☘🐺29🐶☘

40 5 19
                                    

Last day!

Selepas habis sesi bergambar dan melahap hidangan yang dibawa rakan sekelas, Lisya terus pergi ke taman belakang bilik sains.

Disebabkan harini hari terakhir sekolah serta hari terakhir budak form 5 menjejakkan kaki ke sekolah, setiap kelas tingkatan 5 membuat majlis akhir tahun sebagai kenangan.

Semasa sedang sibuk makan sambil berborak dengan rakan sekelas, guru kelas Alisya menyuruhnya untuk mengambil hadiah yang telah disiapkan untuk seisi kelas di makmal sains apabila sudah habis makan.

Jadi itu lah mengapa Lisya sedang mengendong sebuah kotak yang penuh dengan goodies sekarang.

"Tak! Saya dah tak nak teruskan semua ni lagi!"

Langkah kaki gadis itu terus terhenti.

Apa benda tu, mat? Macam couple tengah gaduh jer. Aik, tapi dengar macam dua-dua lelaki. Belok ke, nyah? Baik aku tengok.

Segera kotak yang digendong diletakkan pada anak tangga. Harap-harap takde yg sepak atau pijaklah.

"Kau jangan buat hal boleh tak!? Harini dah last day! Kau sambung jelah plan kita apa yang susahnya!"

Terhenjut bahu Lisya dek tengkingan super kuat tu.

Tak boleh buat laki ni.

Lisya cuba mengintai di sebalik dinding.

Raz? Patutlje... Eh, siapa lagi sorang tu? Macam kenal je.

Lisya menyipitkan mata.

"Saya kata tak nak tu tak naklah! Awak tahu tak betapa serba-salahnya saya setiap kali berada dengan dia?"

Familiar betul suara - Batin Lisya lagi.

"Tch, kau jangan buat perangailah s*al! Aku dah kata harini last day, kan? Lepasni kau takkan jumpa dia so kau takkan rasa serba-salah dah." Kata Razmin.

"Saya tak kira, harini saya akan jelaskan semua. Tentang plan kita, tentang parents Aidan dan saya akan minta maaf dekat dia."

Dia, dia,dia! Siapa dia tu raju. Cuba cakap - Batin Lisya geram.

"KAU JANGAN DEGIL BOLEH TAK!?" Tengking Razmin lagi.

Bukan setakat terhenjut bahu, malah tangan Lisya mula bergetar. Sumpah, tak boleh buat laki kalau perangai ceni.

Lisya melihat lelaki yang berdiri membelakanginya juga sedikit menggigil.

"Aku buat semua ni untuk Alisya juga." Ujar Razmin lagi sambil meraup muka.

Lah-raju, apenih nama aku naik tiba-tiba?

Lisya mengerutkan kening.

"Aku tak nak disebabkan dia, Aidan kena seksa lagi. Aidan tu broken family. Ayah dia hanya pentingkan darjat sementara mak dia pula mementingkan harta. Kau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau diorang tahu Aidan dah ada pasangan?"

"Bukan Aidan je yang akan kena, Lisya juga akan merasai tempiasnya. Keluarga Aidan bukan calang-calang orang, mereka sanggup membunuh demi menjaga reputasi mereka."

"Tapi takkan diorang sanggup bunuh anak sendiri? Mana ada parents yang macam tu." Bidas suara yang tidak dikenali itu.

"Ada, parents Aidan. Kalau anak sendiri diorang boleh seksa apatah lagi orang luar macam Alisya."

Si gadis menutup mulut dengan tangan yang menggigil.

Jadi betullah tekaan aku. Lebam yang berbirat dekat tangan dia disebabkan penderaan.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now