☘20 🐺☘

37 3 5
                                    

Aidan mengunci pintu bilik sebaik saja memasukinya. Aidan tak suka orang lain masuk kawasan peribadinya itu terlebih lagi orang papa.

Kalau dia biar saja pintu tak berkunci, percayalah setiap 5 minit mesti akan ada lelaki dengan blazer hitam masuk tak kira Aidan sedang mandi atau ingin berehat seketika.

Sila ulangkaji dengan segera.

Makan segera lepastu belajar.

Buka buku matematik tambahan sekarang.

Tuan suruh anda habiskan buku latihan kimia yang baru dibeli sekarang.

Jika tidak saya akan memberi hukuman ringan sehingga tuan pulang.

Tiada makanan jika tidak belajar.

Belajar!

Belajar!

Belajar!

Itu saja rutin harian Aidan di rumah dan di sekolah. Pagi, petang dan malam Aidan hanya dihidangkan roti kosong beserta segelas susu.

Air kosong pula sudah diletakkan berbotol-botol dalam bilik. Aidan tak dibenarkan makan makanan yang lain.

Dia juga tak boleh bawa makanan luar masuk dalam rumah walaupun seketul biskut. Kalau dia nak makan makanan lain dia harus belanja sendiri dan habiskannya di luar.

Tapi Aidan tak terlalu ambil kesah. Mungkin sebab dia dah terbiasa sedari kecil.

Tok!

Tok!

Tok!

Klik!

"Ini makanan tengah hari anda. Sila habiskan segera dan belajar. Saya akan ambil dulang 5 minit lagi. Sila pastikan barang pelajaran sudah berada di atas meja." Arah seseorang dengan blazer hitam yang tersarung di badan.

"Aku tahu. Kau tak payah berlagak ikut perintah papa sangat. Aku tahu kau selalu bermain dengan perempuan dalam bilik papa." Sindir Aidan.

Wajah serius bodyguard lelaki di hadapan Aidan terus berubah terkejut dan takut.

Aidan tersenyum senget. Berpuas hati dengan reaksi yang ditayangkan oleh orang papanya.

Dia merampas dulang di tangan bodyguard yang masih kaku tersebut lalu menendang pintu dengan kuat.

Harapan dia semoga bodyguard tadi tersedar dan tidak memandang rendah Aidan lagi.

Baik kan Aidan?

"B*d*h! Fikir aku tak dengar ke d3s4h4n jalang tu?" Umpat Aidan.

Dia mengambil roti kosong dan segelas susu di atas dulang lalu meletakkannya di atas meja.

Dia kembali membuka pintu. Bodyguard yang tadi masih berada di hadapan pintu tapi dia dah sedar.

"Kau-"

Pak!

Belum sempat sang bodyguard ingin berkata-kata, Aidan terlebih dahulu menampar muka bodyguard itu dengan dulang besi.

BAM!

Klik!

Sekali lagi pintu dihempas lalu dikunci.

Lepasni kalau author tak mention pintu bilik Aidan tu maknanya pintu tu dah jahanam okay?

Aidan mengeluarkan sebuah Tupperware dari dalam beg sekolahnya. Dia meletakkannya di atas meja bersebelahan roti dan susu lalu mengambil tuala yang tersidai di sebelah bilik air.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now