☘27🐿☘

28 5 7
                                    

Semakin hari hubungan keduanya semakin renggang. Si gadis yang sibuk dengan rutin sebagai tutor untuk Ayen manakala si teruna sibuk makan hati dengan sikap dingin si gadis.

Syarikat Encik Jamal pula sudah pulih seperti dulu. Jadi Lisya boleh fokus 100 % pada SPM yang akan bermula hari ini.

"Harap-harap otak aku tak hilang time exam nanti." Ujar Nurin.

"Kenapalah aku tak sedewan dengan kau, kalau tak boleh tiru." Kata Hani pada Lisya.

"Eh, kau! Mana boleh meniru. Apa kau ingat ni cerita Projek Anchor SPM ke main tiru-tiru?" Marah Lisya.

"Kata kawan. Minta tolong sikit pun tak boleh." Hani mencebik.

"Banyaklah kau."

"Aku tak banyak, aku ada satu je."

"Kau kan... "

"Hey, girls!"

Hani, Hana, Nurin dan Lisya memandang Charming gang yang sedang berjalan ke arah mereka.

"Hai Khai." Sapa Lisya tanpa memperdulikan tatapan Raz dan Aidan.

"Hai sweetie, hai honey."

"Aku dah cakap nama aku Hani. H. A. N. I bukan H. O. N. E. Y!"

"Sudah! Dah nak exam pun gaduh ke?" Tegah Lisya.

"Eleh, dia pun gaduh tadi/dia pun sama" Balas Khai dan Nurin serentak.

"Umairah!" Semua mata tertuju pada seseorang yang sedang berlari menuju mereka.

"Hai Ayen! Are you ready for exam?" Yang ditanya mengangguk.

"Untunglah...ada tutor pribadi. Kita ni yang bodoh mampu diam je."

"Betul tu." Hani menyokong Nurin.

"Alah takpe, honey tak payah pandai-pandai sebab nanti honey duduk rumah je layan abang dan anak-anak kita. Upps-bakal anak kita." Goda Khai.

Hani tersenyum.

"Sebelum aku rodok pen ni dalam tekak kau baik diam." Khai mengangkat kedua tangan tanda mengalah.

Berbeza dengan mereka, Nurin kini memerhatikan drama sebelah di mana Hana sedang memandang Aidan yang menatap cemburu pada Lisya yang rancak berborak bersama Ayen.

Kadang-kadang gadis itu juga akan menatap sayu ke arah Lisya. Si tak guna a.k.a Raz pula memaparkan pandangan puas apabila Lisya langsung tak mengendahkan Aidan.

"Aku dah cakap, perempuan ni suka mainkan perasaan kita. Kau tengok apa dah jadi sekarang? Sibuk menggatal dengan jantan lain. Ini ke yang kau nak buat bini? Belum apa-apa dah tunjuk belang nanti dah kahwin silap-silap dia jual diri belakang kau."

Emosi yang tadi stabil kini berubah mendadak ke paras paling bahaya. Kemarahan Nurin semakin mencapai tahap maksimum ketika Aidan seperti termakan hasutan Si Setan tu.

"Bodohlah kalau kau percaya." Gumam Nurin.

Kring!!!

"Perhatian kepada semua calon , sila masuk ke dalam dewan masing-masing sekarang. Peperiksaan akan segera dimulai."

Mendengar pengumuman peperiksaan akan bermula, mereka semua saling mengucapkan kata-kata semangat lalu pergi ke dewan masing-masing.

Namun itu bukan penghalang untuk Nurin terus menyaksikan kejanggalan yang berlaku di antara lima orang tersebut.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now