☘4 🐱☘

53 5 20
                                    

"ARRGHHHH PENGETUA TAK GUNA!"

"KENAPA DALAM BANYAK-BANYAK ORANG DEKAT SEKOLAH TU TAPI DIA YANG TERPILIH!?"

"DAH LAH SOMBONG,ANNOYING, BERLAGAK,TAK SEDAR DIRI"

"IHHHHHHHH!"

Lisya menumbuk punching bag merah milik Puan Kamelia dengan kuat bagi melepaskan amarah.

Sebentar, Iklan trivaga...

Kenapa rumah Lisya ada punching bag?

Jawapan dia sebab umi yang beli.

Lokasi?

Bawah bilik Lisya yakni tingkat satu sebelah stor dekat tangga.

Alasan?

Kalau umi geram atau tak tahan dengan perangai buaya babah, dia akan hancurkan punching bag ni sebagai tanda protes selain menyuruh babah tidur dalam sangkar babun jiran sebelah yang bernama Pak Samad.

Simple kan?

Ok, back to story.

"Mi, kenapa dengan si pu-OKAY OKAY ALONG TAK PANGGIL DIA CAMTU LAGI!" Arfiq refleks mengangkat tangan melindungi diri daripada dipukul dengan periuk legend Puan Kamelia.

"UMI PENAT-PENAT LAHIRKAN BUDAK TU, KAU SESEDAP AJINAMOTO JE PANGGIL DIA ANAK PUNGUT!"

"AMPUNKAN ALONG UMI"

Maka terjadilah aktiviti harian keluarga Jamal dimana seorang ibu dan anak bermain kejar-kejaran di tengah malam sambil membawa periuk bontot hitam dari zaman purba sebagai senjata.

"Assa-" Aryan yang baru balik dari perpustakaan terkedu di depan pintu.

Mana taknya, dia baru balik tapi dah ditayangkan begitu banyak adegan 18+ ke atas. Walaupun adegan itu seperti rutin harian baginya tapi dia tetap terkedu.

"Bah... kenapa Lisya tumbuk punching bag umi?" Soal Aryan hairan bila dia ternampak Lisya menghajar punching bag tak bersalah tu di celah pintu.

Dia dah tahu punca umi dan along berkejaran di waktu malam jadi dia tak kisah sangat, yang dia terkejut adalah kenapa adik bongsu perempuannya itu nampak marah?

Tak mungkin dia marah along,kan?

Yah...walaupun dah banyak kali Lisya hancurkan punching bag umi sebab geram dengan along.

"Entah babah pun tak tahu. Dari balik sekolah tadi dia monyok je." Balas Encik Jamal.

Dia kembali menyambung aktiviti yang sempat tergendala akibat pertanyaan anak ke-2 lelakinya itu.

"Takpelah babah, Angah pergi tanya Lisya."

"Eh, ngah kejap." Encik Jamal menarik lengan anaknya.

"Kenapa bah?"

"Tolong isi popcorn babah, tak syoklah tengok umi kau pukul along kalau takda popcorn." Kata Encik Jamal sambil menghulurkan bekas popcorn yang kosong.

"Babah takda niat langsung ke nak tolong anak babah?"

"Alah... babah tak nak tidur reban ayam belanda pulak malam ni sebab cuba nak tolong along kamu. Lagipun babah kadang-kadang ragu yang dia tu anak babah." Selamba Encik Jamal membalas.

"Yelah bah." Balas Aryan pasrah.

"Family aku kalau tak normal sehari tak sah."

∆💙🐺∆

TOK TOK TOK!

"Lisya ni Angah. Boleh Angah masuk?"

"Masuklah kalau tak malu."

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now