☘🐰 6☘

36 3 9
                                    

"Ini yang terakhir, surat pemberitahuan acara dan lokasi. Kamu perlu print satu surat besar pemberitahuan ni untuk ditampal di papan info serta 100 helai setiap kelas sesi pagi dan petang. So total dalam dua puluh ribu lebih kertas yang perlu dicetak"

"Disebabkan sekolah ini pilihan ramai, di setiap kelas pun lebih empat puluh orang jadi kita genapkan jadi lima puluh orang setiap kelas sesi pagi dan petang.Untuk kos kamu tak perlu risau, nanti cikgu settlekan"

"Baiklah, tugas kamu dah selesai. Esok lepas rehat, kamu perlu datang sini lagi sebab ada urusan yang kamu perlu selesaikan dengan ketua pengawas, Aidan. Faham?"

"Faham,Cikgu Rogayah. Saya akan berusaha keras supaya acara itu berjalan dengan lancar." Yakin Lisya.

"Bagus, cikgu sangat mengharapkan kamu kerana pengetua sendiri yang pilih kamu sebagai penolong ketua pengawas tahun ni. Cikgu minta maaf kerana beri tugas yang berat pada hari pertama kamu jadi penolong ketua pengawas." Ujar Cikgu Rogayah.

"Eh, takpe cikgu. Saya dah biasa buat kerja macam ni dekat sekolah lama. Setakat jadi hos dan orang penting dalam sebuah acara, itu bukan tugasan yang berat bagi saya." Balas Cikgu Rogayah.

Cikgu disiplin alias Cikgu Rogayah tersenyum lega mendengar kata-kata Lisya. Sepertinya, penolong ketua pengawas kali ini boleh diharap.

"Pada hari acara nanti, cikgu akan umumkan kamu sebagai penolong ketua pengawas yang rasmi." Kata Cikgu Rogayah.

Lisya terkejut lantas dia menolak.

"Eh, takpe cikgu tak payah susah-susah. Saya tak kesah pun kalau warga sekolah tak tahu yang saya penolong ketua pengawas yang baru. Cukup saya pakai nametag dengan jawatan itu saja." Tolak Lisya lembut.

"Kamu memang seorang yang rendah diri, Alisya. Baiklah kalau itu yang kamu nak. Tapi saya tetap akan umumkan kamu di acara itu full stop. Tiada penolakan" Tegas Cikgu Rogayah.

"Baik cikgu" Pasrah Lisya.

Memang cikgu dekat sekolah ni semua suka memaksa ye?

"Okay, kamu boleh balik ke kelas masing-masing." Ucap Cikgu Rogayah.

Lisya mengangguk lalu keluar dari bilik disiplin dengan hormat. Tapi tak lama selepas itu dia mula memegang dinding.

"Aduh... masalah apa lagi ni." Monolog Lisya pada diri sendiri.

Sebelah tangannya memegang kepala yang terasa seperti dihempap batu manakala sebelah lagi memegang perut yang memulas.

Untunglah sekarang masih waktu pembelajaran, kalau tidak dia pasti yang dirinya akan menjadi tontonan umum.

"Dah settle urusan kau?" Soal satu suara yang semestinya tidak asing bagi Lisya.

"Kau buat apa dekat sini? Bukan sekarang waktu pembelajaran berlangsung ke?" Tanya Lisya dengan bersusah-payah sambil menahan sakit.

"Suka hati akulah, yang kau sibuk asal?" Provok Aidan.

Dia memasang muka pelik apabila melihat Lisya yang sudah meringkuk di atas lantai.

"Kau asal?" Tanya Aidan.

"Takde kaitan dengan kau." Balas Lisya perlahan.

"Aku tanya elok-elok kau balas macam tu, dasar mak tiri garang." Aidan melangkah pergi meninggalkan Lisya.

Tapi belum sempat dia melangkah, dia terdengar suara melirih seseorang.

"Sakit..."  Lirih Lisya.

Aidan dengan pantas berlari ke arah Lisya. Wajah putih gadis itu kini banjir dengan peluh. Kerutan di dahinya pun jelas menunjukkan yang dia sedang kesakitan.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now