☘💲18 ☘

31 4 11
                                    

Ting!

Ting!

Ting!

Aidan mengerling iPhone 13 Pro berwarna hijau tua yang berada di atas meja di hadapannya.

Dari tadi tak berhenti berbunyi. Apalagi notifkasi yang keluar berbentuk nombor yang tak dikenali berbanding nama kenalan.

Aidan yang asalnya memang tengah badmood bertambah rimas dengan bunyi tersebut.

"Apa kata kau angkat je daripada frustrated dengan bunyi noti tu." Cadang Khai.

"Malas." Jawap Aidan sepatah.

"Kau asal? Muka macam anak hilang mak. Stres semacam. Pasal parents ke?" Aidan menggeleng.

"Pasal ujian minggu depan?" Geleng lagi.

"Tak dapat kejar pelajaran atau cikgu suruh uruskan program lagi? Eh, tapi tak mungkin sebab tu. Kau kan bijak urus masa. Lagipun ni bukan first time kau hadap situasi gitu. Kau mesti dah lali, kan?" Aidan mengangguk.

"Dah tu asal? Kau jangan bagi aku pening boleh tak?" Marah Khai membuatkan Aidan mengeluh.

Mereka sekarang berada di kedai makan tepi jalan. Aidan sengaja ajak Khai lepak di sana supaya dapat relaks sedikit. Dia juga ada alasan kenapa dia ajak Khai lepak dengan dia berbanding Raz.

Akhirnya setelah 10 minit termenung macam orang tiada matlamat hidup, Aidan menekan notifikasi yang muncul di skrin.

+60*********

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Hello
21:30
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Assalamualaikum jembalang!
21:30
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Ni aku Lisya
21:31
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
On please
21:31
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Okay look, I know you're very
mad at me and I'm so sorry about
it. Aku tak sepatutnya lampiaskan
rasa marah aku pada kau.
I'm truly sorry (°^°)
21:40
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
This is all my fault,I know.
21:41
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
So sebagai tanda permintaan maaf,
I wanna ask you if you free this
Saturday? If yes, let's go to Kenangan Coffee!Don't worry this is my treat.
You just need to come.
21:42
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Please respond so I can know
your answer, Mr.Headprefect ಥ‿ಥ
21:42
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Don't annoy me :'(
21:43
✔✔

Busy
22.00
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Ouh come on! Don't
be like this!
22.00
✔✔

𝔘𝔫𝔨𝔫𝔬𝔴𝔫
Please... Aidan
22.01
✔✔

Aidan menghela nafas berat. Dan tentu saja kelakuan dia mengundang rasa pelik Khai.

"Asal?"Aidan mengerling rakannya.

"Siapa?"

"Lisya."

Kalini Khai mengerutkan kening. Dah kenapa singa jadian tu chat Aidan tengah-tengah malam macam ni?

"Dia nak apa?"

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now