🌧️🌨️|•' bab 46 🌼

27 4 0
                                    

"BAGI TAU AKU...SIAPA ANAK KANDUNGAN DALAM PERUT KAU TU!" tengking Adnan memandang tajam ke Shafirah yang menangis teresak esak di pelukan puan kasih.

"Anak kau Adnan. Anak you!" Jawab Shafirah yakin. Makin mengamuk lah Adnan. Maskmana yang baru sahaja turun dengan memeluk Suraya memerhatikan pertengkaran hebat di bawah.

"Anak aku? KALAU BETUL TU ANAK AKU...JANTAN MANA YANG KAU BAWAK MASUK KAT BILIK?! HAH?!" Terhenjut bahu Suraya. Maskmana mengurut dada Suraya perlahan. Pipi Suraya mula memerah menahan malu.

Shafirah terdiam tak terkata. Memang betul dia bawak jantan masuk bilik tapi tak sangka kena kantoi dengan Adnan.

"KAU TAK PAYAH NAK TIPU! AKU DAH TAHU SEBENARNYA DARI MULUT JANTAN TU SENDIRI! SANGGUP KAU BUAT AKU MACAM NI?! AKU SAYANG KAU! AKU TAK PERNAH CURANG KAT KAU! TAPI..BENDA NI YANG KAU BAGI?!" Kesemua kekecewaan diluahkan. Kecewa dengan Shafirah. Selama 6 tahun dia couple Senyap² daripada Suraya, benda ni dia bagi!

"You..i..aku mintak maaf! Tapi ni..anak you!" Kata Shafirah tanpa putus asa. Maskmana hanya melihat sahaja sambil duduk di sofa. Pop corn di meja diambil lalu diberikan kepada suraya.

Ada drama free..buat apa nak bazir?

"Makan lah pop corn tu. Kau nak aku suap ke?" Laju Suraya menggeleng. Disuap langsung pop corn ke mulut.

"A.L.A.S.A.N!. KAU CURANG KAT AKU SHAFIRAH!" tengking nya lagi Adnan menolak tangan Shafirah yang ingin menyentuh tangan nya.

"Tok--tokma" panggil Shafirah lemah. Puan yamnia mengenyahkan panggilan Shafirah. Kecewa dengan cucu dia. Baru pergi ke market sekejap, sempat lagi cucu dia buat benda terkutuk kat suami dia sendiri.

SUAMI SENDIRI!!.

"Kau jangan sentuh aku! Jijik kau tau tak?! Aku malu ada cucu macam kau ni! KOTOR TAU TAK!" ditipis kasar tangan Shafirah. Shafirah menangis sejadi-jadi. Shafirah melulut di hadapan puan yamnia.

"Nek! Shafirah mintak maaf! Shafirah kena perangkap! Jantan tu paksa Shafirah buat semua ni,kalau tak, dia...dia nak rogol Shafirah!" Bohong Shafirah dengan airmata yang turun melebat.

"TIPU! TERANG² NENEK NAMPAK SHAFIRAH BAWAK MASUK JANTAN TU MASUK KAT RUMAH PASTU BUAT BENDA TERKUTUK TU!" Marah puan yamnia membuatkan Bahu Suraya terhenjut untuk kali kedua.

Garang nya kalau tokma marah.

"Hiks..nek percaya ke? Nek percaya jantan tu dari cucu nek sendiri?!" Kata Shafirah bengang.

"KAU DIAM! DAH SALAH TU, MENGAKU JE LAH!". Ujar Adnan menampar pipi Shafirah. Suraya terkejut ingin bangun membantu Shafirah tapi ditahan erat oleh maskmana.

"Jangan jadi baik Sangat Suraya. Kau nak tolong ke orang yang khianat kau curang dengan bekas bf kau tu? Kau boleh baik lagi dengan dia?" Soal maskmana dengan nada yang tegas dan agak kasar.

Suraya berhenti dari mengeletar untuk dilepaskan. Ditunduk kepala nya ke bawah. Apa yang dikatakan maskmana semua nya betul. Tiada salah.

Puan yamnia yang menyedari kelakuan Suraya yang memberontak ingin lepas dari pelukan maskmana menarik perhatian nya. Cukup dia faham apa yang suraya mahu lakukan.

"Maskmana." Maskmana yang faham akan maksud puan yamnia lantas mendukung Suraya masuk ke bilik meninggalkan mereka yang bertengkaran.

Suraya terkejut tidak main..sapa je tak terkejut kalau tiba² je kena dukung.

Pintu bilik dikunci dari dalam. Puan yamnia tersenyum melihat moment maskmana ke cucunya. Suraya. Baginya, itu cukup romantik.

Sekarang satu dah selesai, kedua Shafirah. Laju dia memandang ke arah Shafirah yang melulut di hadapan nya dengan tangisan.

maskmana ketua aku (season 2)Where stories live. Discover now