☘11 🐺☘

30 4 10
                                    

Walaupun agak lambat tapi...
Ashilakan stream di atas 🌚

Felix ngan hyunjin punya damage pergh..
゜・(/。\)・゜
Maaf hanif tapi author nak berpaling sekejap
_
_
_
_
_

"Lisya,tolong sambung cucuk bunga pada gabus. Cikgu nak pergi toilet kejap." Pinta Cikgu Rogayah.

"Okay okay." Lisya mengangguk-angguk kepala berulang kali.

Dia mengambil tempat di mana Cikgu Rogayah duduk sebentar tadi lalu meneruskan aktiviti mencucuk bunga.

Harini mereka hanya buat beberapa aktiviti ringan macam sediakan barang dekorasi seperti cucuk bunga pada gabus lepastu masukkan gabus dalam pasu plastik, pasang apa yang patut macam meja, lampu dll, susun mengikut plan dan deko sedikit dewan dengan kain dan renda.

Selebihnya mereka akan lakukan esok memandangkan majlis akan start malam lusa nanti. Makanan dan minuman Cikgu Rogayah akan settelkan, surat pemberitahuan dah habis diedarkan oleh pengawas lain pagi tadi.

Yang tinggal sekarang adalah beli baju yang nak dipakai waktu majlis. Yup... Lisya tak beli apa-apa baju atau dress lagi. Tapi Lisya tak kisah, paling tidak dia rembat dress Puan Kamelia je. Badan umi kecil dan kebetulan pula baju dia semua saiz yang sama dengan Lisya.

Kalau boleh berjimat buat apa membazir, kan?

"Bro, kalau kau penat pergilah rest dulu. Biar aku dengan Raz yang settelkan."

Lisya menoleh ke arah suara di mana kelihatan dua orang lelaki sedang memasang renda pada dinding dan satu lagi sedang memasang meja.

"Aku okay lah, korang sambung je kerja korang." Balas Aidan.

Lisya perasan something pada lelaki berlagak tu. Kenapa dia macam susah nak bergerak? Seolah-olah dia macam menahan sesuatu.

KTANG!

Bunyi besi kaki meja berdengung di seluruh dewan.

Sekali lagi Aidan kelihatan struggle gila nak membongkok bagi mengambil besi tadi. Member dia dua ketul tu tak dengar agaknya sebab diorang tadi baru je keluar untuk menghias luar dewan. Tambahan pula pintu ditutup jadi tak pelik kalau mereka tak dengar.

Baru saja Lisya nak bergerak dengan niat aca-aca baik nak tolong Aidan, tiba-tiba ada seketul perempuan entah dari mana asal usulnya main terjah ke dalam dewan lalu menolong Aidan terlebih dahulu.

"Nah." Si gadis menghulurkan batang besi tersebut kepada Aidan.

"Aku boleh ambil sendiri." Bidas Aidan sambil merampas besi di tangan sang gadis.

*Pergh... Berlagak*

Lisya kembali duduk di tempatnya.

*Buat keje sambil tengok drama pun syok juga*

*Balik ni boleh membawang dengan umi*

"You"panggil gadis tadi.

"..."

"You!"

Masih tiada sahutan.

"Aidan!"

"Kau nak apa perempuan?" Kasar Aidan menjawab.

Tak suka betul masa dia tengah buat kerja ada orang kacau. Lagi-lagi spesies ulat berbulu.

"I ada bawa air sirap dengan cookies buatan I. Makanlah buat alas perut." Si gadis menghulurkan sebuah kotak pink dengan reben merah serta sebuah botol air pink.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now