☘26 🐱☘

31 5 15
                                    

"Hai Umairah!" Jeritan seseorang mengalihkan fokus Alisya dan Aidan.

Melihat gerangan yang memanggil, Lisya terus mengukir senyum mesra. Berbanding dengan Aidan yang sedang melempar tatapan tajam.

"Hai Ayen. Kenapa datang sini?" Tanya Lisya ramah.

Aidan terus memandang si gadis tak puas hati.

What the fish men? Asal elok pula perempuan ni? Tadi kemain sombong dengan aku.

"Wah...macam mana awak tahu nama saya?" Tanya si lelaki berkaca mata bulat dengan girang.

"Tu, dekat nametag awak tertulis Ayen Rifqi, jadi saya panggil awak Ayen. Takpe, kan? Lisya menunjuk ke arah dada si lelaki.

*Awak? Saya? What the hell man?*

"Hm!" Ayen mengangguk semangat.

"Jadi... kenapa awak berada di sini?" Lisya mengulang soalan tanpa memperdulikan si jejaka yang menatapnya tajam.

"Oh, ni saya nak pulangkan pen yang awak bagi pinjam haritu! Maaf sebab baru pulangkan sekarang. Saya cari awak merata tempat tapi tak jumpa. Kalau jumpa pun mesti tak sempat nak tegur apatah lagi nak pulangkan." Ucap Ayen serba salah.

"Ouh, awak simpan jelah pen tu. Anggap saja hadiah daripada saya sebagai tanda pengenalan kita." Balas Lisya masih ramah.

"Terima kasih Umairah! Awak memang baik." Puji Ayen.

"Ekhem!" Aidan sengaja berdehem kuat.

Kalau mereka berada di dalam dunia komik sekarang, Lisya dan Ayen pasti dapat melihat betapa merah muka Aidan disertai dengan asap yang keluar dari hidung serta telinga lelaki itu.

"Ayen ada apa-apa lagi nak bincang dengan Lisya?" Malang sekali si gadis sedikit pun tidak terkesan dengan deheman kuat Aidan.

Malah Lisya sengaja melembutkan lagi suaranya dengan harapan agar ketakutan Ayen sedikit berkurang.

Kesian lelaki tersebut, tak pasal-pasal kena hadap muka baran si ketua pengawas. Dahlah jenis softboy, harap-harap tak bocor (nangis) di sini.

"Eum... Ayen...d-dengar Lisya t-top s-student. B-boleh tolong ajarkan Ayen matematik?A-Ayen tak faham." Pinta Ayen tergagap-gagap.

"Bo-

"Asal kau tak minta cikgu ajar?" Potong Aidan garang.

Dia dah penat jadi nyamuk! Sakit pula hati tengok drama diorang ni! Sementara di sisi lain, temperature di kepala si gadis perlahan-lahan naik menghampiri kawasan merah.

Danger! Danger! Please alert!

"Suka hati dialah nak belajar dengan siapa, yang kau semak asal?" Balas Lisya yang masih berusaha agar tidak meletup.

"Diam! Aku tanya dia bukan kau." Sarkas Aidan tegas.

"Mulut aku so lantak aku lah. Mungkin, Ayen ada sebab lain kenapa dia tak minta cikgu ajar macam takut, tak selesa atau masih tak faham even dah dijelaskan banyak kali. Jadi sebagai manusia yang baik, tak salah kalau kita beri tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain, kan?" Lisya memandang Ayen.

Yang dipandang mengangguk takut.

"Dia boleh je minta orang lain ajar, kan?" Aidan masih tak mahu mengalah.

"Eh dahlah! Malas aku nak cakap dengan kau. Ayen nanti balik sekolah tunggu dekat bustop depan kantin tu eh?" Suara Lisya melembut ketika berbicara dengan Ayen.

"K-kenapa?" Tanya si lelaki berkaca mata bulat.

"Malang sekali Lisya tak boleh ajar dekat sekolah atas sebab peribadi, jadi nanti kita akan belajar di satu tempat yang selesa. Jangan risau, Lisya takkan buat yang pelik-pelik atau sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah." Lisya berujar lembut.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now