Maskmana menilik dirinya di pantulan cermin. Hensem jugak aku hari ini walaupun aku pakai topeng ༎ຶ‿༎ຶ. Sian aku..
"Woi harimau! Tolong Kancing kan butang aku ni! Susah lah aku nak masukkan!" Ujar Ayden berusaha memasuk kan butang baju di leher Ayden. Maskmana mencebik sedikit. Dituju ke Ayden. Ishhh! Aku nak berangan pon tak leh!.
"Sabar lah! Benda ni pon kau tak leh settle, habis macam mana kau nak bimbing bakal isteri kau tu?" Soal maskmana agak bengang. Bengang pon tolong jugak.
"Banyak cakap lah kau ni! Tolong lah" rayu Ayden tanpa putus asa. Maskmana memasuk kan butang dengan senang. Tengok?. sekejap je aku buat. Mengada!.
"Awww~~so sweet my cousin~~" terus maskmana menolak Ayden hingga jatuh ke katil.
"H-hah apa yang kau nak buat ni?! mummy! Tolong singa nak rogol aku! Ahh~~" jerit Ayden dengan kuat. Terus maskmana menutup mulut Ayden lalu ditonjolkan kepala Ayden dengan kuat.
"Kau pahal?! Geli lah kambing! Sejak bila aku nak rogol kau?! Aku tak gay lah bengong!" Tersengih Ayden seketika. Maskmana melempar bantal sofa tepat ke muka Ayden.
Padan muka kau!.
"Dah nak ada bini tapi perangai tak senonoh!" Kata maskmana selamba duduk di sofa single berhadapan dengan Ayden.
Ayden duduk di birai katil memandang maskmana. Bawah bibir digigit sedikit.
"Wey, aku nervous lah. Takut lah pulak." Tutur Ayden dengan sedikit bergetar. Maskmana hanya menyilangkan tangan ke dada sebelum menjawab.
"Habis kau nak aku akad nikah untuk kau ke apa?! Tak nak aku! Tak pasal² aku ada isteri free." Ucap maskmana dengan nada yang agak tinggi.
"Ehh- kau! Jangan kau rembat Airish dari aku! Penat aku pikat dia" maskmana mengiyakan sahaja kata² Ayden.
"Kalau kau nervous, buat cara kau tak nervous. Biasa lah kau kan nak kawin. Memang lah macam tu" ujar maskmana memandang Ayden yang memandang dirinya.
"Yelah²" jawab Ayden dengan tenang.
"Dah lah jom! Tak kan nak tunggu sini pulak!" Ajak maskmana keluar dari bilik Ayden. Ayden akur sahaja.
####################################
Ayden berjabat tangan dengan tok kadi."Sedia?" Ayden mengangguk lalu memandang Airish di belakang. Makin berseri Airish. Tersenyum Airish.
"Muhammad Ayden Hakimi bin Mohamad Aliff Aziz, aku dinikahkan dikau dengan Nur Fathia Airish binti Zaiful dengan mas kawin 5 ribu ringgit tunai" Ayden menarik nafas panjang.
"Aku kawinkan--ehh?" Pipi Ayden kemerahan. Alamak! Salah cakap! Nervous punya pasal lah ni. Maskmana menahan tangan sebelah nya. Sabar....sabar..
Puan Fakirah menepuk dahinya sendiri. Macam mana lah anak aku ni! Suami aku pon tak de lah macam tu. Airish menunduk Malu..Ish..Ayden ni kan..
"MONYET! APA BENDA KAU CAKAP NI?! KAU NAK KAWIN KE TAK?!" Kata maskmana dengan nada yang tegas. Semua mata memandang maskmana kemudian memandang Ayden.
"Ayden kamu okey ke? Nak ulang?" Ayden mengganguk perlahan sebelum menjawab.
"Saya okey cuma nervous punya pasal sampai tersalah cakap" tok kadi tersenyum sedikit..
"Biasa lah tu..nak kawin kan. Okey kita ulang ye" Ayden menarik nafas panjang lalu menghembuskan nafasnya. Tangan dihulur untuk berjabat.
"Kalau kau salah lagi, aku sumbat microfon ni kat mulut kau!" Maskmana memberi amaran keras sambil menunjuk microfon di tangan nya.
YOU ARE READING
maskmana ketua aku (season 2)
RomanceSECOND BOOK DARI (MASKMANA KETUA AKU) 𝑆𝐼𝐿𝐴 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝑀𝐴𝑆𝐾𝑀𝐴𝑁𝐴 𝐾𝐸𝑇𝑈𝐴 𝐴𝐾𝑈 𝐷𝑈𝐿𝑈 𝑆𝐸𝐵𝐸𝐿𝑈𝑀 𝐵𝐴𝐶𝐴 𝐵𝑂𝑂𝐾 2 𝑁𝐼! 𝐵𝑈𝐾𝑈 𝑁𝐼 𝐴𝐷𝐴 𝐵𝐸𝑅𝐾𝐴𝐼𝑇𝐴𝑁 𝐷𝐴𝑅𝐼 𝐵𝑂𝑂𝐾 1. Sejak dari kejadian yang menimpa dahulu, semua...