☘25🦙☘

32 5 8
                                    

Dia sebenarnya banyak idea tapi malas nak start chapter baru..... :')

"Aik? Asal kau datang sini?" Arfiq terus menyerang si adik dengan soalan sebaik saja nampak batang hidung.

"Nak memancing. Tak nampak aku bawak joran?" Sarkas Lisya sambil mengangkat beg bekal makanan yang dikatakan 'joran'.

Kalau nak diikutkan mood yang sangat buruk sekarang, nak saja Lisya jawab yang lebih kasar daripada itu. Namun dia sedar situasi di sini juga tidak terlalu baik jadi dia simpan saja kata-kata kasar itu dalam hati.

"Aku serius ni." Ujar Arfiq datar.

Dia bukan tak suka Lisya datang cuma situasi sekarang tak begitu baik. Arfiq takut dia tanpa sengaja memarahi Lisya untuk melampiaskan rasa amarahnya.

"Tak sangka orang macam kau ni boleh serius." Balas Lisya pedas.

Arfiq beristighfar. Dia tahu sekarang Lisya bukan dalam mood yang baik. Semua terbukti ketika mata Arfiq menangkap mata si gadis yang sedikit sembam.

Siapa si c*laka yang berani buat adiknya menangis?

Penumbuk digenggam. Sikit saja lagi Arfiq nak meletup.

Masalah oh masalah janganlah kau datang saat ini atau si naga tidur akan mengamuk.

*Sabar Arfiq, aku tahu kau stress sekarang.*  Pujuk Arfiq di dalam hati.

Kalau si Aryan tahu Lisya menangis, boleh mati semua orang kena amukan dia, maklumlah adik kesayangan.

Mujur saja lelaki itu sekarang sedang menetap di asrama kolej sejak beberapa bulan lepas.

Arfiq memutuskan untuk kembali menyambung pekerjaan yang tergendala. Dia ingin memberikan sedikit ruang kepada Lisya untuk bertenang.

Sementara itu, Lisya juga memilih untuk menyambung sedikit kerja sekolah yang belum sempat dia siapkan tadi.

Bagi Lisya, berkutat dengan buku adalah healing terbaik untuknya agar melupakan semua masalah yang tak ingin dia ingati.

Hampir 2 jam keadaan hening menyelubungi ruangan ofis sederhana milik Arfiq. Lisya menutup buku latihan SPM lalu mengintai waktu ditelefon bimbit.

*5:30*

Lisya mengambil beg bekal di sebelah kemudian meminjam pinggan dan cawan yang terdapat di pantry berdekatan lalu menghidangkannya di atas meja di sudut ofis.

"Along..."

Lisya mendengus apabila panggilan pertama tidak disahut. Begitu juga dengan yang seterusnya. Akhirnya Lisya memilih untuk mendekati si sulung.

"Along... jom makan."

Tepukan lembut di bahu membuatkan Arfiq tersedar dari hipnotis skrin komputar.

"Kejap." Balas Arfiq singkat dengan mata yang masih tak lepas dari skrin.

"Nak aku call umi?" Ugut Lisya.

Dengar saja nama umi disebut, automatik Arfiq beranjak dari meja kerja menuju ke tempat hidangan.

Tiba-tiba terlintas secebis memori ketika Puan Kamelia mengamuk pada Encik Jamal kerana terlalu obses dengan kerja sampai tak nak makan.

Encik Jamal pula tak sengaja terbentak Puan Kamelia sehingga dia terkejut dan menangis. Sejak itu Puan Kemelia mogok dengan Encik Jamal sampai berbulan-bulan lamanya.

Semua berakhir apabila Puan Kamelia nekat nak kahwin lari dekat siam dengan jiran lama mereka yang merupakan seorang duda anak 11.

Disebabkan itu, babah sangat anti dengan duda. Dengar saja panggilan tersebut terus dia akan buat segala yang Puan Kamelia suruh.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now