☘3 🐣☘

49 4 12
                                    

∆𝙻𝚒𝚜𝚢𝚊 𝙿𝚘𝚟∆

Charming gang...

Diberi nama oleh peminat sebab ketampanan diorang mengalahkan putera diraja(tapi boong) dan berketurunan orang kaya.

Raz atau Razmin mikhail bin Dato' Ismail. Leader charming gang dan pengerusi kelab bola jaring. Dia panas baran dan benci perempuan sebab pernah dikhianati.

Cih... Budak broken plus sadboy rupanya...

Second, Khairul Iman bin Tan Sri Sharil a.k.a khai/khairul. Dia normal, peramah, baik, pandai dan berbakat.Member dalam group Charming gang,atlet olahraga yang paling banyak berjasa pada sekolah serta sangat berbakat.

Okay...

Last one,Tengku Mohd Aidan Yohan bin Tengku Fikri a.k.a leader pada semua pengawas dekat sekolah ni. Ikon sekolah, murid tokoh,murid harapan dan blah blah blah.

Perangai dia tak banyak diketahui sebab dia sejenis introvert. Pendiam, suka asingkan diri, tak hiraukan sekeliling dan bermuka datar.Oh! Dia juga student Top 1 bertahan kat sekolah ni.

Huh! Let's see, sebijak mana ketua pengawas kita...

PAK!

"Weh Lisya! Kau tulis apa?" Sergah Nurin sambil menepuk mejaku kuat.

"Kau kan. Boleh tak bagi salam?" Aku menjeling Nurin yang tersengih macam kerang busuk.

"Hehe... Sorry sorry. Assalamualaikum ukhti Lisya kita yang bijak. Ukhti tengah salin apa?"Tanya Nurin lagi sekali.

"Waalaikumsalam ukhti Nurin ku sayang, adakah anda rabun?" Tanya aku balik dengan muka malas.

Pen yang dipegang dihalakan pada beberapa note penting dan kerja rumah yang cikgu subjek sebelum rehat mereka tadi suruh salin.

Kebetulan sekarang cikgu lepas rehat tak masuk sebab EL (emergency leave) jadi apa salahnya kalau dia siapkan kerja rumah tu, kan?

"Ish! Kau ni boring lah, kerja rumah ni kan boleh buat nanti." Komplen Nurin.

"E-eh,minah sekor ni aku terajang juga karang. Kira elok aku nak buat kerja rumah ni daripada main patung papadol kertas dengan korang." Balas aku geram.

Tak habis fikir aku ngan kawan dua ketul ni. Dah besar panjang tapi masih main patung kertas yang dibuat sendiri menggunakan kertas dari buku tulis sekolah diorang.

Nak kata budak kecil tapi badan dah serupa gorilla.

"Alah apa salahnya kitorang main, ni namanya throwback jaman ciden (children)" Kata Nurin sambil meletakkan patung kertas lelakinya dalam selimut kertas warna pink.

"Lantak kau lah terong, asalkan kau hepi (happy)"

Aku menyambung aktiviti menyiapkan kerja rumah yang diganggu tadi tapi sekali lagi gangguan itu datang.

"Weh Lisya. " Panggil Hani.

"Apa?"

"Asal kau amik aliran perniagaan? Setahu aku kau kan student top 3? Asal tak ambil aliran sains atau aliran budak-budak  pandai?" Soal Hani bertubi-tubi.

"Tch, Lepastu? Dah aku minat perniagaan takkan nak masuk sains tulen pulak?"  Sinis aku membalas.

"Lah, aku tanya je tak payahlah marah." Rajuk Hani dengan muncung kerbau.

"Aku tak marah cuma tak suka bila kau beza-bezakan orang macam tu. Kita semua pandai dan level pandai semua orang berbeza. Stop fikir yang hanya orang pandai je layak duduk di atas manakala orang yang berada di bawah semuanya b*d*h." Tegas aku menjawab.

"Yelah yelah" Akur Hani.

TOK TOK TOK!

"Weh, Lisya." Panggil seorang gadis dengan nametag penolong ketua kelas.

"Ish! Kanapa masa aku nak buat kerja rumah semua pakat nak kacau?" Gumamku geram.

"Ye saya, ada apa?" sahutku malas.

"Ketua pengawas cari you." Kata sang penolong.

"Maaflah tapi aku rasa aku takde buat salah pun plus aku tak kenal siapa ketua pengawas tu." Balasku acuh tak acuh lalu sambung menulis.

PAK!

"WEH SAMSIAH! Orang dah panggil tu pergi ajelah mana tahu urgent!"  Tengking Nurin selepas memukul belakang kepala aku dengan kamus dewan.

"SAKIT SAMSUDIN! Pukul pakai natang lain tak boleh ke!?" Aku mengusap-usap belakang kepala yang menjadi sasaran Nurin.

Jap... 1 soalan.

Mana datang kamus dewan tu?

"Hei, ketua pengawas panggil tu boleh cepat tak? Kesian dia. Nanti you jangan nak menggedik pula bila jalan dengan dia. I tak su-"

"Ada aku tanya? " Potongku cepat.

Dengan muka selamba aku berjalan ke pintu keluar meninggalkan si penolong ketua kelas yang gatal itu. Tak kuasa aku nak melayan minah tu membebel, biarkan Hani dengan Nurin yang kena. Hehe...

∆🐺💙∆

"TAK NAK!" Jeritan serentak kedua makhluk tuhan terdengar bergema dalam bilik pengetua.

"Maafkan saya pengetua tapi saya tak boleh terima cadangan tu." Tolak Lisya dengan lembut.

"Saya juga tak boleh terima cadangan pengetua untuk uruskan majlis minggu depan." Tolak Aidan juga.

"Saya hanya minta benda yang simple saja takkan tu pun kamu tak boleh buat? Lisya saya percayakan kamu untuk tugas ni sebab kamu murid teladan di sekolah lama kamu kan? Tambahan pula kamu antara pelajar top 3. " Bebel pengetua.

"Kamu pun sama Aidan, selama ni kamu elok saja lakukan arahan saya tanpa bantahan but look now, di mana letaknya sifat hormat kamu pada guru? Kamu ketua pengawas Aidan, kamu adalah contoh tauladan kepada murid-murid lain. Saya bukan minta kamu berdua lakukan perkara tak senonoh pun." Sambung pengetua lagi.

"Maafkan saya pengetua tapi saya rasa tak layak untuk perkara itu. Tambahan pula saya hanya pelajar baru yang tiada pengalaman." Kata Lisya.

"Itu bukan satu masalah besar, cikgu dah tengok rekod di sekolah lama kamu. Bagi kamu perkara yang cikgu minta ni hanya benda kecil kerana kamu dah biasa lakukannya di sekolah lama. Kalau ada masalah kamu boleh bincang dengan Aidan, itu gunanya saya suruh kamu jadi partner."

"Saya bagi awak berdua ruang untuk berfikir. Sebelum majlis saya nak jawapan." Tegas pengetua.

"Baik pengetua." Balas Lisya dan Aidan bersama.

"Kamu boleh keluar"

Mamp*s aku. Pengetua ni pun satu , aku cakap tak nak tu tak nak lah. Ni main paksa-paksa pula. Dah lah aku kena berpatner dengan berok madagascar ni. Haishh... Inikah kurma yang aku dapat setelah mengeprank along - omel hati Lisya.

**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ ˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚*

Eheks author memang sengaja gantung cerita 🌚
Tunggu jelah next chapter 🐿
Draft :20/1
Publish:28/1

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now