☘끝☘

55 5 9
                                    

Sepanjang perjalanan pulang, Lisya hanya mendiamkan diri. Gadis itu tidak berkata sepatah haram pun apatah lagi berperang mulut seperti yang dilakukan setiap hari. Kelakuan itu mengundang rasa pelik dalam diri Arfiq.

Biasanya ada saja celoteh gadis itu. Entah tentang ketidakpuasan hati mengenai sekolah atau perangai gila si sulung.

Puas Arfiq cuba segala cara untuk menyakitkan hati si gadis namun Alisya tetap diam dan termenung.

Patut ke dia siasat apa yang dah berlaku di sekolah tadi? Ya, dia perlu siasat sebelum Aryan yang lakukan.

Arfiq sebagai abang sulung yang hanat pun masih risaukan adik-adiknya. Namun apa yang paling merisaukan sekarang ialah tindakan Aryan.

Lelaki itu kalau sudah bersangkut-paut dengan adik kesayangannya, jangan kata Puan Kamelia, singa pun lari beb.

"Kau okay tak?" Soal Arfiq menghentikan perbuatan Lisya yang ingin membuka pintu kereta.

"Um" kepala diangguk.

Arfiq menyilangkan tangan.

"Betul?" Soal Arfiq musykil.

Kalini si gadis menunduk.

Arfiq menghembus nafas.

"Sehanat-hanat aku jadi abang, aku masih risaukan adik-adik aku. Kau tahu Aryan balik petang nanti, kan?Aku tahu kau berdendam dengan aku tapi kut ya pun nak balas jangan suruh Aryan yang buat. Kau nak tengok aku mati bujang ke?" Bebel Arfiq.

Lisya tersenyum kecil.

Dia faham maksud Arfiq.

"Jangan risau, Lisya takkan bagi dia mengamuk."Jamin Lisya.

"Eloklah tu. Kalau dia mengamuk juga siap kau, aku bagitahu umi kau yang patahkan lipstick Lisa Blackpink dia." Ugut Arfiq.

Lisya cemberut.

"Hek eleh, aku bagitahu babah kau yang fitnah babah dating dengan Makcik Bedah lorong sebelah sampai Umi merajuk 4 hari 10 malam pertama." Lisya membalas ugutan.

"Eh, benda betul okay. Mana ada aku fitnah." Bantah Arfiq tak mahu kalah.

Akhirnya, adik laknat dia hidup kembali.

"Ye kau fitnah. Lepastu aku bagitahu umi kau yang lubangkan periuk warisan dia tahun lepas sebab bakar mercun bola dalam tu."

"Itu tak sengaja okay!"

"Tak kira, aku bagitahu jugak."

"Bagitahulah kalau berani."

"Okay aku bagitahu."

"Pergi lah, nanti aku cakap kat angah kau tarik baju cosplay angah sampai koyak pastu sorok atas pokok pisang umi."

"Aku tak sengaja lah masa tu!"

"Ada aku kesah?"

"Eee along! Ni tak aci."

"Aci kat kedai."

"Dah lah tak nak kawan kau." Lisya keluar daripada kereta lalu menghempas pintu kereta Honda Arfiq dengan kuat.

"WOI! JAHANAM PINTU AKU SETAN!" Jerit Arfiq dalam kereta.

Lisya mengejek Arfiq lalu berlari masuk ke dalam rumah.

*Dasar anak pungut* Umpat Arfiq dalam hati.

Nak umpat kuat-kuat tak boleh. Karang Puan Kamelia dengar mahu kene kejar dengan penyapu lidi.

Arfiq tersenyum kerana berjaya mengembalikan keceriaan adik perempuannya.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now