☘9 🗿☘

26 5 16
                                    

"Ni skrip yang cikgu dah print untuk kamu berdua." Cikgu Rogayah menyerahkan beberapa keping kad kepada Aidan dan Alisya.

"Cikgu, bukan ke masih terlalu awal untuk fikir tentang skrip?" Tanya Lisya namun tangannya tetap mengambil kad tersebut dan dibelek.

"Takpe, lagipun korang boleh start practice bercakap mengikut dialog yang cikgu dah print tu." Balas Cikgu Rogayah.

"Macam mana dengan kamu berdua? Lisya berapa banyak kertas yang kamu dah fotostat?"

"Buat masa sekarang dah 300 lebih sebab abang Lisya pun tolong fotostat sekali"

"Dewan utama semua dah kosong, tinggal tunggu barang sampai and then susun ikut gambar yang cikgu bagi je." Beritahu Aidan selepas Lisya selesai.

Lisya menjeling.

Ya Allah, kau tolonglah kuatkan kesabaran hambamu ini, kalau nak diikutkan setan dah lama hamba buat gulai manusia hidup.

"Boleh cikgu tanya? Kenapa Lisya duduk jauh sangat? Sebelah Aidan ada tempat kosong, depan dia pun ada. Kenapa pergi duduk dekat hujung bilik? "Soal Cikgu Rogayah pelik.

Kalau nak buat penjarakkan sosial pun agak-agak lah sampai duduk di hujung bilik.

"Hehe takde cikgu. Sana banyak aura makhluk tak berotak, jadi saya duduk sini je." Lisya terus mendapat tatapan tajam daripada Aidan.

Heh! Fikir Lisya takut sangatlah kena tenung gitu?

No!

Lainlah kalau yang tenung itu Puan Kamelia.

"Makhluk tak berotak?" Soal Cikgu Rogayah.

"Takpe cikgu jangan difikirkan sangat, tak penting pun. Kalau takda apa-apa lagi boleh Lisya izin masuk kelas?" Pinta Lisya.

Sudah! Dia dah tak sanggup nak duduk sebilik dengan jembalang tnb lagi.

"A-ye ye, kamu berdua boleh masuk kelas."

Dengar saja perkataan 'boleh', Lisya terus memecut keluar dari bilik disiplin. Dia dah tak kisah dengan pandangan keliru Cikgu Rogayah, yang penting dia tak jumpa si jembalang lagi.

BRAK!

"ASSALAMUALAIKUM CIKGU!/EH MAK KAU HIJAU!" Jerit Lisya dan Hani serentak tetapi berbeza situasi.

Hani jerit sebab terkejut Lisya hempas pintu kelas dengan kuat. Lisya pula jerit sebab tak sengaja.

Eh, tak sengaja ke tu?

"Astagfirullahalazim Lisya! Kalau tercabut pintu tu kamu nak ganti?" Marah Cikgu Aina selaku guru kelas.

"Hehe... Maaf cikgu. Tak sengaja." Lisya tersengih macam kerang busuk.

"Sudah! Pergi duduk tempat kamu. Buka buku latihan math m/s 94"

"Baik cikgu."

∆🐺💙∆

"Alah, Hani mianhae. Aku betul-betul tak sengaja."

"Tak sengaja acik kau! Kalau aku kena heart attack tadi macam mana?"

"Aduhh... Aku takde niat pun nak hempas pintu lepastu bagi kau terkejut. Sorry lah, sorry okay?" Lisya membuat puppy eyes di hadapan Hani.

"Okay fine! Kau buat lagi sekali aku hempuk kepala kau pakai kasut Nana." Hani memberi amaran keras.

"Siapa Nana? " Sampuk Hana.

"Na jaemin member NCT. Si Hani ni kpopers lepastu nama fandom dia nctzen/czennie (sorry kalau salah)" Jawab Lisya mewakili Hani.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now