☘7 🦊 ☘

36 5 8
                                    

"Lisya jadi penolong ketua pengawas?"

"Haah, awalnya Lisya tak nak sebab Lisya dah pernah rasa betapa susah tanggungjawab penolong pengawas tu tapi pengetua dekat sana jenis yang memaksa so nak tak nak Lisya kena pikul lah jugak tittle tu." Beritahu Lisya.

"Lagipun cikgu-cikgu di sana masing-masing ada urusan pribadi selain mengajar. Jadi Lisya dengan Aidan jelah harapan diorang untuk laksanakan majlis."

"Aidan?"

Lisya menyisip air teh o buatannya sebelum sambung bercerita.

Haus weh!

"Hmm... Ketua pengawas dekat sekolah Lisya. Tapi ngah dia tu annoying toh. Sombong pun ye, menyampah Lisya." Kutuk Lisya sekali dengan mimik muka tak suka.

"Hengko tak payah nak menyampah sangat, esok lusa manatau jodoh along gelakkan kau puas-puas." Sampuk Arfiq yang kebetulan baru balik kerja.

"Sebok lah kau toyol gedik." Sembur Lisya.

Arfiq turun secara mengundur dari tangga. Punyalah hensem gini disamakan dengan toyol? Dah toyol, gedik pula tu?

"Weh pungut, cakap elok sikit eh? Aku punya hensem kau pergi samakan dengan toyol asal?" Protes Arfiq tak terima dirinya dicop toyol gedik.

Terbantut niatnya nak berehat.

"Along, lebih baik kau cermin diri sendiri lepastu cari perbezaan kau dengan toyol." Arfiq mencermin dirinya di cermin besar di ruang tamu.

Tak sampai 5 minit dia kembali ke dapur, tempat Lisya dan Aryan sedang makan biskut marrie. Sekarang baru pukul lima petang jadi sementara menunggu waktu makan makan, diorang alas perut dengan biskut marrie dulu.

Kalau diikutkan hari biasa sepatutnya Lisya tinggal di rumah seorang diri sekarang kerana Along biasa balik pukul 6 lebih atau pukul 7 sekali dengan babah. Angah balik pukul 6 tepat tapi boleh jadi dia balik awal atau dia balik lewat dalam pukul 9/10 malam.

Last one umi, dia akan keluar dengan geng bawang dia lepas kitorang semua pergi sekolah dan kerja. Paling awal dia pergi pukul 12 balik pukul 5.30 atau pukul 3.00 balik pukul 6 lebih.

Biasa lah, mak-mak bila dah membawang memang lama...

"Dah jumpa perbezaan?" Tanya Lisya.

"Dah" Jawap Arfiq.

"Kau jumpa apa?" Tanya Aryan pula yang sedari tadi hanya menjadi penonton.

"Aku jumpa..." Ayat digantung.

"Jumpa apa?" Soal Lisya.

"Jumpa..."

"Jumpa?" Soal Aryan pula.

"Jumpa... "

"Jumpa... "

"KAU JUMPA APA HANAT!?" Jerit Lisya. Habis sudah kesabaran dia.

Bukan nak kurang ajar cuma kekadang along dia ni sejenis mintak kaki dulu baru otak dia boleh jalan.

"Aku jumpa perbezaan alu dengan toyol adalah aku lebih hensem dari dia!" Along tertawa besar di situ.

Lisya memandang along dengan wajah pasrah manakala wajah Aryan berubah kepada riak datar.

"Baru sekarang Lisya yakin dengan keputusan Hani untuk reject along"

"Hmm... Angah tak boleh bayangkan macam mana member Lisya nak hadap si sewel tu"

"Haihh..." Keluh keduanya.

∆🐺💙∆

"Hm..."

"Mende yang untung? Kalau kau tahu acane bebannya tugas penolong pengawas tu, aku yakin korang terus taubat."

"Yokyok jelah."

"Haah, memang sekolah ni selalu buat majlis tu setiap bulan ke?"

"Ooo.. "

"Tak lah, memang aku busy tapi at the same time aku still kene belajar. Nanti korang tolong lah aku kejar pelajaran yang aku tak masuk atau korang tolong listkan tugas yang cikgu cakap dekat satu nota and then bagi aku."

"Okay okay bye, jumpa esok."

TIT...

Lisya menyambungkan pengecas ke handphonenya kemudian diletakkan di atas nightstand table. Dia terbaring di atas katil dengan posisi menelentang menghadap syiling.

"Kenapa ekspresi muka dia macam aku curang toh? " Soal Lisya.

∆𝙵𝚕𝚊𝚜𝚑𝚋𝚊𝚌𝚔∆

"Aku boleh balik sendiri lah, kau tak payah teman." Protes Lisya.

"Diamlah! Kau fikir aku takda kerja lain selain teman kau? Menyusahkan."

Lisya berhenti melangkah. Dia berpusing menghadap tiang tnb di belakangnya.

"Dah tu yang kau menyibuk ikut aku dari bilik kesihatan sampai depan pagar ni asal? " Marahnya.

"Kalau kau tiba-tiba pengsan macam tadi acane? Kau nak satu sekolah tengok kau tidur and then jadi bahan gosip? Tch, kalau nak popular sekali pun banyak benda lain kau boleh buat selain tu lah. " Bebel Aidan.

"Kalau aku popular sebab tu pun ada kena mengena dengan kau ke hantu galah? Dah lah tinggi macam tiang tnb lepastu membebel macam makcik. Entah apalah yang mak dia makan masa mengandung dulu." Bebel Lisya pula.

Dia melajukan langkah ke bustop tempat angah selalu ambil tanpa peduli dengan panggilan Aidan di belakang.

"ALISYA UMAIRAH!"

Aidan terus mengejar Lisya sambil menjerit nama gadis tersebut. Sampai...

"LISYA!"

"Abang!" Lisya memeluk Aryan erat begitu juga sebaliknya.

"How's school?"

"Great"

"Let's go home"

Keduanya masuk ke dalam kereta putih Aryan. Di dalam kereta sebelum bergerak, Lisya sempat melihat Aidan yang juga masih memandangnya dengan riak tak puas hati.

Lisya mengerutkan dahi.

Dah kenapa pula pandang aq cenggitu? - bisik hatinya.

"Lisya?" Panggil Aryan.

"Huh?" Gadis itu memandang Aryan.

"Angah tanya Lisya tentang harini, kenapa Lisya termenung? " Soal Aryan pelik.

"Oh takde pape, nanti kat rumah Lisya cerita. Btw umi macam mana ngah? "

"Umi macam biasa lah dia. Tadi angah..."

∆𝙴𝚗𝚍 𝙵𝚕𝚊𝚜𝚑𝚋𝚊𝚌𝚔∆

"Aku cuma peluk angah, ada yang salah ke sampai dia pandang aku macam tu? "

Lisya masih berteka-teki dengan dirinya sendiri.

Tapi tak lama selepas itu dia mula mengantuk dan tertidur.

Harap-harap esok dia jumpa dengan Aidan... Eh-?

**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

Draft:14/2
Pub:20/2

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now