☘12 🐰☘

39 4 26
                                    

∆𝙰𝚒𝚍𝚊𝚗 𝙿𝚘𝚟∆

Aku merenung tanganku yang berbalut.

Tiba-tiba teringat pula kejadian pagi tadi ketika aku dan Alisya bertentang mata. Pipi dia yang merah membuatkan dirinya bertambah comel.

"Lisya, Lisya. Kalau ye pun malu jangan sampai pukul pipi sendiri. Buatnya pipi tu terluka macam mana? Hilanglah cute kau nanti."

"And then kalau cute kau hilang, aku tak nak pandang dah. Kesian kau, nanti mesti kau sedih kalau aku tak pandang."

Perasan lebih kan laki tu?

Dia tak tahu bertapa Lisya teringin nak tumbuk wajah bongkak dia.

Akj menggagahkan diri untuk bangun dari pembaringan lalu berjalan ke sudut belajar di dalam bilik. Aku mengeluarkan sesuatu yang hangus dari dalam laci.

"Aku nak hadiahkan kau buku tapi malang sekali ayah dah bakar"

Aidan mengusap buku yang tak serupa buku kerana sudah hangus dijilat api.

Yup, ini lah benda berbentuk segi empat yang dibaluti kertas berwarna emas dan ribbon putih gading yang digenggam Aidan masa kena libas semalam.

Masa dirinya kena libas, secara tak sengaja buku itu terlepas dari genggaman dan langsung dibakar oleh Dato' Fikri.

Buku tersebut adalah buku yang terjatuh ketika dirinya terlanggar Alisya. Jadi disebabkan rasa bersalah kerana menganggu gadis itu belajar, Aidan berinisiatif untuk membeli terus buku tu dan menghadiahkan secara rahsia pada Alisya.

Aca-aca secret admirer.

Namun jangka hayat buku tersebut terlalu pendek...

Tak sampai 24 jam dia beli malah nak masuk dalam beg pun tak sempat tapi buku tu dah pergi dulu.

Patut ke dirinya buat makam untuk jasad buku ni?

Yelah sebagai kenangan kerana buat pertama kali dirinya bursusah-payah serta berpenat-lelah membelikan sebuah hadiah untuk gadis.

Lisya patut berterima kasih padanya kerana menjadi wanita pertama yang dapat hadiah darinya.

Halah gedik betul jadi laki.

Aku menggeleng kepala beberapa kali untuk membuang segala fikiran aneh di otak. Aku berjalan ke arah katil lalu merebahkan semula badan yang masih sakit.

Aku cuba memejamkan mata biarpun sekarang masih pukul 8.30 malam. Aku bukanlah tipikal orang yang selalu tidur awal. Kadang-kadang  aku akan berjaga lewat malam sehingga pukul 3 pagi.

Tapi sekarang aku hanya ingin segera tidur agar rasa lapar yang mula menjalar dalam perut segera pergi. Dirinya sekarang sedang dihukum berkurung dalam bilik selama 3 hari sejak kejadian semalam.

Ayah dan mama pula dah balik ke Amerika awal pagi tadi atas urusan kerja. Mereka sempat menugaskan seorang bodyguard untuk memegang kunci bilikku.

Aku hanya boleh keluar bilik ketika hendak pergi ke sekolah saja. Waktu pulang, bodyguard ayah akan jemput dan terus menghantarku ke bilik.

Terasa seperti banduan dalam penjara bukan?

Itulah realiti sebenar hidup Aidan si ketua pengawas yang bongkak, riak dan sombong.

Lahir daripada keluarga kaya, berpangkat dan tersangjung tapi langsung tidak bahagia. Ada ayah namun hanya memandang prestasi, mementingkan darjat dan mengambil kisah pasal dirinya saja.

Ada mama tapi materialistik, mementingkan harta serta duit. Tak pernah sayangkan papa dengan ikhlas dan menganggap dirinya wujud di muka bumi. Bagi mama, Aidan hanya kesilapan masa silam yang lahir akibat kahwin paksa dengan Dato' Fikri a.k.a ayahnya.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now