☘21🐶☘

32 4 22
                                    

"Asal dengan dahi kau?"

Lisya menjeling Aidan.

"Sebab kau lah"

Aidan mengerutkan dahi.

"Dah kenapa aku pula kena? Punya elok aku duduk diam dekat rumah semalam tiba-tiba kena tuduh." Protes Aidan.

Lisya mengeluh. Alang-alang mereka berdua je yang ada di depan pagar sekolah ni, apa salahnya kalau dia bercerita,kan? Daripada diam macam tugu.

Jangan overthinking eh!

Diorang tengah bertugas catat nama budak lambat masuk bukan dating. Dasar!

"Semalam aku gaduh dengan along-

"KAU GADUH DENGAN AHLONG!?"

"BUKAN AHLONG TU LANGSAT! Dengarlah dulu aku nak cerita ish!"

"Yelah yelah."

"Aku gaduh dengan abang sulung aku nama dia Arfiq tapi kitorang panggil dia along. Dia tu sewel! Perangai serupa mat pek! Harap je jawatan besar tapi jadi stupid crocodile!"

"Abang kau kerja apa?"

"Dia CEO dekat syarikat babah tapi dia punya perangai masyallah mengalahkan ba alip ba ya! Hani pun reject dia sebab perangai tah pape."

"Hani pernah couple dengan abang kau?"

"Couple tu tak lah cuma abang aku pernah try dia dan alhamdulillah padan muka kena tolak."

"Lepastu beberapa hari lepas kau tau dia buat apa?"

"Mana aku tahu dah kau tak cerita."

"Sabarlah nak ceritalah ni!"

"Okay okay."

"Mak aku suruh dia pergi mall sebab nak hantar kek dekat kawan mak aku yang kerja dekat kedai roti dalam mall tu. Dia boleh pula pergi mengorat salah sorang pelanggan dalam tu sampai lupa anak dia dengan laki dia ada dekat sebelah."

"Lepastu bila laki perempuan tu pergi tandas, abang aku boleh pula ajak perempuan tu jalan-jalan dalam mall. Bila laki dia balik tengok anak dia tinggal sorang, bini dia tak tahu pergi mana. Last last cari punya cari, bini dia elok tengah dating dengan abang aku dalam kedai mainan."

"Mengamuklah member sampai kaki abang aku terseliuh. Tak padan dengan terseliuh, semalam dia cari pasal pula dengan aku. Gaduh, gaduh, gaduh last-last dua-dua kena lepik dengan mak aku."

"Sorang berbalut dekatkat kaki sorang lagi berbalut dekat kepala hah padanlah tu." Lisya menutup cerita dengan sindiran.

Aidan sekali lagi berkerut.

*Minah ni sedar ke tak yang dia tengah sindir diri sendiri?*

"Dah tu apa kaitan dengan aku?" Tanya Aidan.

"Disebabkan chat shy shy ton kau tu lah aku kena baling dengan bantal peluk sofa yang kecik tu. Dah lah keras lepastu kena tuduh gila pula. Pergh, bahagia hidup." Ujar Lisya.

"Siapa suruh jadi gila?" Provok Aidan.

"Heh! Siapa suruh kau malu-malu nak mengaku yang cupcake aku sedap?" Balas Lisya tak mau kalah.

"Bila aku kata cupcake kau sedap?"

"Ececece... tak nak mengaku."

"Buat apa nak mengaku benda yang tak betul?"

"Iyoko? Habistu masa petang Jumaat tu ada orang spam chat sebab ingat kena block and lastly mengaku cupcake aku sedap tu apa?"

"Tch, aku main-main je masa tu."

Mr.HeadprefectWhere stories live. Discover now