkan sebab kena beli strawberi 🍓 kat mummy. Mummy mintak Ayden, tapi budak tu mintak aku suruh belikan.
Dasar cousin pemalas!.
Buzy konon. Buzy main phone lah tu.
Entah macam mana tak perasan, maskmana hampir terlanggar seseorang perempuan yang membonceng motor. Perempuan itu brek tapi terjatuh jugak.
Aduh! Cuai betul aku ni. Nasib tak langgar tadi.
Maskmana keluar dari kereta tergesa-gesa. Dipandang ke bawah memandang seorang perempuan.
"Maaf! Kau tak apa² ke?!" Soal aku risau. Risau kalau ada apa² terjadi kang, susah aku nanti.
Perempuan itu memandang ke atas. Maskmana terpanah seketika. Cantik.
Cantik bila dekat² tengok.
Hmmm..jap!
Perempuan ni bukan ke kat taman hari itu?. Rasanya memang betul lah dia!.
"Erhh saya okey. Saya pergi dulu ye. Saya kena cepat." Katanya perempuan itu naik motor lalu pergi dari hadapan aku.
Maskmana mula tersenyum.
That girl....
(MASKMANA POV END)
Bersambung..
Huhuhu! Sorry lambat update bab ni. Ada hal sikit tadi. Biasalah kan. Homework banyak kan. Kena lah buat. Takut cikgu nanti marah. Sorry banyak Typo dan pendek. Suraya?. Cepat betul dia Blah.
Apa yang terjadi seterusnya? Nak tau? Tunggu author update bab seterusnya ye! Tunggu tau! ⊂('・◡・⊂ )∘˚˳°(つ≧▽≦)つ
(人 •͈ᴗ•͈).
YOU ARE READING
maskmana ketua aku (season 2)
RomanceSECOND BOOK DARI (MASKMANA KETUA AKU) 𝑆𝐼𝐿𝐴 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝑀𝐴𝑆𝐾𝑀𝐴𝑁𝐴 𝐾𝐸𝑇𝑈𝐴 𝐴𝐾𝑈 𝐷𝑈𝐿𝑈 𝑆𝐸𝐵𝐸𝐿𝑈𝑀 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝐵𝑂𝑂𝐾 2 𝑁𝐼! 𝐵𝑈𝐾𝑈 𝑁𝐼 𝐴𝐷𝐴 𝐵𝐸𝑅𝐾𝐴𝐼𝑇𝐴𝑁 𝐷𝐴𝑅𝐼 𝐵𝑂𝑂𝐾 1. Sejak dari kejadian yang menimpa dahulu, semua...