☘24🦊☘

33 5 23
                                    

"Assalamualaikum." Lisya melangkah longlai memasuki rumah.

"Waalaikumsalam, hah! Dah balik pun. Meh sini makan cucur udang umi baru buat tadi." Puan Kamelia memanggil dari arah dapur.

Lisya mengerutkan kening.

Aik? Baru pukul 5.00. Awal betul umi balik. Biasanya sekarang dia masih membawang dengan geng dia.

"Tak pernah-pernah umi balik awal. Selalunya pukul 6 paling awal." Lisya mencicah cucur udang ke dalam sos lalu dibawa ke dalam mulut.

"Umi balik awal salah, balik lambat salah, tak balik lagi salah. Dahlah lepasni biar umi terperuk je dalam rumah. Biar umi membawang dengan cicak, labah-labah, lipan-

"Lipas tak nak?"

"Eww, dia tak penting sama macam babah kau."

Lisya tergelak.

"Kesian babah. Kalau dia dengar ni mesti dia merajuk."

"Apa kau fikir dia sorang je boleh merajuk? Heh, lantaklah dia. Senang aku nak ngorat duda yang duduk hujung lorong tu." Kata Puan Kamelia.

Lisya tergelak lagi.

Kalau dah macam ni ayat dia maksudnya...

"Kenapa lagi, mi? Babah kantoi test market dekat awek lain lagi ke?" Kata Lisya dengan sisa tawa.

Umi kalau dah tangkap babah membuaya mesti ugut nak kahwin dengan duda hujung lorong. Tahulah hensem tapi bapak orang kut.

Suasana yang tadi hangat kini berubah hening. Helaan nafas keluar dari bibir wanita Puan Kamelia.

"Kenapa ni, mi?" Tanya Lisya ragu.

Firasat dia mula tak sedap.

"Huh..." Keluhan sebagai jawapan.

"Lisya..." Panggil Puan Kamelia.

"Hm?"

"Nampaknya kita akan pindah ke Brunei balik."

"Tapi kenapa? Tak-maksud Lisya bukan ke macam awal sangat? Kita baru pindah sini dalam satu bulan je kut lagipun minggu depan Lisya dah nak SPM." Terkejut Lisya.

"Umi tahu, geng umi pun cakap anak diorang nak amik SPM minggu depan. Umi pun tak nak pindah tapi... takpe Lisya fokus je dengan SPM okay?" Riak serba-salah ditayangkan kepada Lisya.

"Apa yang jadi sebenarnya Umi?Kebelakangan ni babah selalu balik lambat. Along tu kadang sampai tak balik. Jujur dengan Lisya, syarikat babah ada masalah,kan?" Tanya Lisya lembut.

Tangannya dibawa menggenggam tangan Puan Kamelia yang sejuk. Puan Kamelia menghela nafas berat.

"Masalah biasa, ada syarikat lain yang tak puas hati dengan syarikat babah tapi kalini bukan syarikat kecil..."

Puan Kamelia menatap serius wajah Lisya.

"...Fikri's building"

"Bukan tu syarikat pembinaan ke? Kenapa dia tak puas hati dengan syarikat babah pula? Pembinaan bangunan dan pemasaran pampers baby...kan jauh beza tu?" Soal Lisya tak puas hati.

CEO syarikat tu tak mengalami masalah mental,kan?

"Entahlah, umi pun kurang tahu. Sebab itu babah dengan along tengah berusaha keras sekarang. Fikri's building punya CEO bukan calang-calang orang, tambahan pula ada ramai pengkhianat yang dah curi wang dan juga dana dekat syarikat babah. Sekarang syarikat babah dalam keadaan kritikal, silap satu saja langkah syarikat tu boleh musnah." Cerita Puan Kamelia.

Lisya diam mendengar. Timbul sedikit rasa simpati pada along dan babah. Sesetan-setan Lisya sebagai seorang adik dan anak pun dia masih lagi sayang keluarga.

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now