☘1 🐺☘

87 7 4
                                    

"𝙇𝙄𝙎𝙔𝘼!"

Teriakan yang super kuat bergema di rumah banglo itu. Kelihatan seorang gadis yang lengkap berpakaian sekolah menegah berlari ke arah seorang lelaki dan meyorok di belakangnya.

"Apa lagi yang Lisya dah buat dekat Tarzan tu?" Tanya lelaki tersebut.

"Mana ada Lisya buat apa-apa." Kata gadis tersebut.

"Tak payah nak tipu umi, Lisya. Kamu mesti kacau along lagi sampai dia menjerit macam tu kan?" Sampuk Puan Kamelia.

"Alah, Lisya sapu madu pada muka along je masa dia tidur." Balas Lisya bersahaja.

Semua yang berada di ruang makan tersebut menepuk dahi sendiri.

Puan Kamelia mengeluh.

Walaupun umur dah remaja tapi anak bongsu dia ni suka sangat mengusik anak sulungnya. Tak padan dengan perempuan.

"Babah nak kamu pergi minta maaf dekat along." Arah Encik Jamal selaku ketua keluarga.

"Okay nanti Lisya buat ye babah, sekarang Lisya nak sarapan dulu lepastu pergi sekolah baru dengan Angah." Lisya menarik lelaki yang dipanggil angah itu duduk di sebelahnya dan menyumbat roti bakar kaya ke dalam mulut.

"BANYAK LAH KAU PUNYA NANTI! HABIS MELEKIT MUKA AKU NI TAU TAK!?" Jerit lelaki yang dipanggil along dari tangga.

Lisya cepat-cepat menelan roti bakar dan berlari ke luar rumah.

"WOI! NAK LARI MANA TU!?"

"Along jangan menjerit pagi-pagi, nanti rezeki tak masuk." Pesan Puan Kamelia.

"Umi tengok anak pungut tu, Nasib baik takde binatang dekat muka hesmes along ni." Rengek along.

Dia berjalan menuju ruang makan sambil menggosok muka yang merah padam akibat terlalu kuat menenyeh berus kasut ke muka.

"Eee... Nama je anak jantan tapi gedik nak mamp*s!" Jerit Lisya dari luar.

"DIAM LAH KAU ANAK PUNGUT KURANG KASI– hmph!"

Belum sempat along menghabiskan ayat, mulutnya sudah disumbat dengan roti bakar.

"Umi babah, Angah gerak dulu. Habis rosak pendengaran angah kalau duduk lama-lama di sini dengan tarzan jakun ni." Pinta angah seraya menyalami Puan Kamelia dan Encik Jamal.

Along hanya menjegilkan mata memandangkan mulutnya disumbat penuh oleh Angah.

Aku punyalah hensem disamakan dengan tarzan?

"Hati-hati, jaga diri dengan adik bertuah kamu tu elok-elok. Lisya pun nanti dekat sekolah baru jangan garang sangat." Pesan Puan Kamelia.

Harini hari pertama persekolahan anaknya di sekolah baru. Mereka sekeluarga terpaksa berpindah rumah kerana Encik Jamal perlu menguruskan syarikat di sini.

Along sudah tamat pengajian di U (university) dan sekarang tengah tolong Encik Jamal uruskan syarikat. Angah pula masih melanjutkan pengajian dan sekarang berada di tahun akhir. Lisya pula budak SPM.

"Baik tuan dan puan, perintah anda akan anakanda laksanakan." Tabik Lisya setelah menyalami Umi dan babahnya.

Lisya dan Angah berjalan melepasi Along.

"Eh,Angah lupa something lah Lisya."

Lisya menatap abang keduanya dengan muka berkerut sebelum menepuk tangan.

Oh ye, rutin pagi anak hutan- bisik hati Lisya.

Mereka berjalan mendekati along yang syok mengunyah nasi goreng.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now