Lapan

969 17 0
                                    

Ilee menarik nafasnya dalam, menghirup udara segar pagi musim luruh yang dingin. Sliding door yang menuju ke balkoni apartmen tiga bilik di tengah kota Sydney itu terbuka luas, membenarkan angin dingin menerobos masuk ke segenap ruang. Jam tangan dikerling. Pukul 8.30 pagi di hari Sabtu. 

Ilee memeluk tubuh, seraya menghirup vanilla latte di dalam tangan, pandangannya dilemparkan ke luar, menghadap panorama Harbour Bridge dan Blue Mountain di kejauhan. Satu keluhan terlahir di bibir Ilee. 

Sudah lebih dua tahun Ilee di bumi kanggaru itu, belum pernah sekalipun dia pulang menginjak bumi Malaysia. Hatinya masih enggan diubati. Terasa masih segar luka hati yang lama. 

Selama dua tahun lebih itulah jugalah Fahmi tidak pernah tahu ke mana sebenarnya Ilee pergi membawa diri bersama Liam dan Lily. Walaupun sesekali Tuan Azlan Rasheed dan Puan Sarimah ada datang mengunjungi mereka di situ, tidak pernah sekalipun kedua orang tua Ilee itu memberitahu lokasi Ilee kepada Fahmi. 

Sungguhpun begitu, Fahmi masih tidak gagal untuk melunaskan nafkah zahirnya kepada Ilee juga nafkah untuk si kembar. Hampir setiap hari juga Fahmi tidak pernah gagal cuba untuk menjalankan tugasnya sebagai Papa kepada Liam dan Lily dengan menghubungi si kembar melalui panggilan video call ataupun panggilan biasa bertanya khabar si kembar. Namun tidak pernah sekalipun Ilee berbual dengan Fahmi. 

Ilee akui, sedikit sebanyak Ilee merasakan dia agak kejam kerana membiarkan si kembar jauh dari Fahmi. Bukan tidak pernah Liam dan Lily bertanya bila mereka akan dapat berjumpa dengan Papa mereka. Namun, hati Ilee masih nanar. 

Ilee melangkah menuju ke salah sebuah bilik. Bibir Ilee menguntum senyum tatkala melihat Lily baru terjaga dari lenanya. 

"Good morning Princess! Kita nak buat apa hari ni? tanya Ilee pada kembar bongsunya itu yang kini sudah berumur empat tahun. 

"Mummy, I wanna play in the park," sampuk Liam. Ilee tersenyum. 

"Okey, petang nanti kita pergi park."

~~

Ilee sedang leka menyediakan makan tengah hari untuk dia dan si kembar. Liam dan Lily pula sibuk di ruang tamu bermain. Ruang tengah apartmen itu yang berkonsep open membuatkan Ilee mudah untuk melakukan kerja di dapur sambil memantau apa yang si kembar lakukan. 

Seketika kemudian, terdengar bunyi notifikasi Skype pada komputer di hujung ruang tamu, menandakan ada video call yang masuk. 

"Mummy! Mummy! Papa call!" jerit Liam girang, melihat gambar Fahmi pada skrin komputer. Jari comel Liam menuding ke arah skrin. Ilee tersenyum nipis lantas melangkah ke komputer untuk menekan butang hijau. Sebaik sahaja panggilan disambungkan, pantas Ilee lari, menapak semula ke ruang dapur. 

Selama ini, setiap kali Fahmi menghubungi mereka melalui video, jarang benar Fahmi dapat menatap wajah yang dirindui itu, apatah lagi berbual. Sepatah pun tidak pernah Ilee mengatakan apa-apa kepada Fahmi. Fahmi rindu suara itu. Sengaja Ilee membiarkan Fahmi melayan kerenah si kembar sahaja. Ilee tidak mahu menoreh luka yang lebih dalam ke hatinya dengan melihat wajah itu. 

Tangan Ilee kembali lincah memasukkan sayuran ke dalam periuk di atas dapur, menyediakan makan tengah hari. Sekilas matanya memandang ke arah cincin nikah Cartier Trinity yang masih kekal di jari manis. Walaupun setelah sekian lama, cincin itu masih disarung di jari, tidak pernah ditanggalkan. 

Hanya Ilee yang tahu apa yang terbuku di hati. Berbicara tentang itu pun, mungkin tiada siapa yang faham. 

"Mummy mana?" terdengar suara Fahmi bertanya, mencuri perhatian Ilee. Jemari Ilee yang lincah memotong tomato, terhenti. 

"Mummy tengah masak lah, Papa. Nak lunch dah," petah lidah Lily menjawab. 

"Lily boleh panggilkan Mummy? Papa nak cakap sikit," pinta Fahmi lembut, berharap kali ini, anaknya boleh memujuk Ilee. Lily menoleh ke arah Ilee, meminta jawapan. Ilee sekadar menggeleng dan mengisyaratkan yang dia sedang sibuk memasak. 

"Mummy sibuklah Pa. Dia masak spaghetti hari ni," balas Lily lagi. Terdengar Fahmi mengeluh kecil, hampa. 

"Okey, kalau macam tu, Liam dengan Lily boleh tolong Papa tak?"

"Kalau kita tolong Papa, Papa datang sini tak?" sampuk Liam, cuba memancing. Ilee ketap bibir. Janganlah Fahmi berjanji yang bukan-bukan kepada anak-anak. 

"Papa cuba okey, sayang? Tapi, Liam dengan Lily kena buat apa yang Papa suruh. Boleh tak?"

Si kembar comel mengangguk dengan serentak. Fahmi tersenyum. 

"Tolong bagitau Mummy, happy anniversary. Kalau Liam dan Lily nak tahu, hari ni, adalah tarikh Mummy dengan Papa kahwin tau! Bagitau Mummy yang Papa sayang dan rindukan dia sangat-sangat. Papa is sorry dan Papa akan sentiasa tunggu dia pulang," ujar Fahmi sayu. 

Dengan itu, air mata bergenang di kelopak mata Ilee. 

~~

Ilee menapak masuk ke Capita Tower yang terletak di Castlereagh Street, Sydney. Setelah meninggalkan Malaysia, Ilee mengambil keputusan untuk mengambil alih urusan pelebaran sayap Synergy Logistics di Sydney. Alang-alang dia yang mengendalikan projek itu di Malaysia dulu, eloklah dia yang memantau perkembangan projek itu di sini. 

Tubuhnya yang dilapisi turtleneck Ralph Lauren, dipadankan dengan seluar DKNY dan booties Giuseppe Zanotti berjalan menuju ke lif bangunan. Belum sempat Ilee sampai di hadapan lif, tubuhnya terdorong ke belakang, beg tangan Stella McCartney terjatuh ke lantai, dilanggar oleh satu susuk tubuh yang sasa dan tinggi lampai di lobi Capita Tower itu. Terasa bahu Ilee dipegang erat bagi mengelakkan Ilee terlentang ke lantai. 

"I'm so sorry!" ucap tuan punya tubuh sasa. Baru sahaja Ilee mengangkat wajah agar bersemuka dengan lelaki itu, mahu memaki sang jejaka yang cuai, lidah Ilee tiba-tiba kelu. 

Sudah sekian lama tidak berjumpa tanpa khabar, mereka bertemu jua. Setelah bertahun-tahun, mengapa sekarang takdir menemukan mereka?

"I'm sorry. But are you Ilee Sahara Azlan Rasheed?" tanya suara garau itu. Wajah lelaki bermata sepet itu seakan bersinar, memandang ke arah Ilee. Kalau di Kota Sydney sebegitu, mudah saja lelaki itu disalahanggap sebagai orang Korea, dengan turtleneck hitam, dilapisi kot panjang tona sama Hugo Boss dan seluar slacks. Masih kacak seperti dahulu, walaupun umur yang meningkat mematangkan paras rupa lelaki itu. 

Ilee melemparkan senyuman. "Dhanni?"

Lelaki itu tersenyum lebar, lantas mengangguk. 

"You buat apa kat sini? Tak sangka kita jumpa kat sini ya? It has been awhile since we last met," ucap Dhanni. 

It has actually been 10 years since they last met. 

"Office I kat sini lah! You pula?" jawab Ilee. 

"Wow. Here? You have come a long way, Ilee. I ada meeting kat sini. Anyway, I have to go, I'm a little late. Tapi, ni kad I. Please call me. I would love to catch up," ujar Dhanni, seraya menyeluk kocek slacks Hugo Boss, lantas mengeluarkan sekeping kad nama di dalam beg duit. Dihulurkan kepada Ilee sebelum berlalu. 

Ilee menapak ke pejabat dengan satu senyuman yang lebar. Dhanni Qhalil Imran. Nama penuh lelaki itu secara otomatis muncul di mindanya, terasa semuanya tentang lelaki itu segar semula di ingatan. Dhanni, cinta pertamanya. Lima tahun Ilee dan Dhanni bersama, namun terputus di tengah jalan. Silap Ilee sendiri yang mengejar orang lain sehingga sanggup meninggalkan Dhanni. Padahal Dhanni terlalu baik untuk dirinya. 

Dan kini, lihat apa yang terjadi pada dirinya? Kerana lelaki yang dikejarnya itulah Ilee berada di sini. Bermadu dengan rakan karibnya sendiri. Bodoh. 

Sebaik sahaja punggung dilabuhkan di atas kerusi pejabat, kad nama yang dimasukkan ke dalam poket blazer The Row secara tergesa-gesa tadik dikeluarkan semula. Nama penuh Dhanni yang tertulis di atas kad dilarikan dengan ibu jari, tanpa sedar bibir Ilee menguntum senyum. 

Pantas telefon bimbit dicapai, nombor Dhanni disimpan. Dan entah mengapa, tangan Ilee terasa gatal untuk menghantar pesanan ringkas kepada Dhanni.

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now