🌧️🌨️|•' bab 36 🌼

28 4 0
                                    

Puan Fakirah mencuci pinggan mangkuk di singki. Encik Aliff? Dah pergi office awal hari ini.

"Mummy" sapa maskmana yang kebetulan berada di dapur mengambil cawan. Puan Fakirah hanya diam. Wajahnya menunduk.

"Sorry " ucapnya maskmana agak perlahan. Puan Fakirah mengangkat wajahnya memandang maskmana. Rasa tak percaya maskmana akan mintak maaf berhadapan dengan nya. Selama ni, Ayden yang selalu sampaikan maaf ke puan Fakirah. Langsung tak percaya dengan apa yang dia Dengar.

"I'm.. sorry" ujarnya lagi maskmana. Puan Fakirah tersenyum sebelum membuka mulut.

"Tak pe. Mummy maaf kan. Lagipon ni Salah mummy. Kalau maskmana rasa perjodohan mummy ni melampau.. mummy boleh batalkan perjodohan ni." Katanya puan Fakirah dengan berat hati.

Baru sahaja puan Fakirah mahu beredar dari dapur, langkah nya terhenti.

"No. Jangan stop. Teruskan niat mummy kalau perkara ni membuatkan mama,papa tenang." Terdiam puan Fakirah. Dipandang maskmana berkali². Nampaknya tak salah lagi....

ו☄️☄️•×

"Su.. tolong letak makanan ni kat meja!" Pinta nya puan yamnia tersenyum memandang cucu nya. Suraya mengangguk perlahan. Hanya mengikut sahaja arahan puan yamnia.

Bukan nak biadap, tapi malas nak bukak mulut. Hari ini adalah hari yang sangat cukup berdebarkan aku. Ye..hari dimana aku berjumpa dengan bakal suami aku.

Jawapan? Aku tak bagi lagi.

Ding...dong!

Kedengaran bunyi loceng berbunyi dari luar. Laju sahaja puan yamnia membuka pintu dan memperlawa kan mereka masuk.

"Hah! Sampai pun. Masuk² lah! Jangan lah malu². Buat je macam rumah sendiri" perlawa puan yamnia dengan senyuman.

Suraya hanya melihat sahaja. Ehh-Cam kenal je makcik tu? Hah! Pakcik tu siapa pulak?

"Duduk². " Puan Fakirah hanya tersenyum sebelum melabuhkan punggung di atas sofa bersama encik Aliff. Puan Fakirah kemudian memandang Suraya yang masih berdiri tegak di sebelah puan yamnia.

"Ni ke cucu makcik? Cantik rupa nya. Sopan je. Kenapa tak duduk? Tak lenguh ke kaki?" Soal puan Fakirah hingga membuat Suraya tersedar dari lamunan nya.

"Dia malu lah tu dengan mak mertua. Biasalah kan nak jumpa calon suaminya" balasnya puan yamnia dengan gelakkan kecil. Suraya hanya menurut tanpa bantah.

"Hah..calon daddy ni, nama sapa?" Soal encik Aliff ingin tahu.

"Erhh..saya.. Suraya.. Puteri Suraya mairah" Ujar Suraya teragap agap menunduk ke bawah. Encik Aliff mengganguk.

"Eee- mana bakal menantu mak cik irah? Tak nampak pon." Soal puan yamnia heran. Matanya dari tadi melilau sekeliling.

"Ahh- pasal tu..dia tu lambat sikit. Dia ada hal sikit kat office." Ucapnya puan Fakirah dengan tenang dan senyum kearah Suraya.

Suraya membalas senyuman.

Sedang mereka bersembang, kedengaran suara kereta dari luar. Pintu tertolak dari luar oleh seseorang.

"Sorry i late" ucapnya maskmana menuju kearah mereka. Suraya terdiam seribu. Mamat ni?! Apasal mamat ni datang kat sini?!.

"It sokey boy. No problem" balasnya puan yamnia tenang. Maskmana melabuhkan punggung di sofa disebabkan Aliff. Dilihat Suraya yang memandang dirinya. Cepat² Suraya menunduk.

Tersenyum maskmana tanpa dia sedari. Girl...

"Ni ke anak keyra?" Soal puan yamnia kembali. Puan Fakirah hanya mengangguk tanda faham.

Suraya pula hanya meminum air teh. Tangan nya mula menggigil hebat. Entah kenapa, dia rasa tak sedap hati.

"Jadi..macam mana keputusan pihak Irah? Setuju?" Soal puan yamnia memandang maskmana dan tersenyum.

"Hah! Maskmana. Macam mana?" Ujar puan Fakirah memandang maskmana dengan harapan. Maskmana berfikir sejenak sebelum memandang Suraya yang jelas riaknya mula pucat.

"Aku terima. I mean setuju" balasnya tenang tanpa bantah. Hampir ternganga mulut puan Fakirah dan Suraya manakala encik aliff dan puan yamnia hanya tersenyum.

"Aik?! Hari itu bukan keras membantah. Sekarang elok terima?!" Perli puan Fakirah geram. Maskmana dan puan Fakirah bergaduh teruk sebab perjodohan tapi sekarang! Lain jadinya!.

"Apa² jelah" balasnya maskmana selamba. Kesemua mata memandang Suraya yang elok bermain jari jemari.

Terkejut Suraya apabila semua melihat Kearah.

"Hah! Pihak perempuan ni, terima tak?" Soal puan Fakirah bersungguh. Puan yamnia pula menunggu jawapan dari mulut suraya. Cucu kesayangan.

Almaklumlah, cucu sorang je.

Kan.

"Erhh..tokma..boleh tak Suraya nak cakap sikit dengan pakcik tua tu?" Pinta Suraya lembut. Terus maskmana memandang nya tajam. Pakcik tua kau panggil aku?!. Aku tua sangat ke?!.

"Boleh²! Tak de masalah!" Kata puan Fakirah dan puan yamnia serentak. Suraya mengajak maskmana untuk mengikut nya ke halaman belakang.

"Encik! Encik Gile ke apa?!" Marah suraya sebaik sahaja berada di halaman belakang.

"What? Gile apa benda?" Soal maskmana memandang Suraya yang memandang dirinya.

"Kenapa encik tak bantah perjodohan ni! Kenapa encik tak tolak! Saya... arghhhh! Saya tak faham apa yang encik nak buat sekarang ni!!" Ujar Suraya mengurut kepalanya sendiri. Ya-Allah! Pening nya kepala!.

"Apa? Salah ke aku tak tolak! Hei! Aku tak tolak bersebab tau! Kalau aku tak nak jaga hati mummy dan daddy..aku dah lama tolak!." Balas nya maskmana begang. Suraya kemudian kembali bersuara.

"Dah tu?! Cari lah cara! Cari cara macam mana nak batalkan perjodohan ni!. Saya betul² tak faham dengan encik sebenarnya!" Katanya Suraya geram.

"Batalkan? Haha..kau buat lah sendiri dengan cara kau kalau kau rasa cara kau boleh batalkan perjodohan ni dan bahagiakan tokma kau." Balasannya maskmana selamba tanpa rasa bersalah.

Makin memerah lah wajah Suraya akibat menahan kemarahan dalamnya.

"Fine! Baiklah! Saya akan pastikan perjodohan ni akan terbatal!" Sejurus itu suraya pergi meninggalkan maskmana keseorangan.

"No Suraya. You won't " ucapnya maskmana sendiri memandang kepergian Suraya.

Bersambung....
OwO! Djdejjdjejddj. Suraya kena jodohkan?! UwU. Sangat hebat! Maskmana terima?! Cepat betul dia terima! Sorry tau lambat update sebab seterika baju jap. Typo sila maafkan author! Pendek? Sorry! Silakan tunggu bab seterusnya kalau anda suka ✨. Silakan tunggu author! ( ꈨຶ ˙̫̮ ꈨຶ )(≧▽≦)ಡ ͜ ʖ ಡ( ꈍᴗꈍ).

maskmana ketua aku (season 2)Where stories live. Discover now