Limabelas

935 14 0
                                    

Ilee menyandarkan tubuhnya pada sofa kafe Starbucks di The Spring, seraya menghirup vanilla latte. Jam tangan dikerling, menunjukkan pukul 10.30 pagi. Jam masih awal, namun dia ke situ dengan tujuan. Selesai menghantar Liam dan Lily ke prasekolah awal tadi, dia terus menuju ke situ untuk "breakfast meeting".

Bibir Ilee menguntum senyuman yang lebar tatkala dia melihat sekujur tubuh tinggi lampai, rambut berwarna hitam yang tersisir rapi ke belakang, hidung yang mancung serta berjambang, segak mengenakan busana suit Agnes B berwarna kelabu muda, menapak masuk ke dalam kafe. Sebentar kemudian jejaka kacak itu sudah berdiri di hadapannya, menatang kole berisi Americano dan sepinggan chocolate chip cinnamon roll kegemaran Ilee. 

"Saya tahu awak suka ni," ucap Dhanni, meletakkan pinggan cinnamon roll ke atas meja, seraya melabuhkan punggungnya ke kerusi yang bertentangan dengan Ilee. Ilee tersenyum, lantas memotong sedikit cinnamon roll lalu disuapkan ke mulut. Terasa terharu kerana Dhanni masih ingat kesukaannya itu. 

"Kenapa tak bagitau saya yang awak ke Hong Kong? Dah jumpa girlfriend baru ke kat sana sampai lupa nak bagitau saya?" usik Ilee. Dhanni tertawa kecil. 

"Kalau saya nak ingatkan awak pun, it's not right, Lee. Awak masih isteri orang," ujar Dhanni, suaranya mendatar. Kunyahan Ilee terhenti, dia terkedu mendengar kata-kata Dhanni. Kerongkong Ilee rasa seakan tersumbat. Dhanni tahu?

Dhanni mengetap bibir. "Fahmi yang bagitau sewaktu dia angkat phone awak. Saya call awak the morning after dinner berbuka dulu," jelas Dhanni. 

Ilee menekup mulutnya dengan tangan, terkejut. Ya, Ilee tahu dia memang salah. Dia tidak pernah berterus terang dan menjelaskan status dirinya kepada Dhanni. 

"Lee, saya tak marah. I just wished you could have told me. Saya tak nak menaruh harapan pada something yang saya tak mungkin akan dapat. I've lost you once and I don't think I can lose you twice. Sampai bila awak nak hide semua ni dari saya? Awak pernah terfikir sampai bila awak nak bagitau saya yang awak masih isteri orang?" 

Ilee masih mendiamkan diri. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Jantungnya berdetak kencang. 

"I'm sorry, Dhanni. Saya tak berniat nak tipu awak. It's just that, saya dengan Fahmi dah terlalu lama berpisah. It's been quite long. And the reason saya pulang ke Malaysia sebab saya nak proses divorce saya. Saya tak sanggup nak hidup macam ni, Dhanni. And believe me, you made me happy after a very long time of being not. You mean so much to me," ucap Ilee akhirnya, matanya merenung ke wajah Dhanni yang sedang memandang ke arahnya. 

Dhanni mengetap bibir. Sayu rasa hati melihat wajah Ilee yang berkerut. 

"Ilee, I'm serious. Selama ni, kalau awak tanya sesiapa yang kenal saya, mereka akan bagitau awak yang saya tak pernah ada serious relationship. Tak pernah yang lasts more than three months. Saya penat nak cari the right girl for me again, sebab saya dah jumpa the right girl for me suatu masa dahulu. Sebab dalam hati saya, hanya ada awak." 

Ilee telan liur. Dhanni mencapai jemari Ilee, digenggam erat. 

"Selama ni, saya tunggu awak, Lee. Saya tahu suatu hari nanti, our paths will somehow cross. Dan saya pernah berjanji yang I will not let you get away when we finally meet each other again. Because I feel that we are meant for each other. Nampaknya, saya terlalu lambat. Awak tahu kan, betapa saya sayangkan awak, even after all these years?" ujar Dhanni perlahan. Matanya sepetnya merenung tepat ke anak mata Ilee. 

Dhanni mahu meluahkan segala isi hatinya hari ini. Segalanya perlu diselesaikan hari ini juga. Persetanlah semuanya. Dhanni hanya mahu tahu, masih punya peluangkah dia untuk memiliki Ilee Sahara, atau tidak?

"I devoted myself to you, Lee. That's how much I loved you. I changed my ways, saya sanggup buat apa sahaja untuk awak. I had a reason to wake up every morning because of you. Sehingga awak tinggalkan saya macam tu sahaja....dan pilih Fahmi," sambung Dhanni perlahan. 

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now