Duapuluhsatu

1K 18 0
                                    

Terluka sendiri ku pendam segala rasa. 

Sudah kini ku melepaskan 

Cinta yang dulu ku banggakan. 

Aku sedari semua ini memang bukan salahmu. 

Ku kan melupakanmu

Walau tak bisa mudah

Ku kan bertahan sudah

Aku tahu

Kamu bukan untukku. 

: Afgan - Sudah. 

~~

Ilee menghirup dalam udara dingin luar yang segar, trench coat Burberry tebal yang dikenakan dirapatkan ke tubuh yang berdiri di balkoni apartmen di kawasan Munsterhof, Zurich. Pandangannya dilontar jauh, mindanya menerawang. 


Empat bulan sebelum itu...

Ilee membuka perlahan kelopak matanya. Tubuhnya terasa lenguh dan sengal, sedikit kesakitan bagaikan mencucuk-cucuk tubuhnya juga turut terasa. Cubaan untuk mengerang kesakitan tidak terlahir, suaranya tidak dapat dikeluarkan, tekaknya terasa sungguh kering. 

Ilee cuba menggerakkan sedikit tubuhnya, cuba untuk melihat ruang sekeliling. Mahu melihat di mana dia berada dan mencari segelas air untuk diteguk. Namun cubaan untuk bergerak tidak diteruskan saat kesakitan yang teramat mencucuk seluruh tubuhnya pada setiap pergerakan kecil yang dicubanya. 

"Lee! You're awake! Jangan bergerak. Awak perlukan apa? Biar saya ambilkan," terdengar suara cemas milik Dhanni memecah gegendang telinga Ilee. 

"Air," ucap Ilee lemah, suaranya perlahan dan serak. Pantas Dhanni mencapai segelas air, diletakkan straw kecil untuk memudahkan Ilee menyedut minuman itu. 

Dhanni merenung sekujur tubuh yang terlantar di atas katil hospital itu dengan perasaan hiba. Sayu saat melihat keadaan Ilee dengan tangan dan kepala yang berbalu, wayar dan tiub berselirat di tubuh dan lengan Ilee. Baru sahaja Dhanni hendak mengatakan sesuatu, mata Ilee kembali terasa berat dan tertutup. 

Saat Ilee tersedar semula, ruang bilik hospital itu sepi dan kosong. Pandangannya dilontar ke luar tingkap yang ditutup langsir tipis, membenarkan cahaya matahari samar-samar menerobos masuk, menerangi ruang bilik itu. Ilee mulai sedar apa yang telah berlaku. 

Dr Aisha melawatnya lagi petang itu. Ketika itu, Dr Aisha menerangkan semula kepada Ilee apa yang telah berlaku. Ilee telah terlibat dengan satu kemalangan yang melibatkan pertembungan dari sisi antara kereta yang dipandunya dan sebuah lori, lantas mencederakan Ilee. Tangan Ilee patah dan kepalanya yang terhantuk pada stereng menyebabkan Ilee jatuh koma selama seminggu. 

Berita terakhir yang disampai Dr Aisha kepada Ilee lebih menyayat hati. Sedaya upaya Dr Aisha cuba memberitahu berita itu agar Ilee kekal tenang. Kerana kecederaan yang parah, kandungan Ilee tidak dapat diselamatkan. Akibat komplikasi, rahim Ilee juga terpaksa dibuang. 

"I'm so sorry, Ilee. Be strong," ujar Dr Aisha seraya mengenggam tangan Ilee, sebelum berlalu. Malam itu, Ilee tertidur dengan juraian air mata sendirian. 

Sudah empat hari Ilee tersedar dari koma, namun kelibat Fahmi langsung tidak pernah kelihatan untuk menjenguknya. Tuan Azlan Rasheed, Puan Sarimah, Tuan Fakhir Khalid dan Puan Maria ada sahaja melawat Ilee, namun tidak Fahmi. Cuma Dhanni yang setia menjadi peneman Ilee saban hari. 

Setiap hari, jika berkesempatan, Dhanni akan singgah menghantar sarapan pagi berbentuk danish ataupun croissant kegemaran Ilee. Ketika makan tengah hari, lelaki itu juga muncul untuk makan tengah hari bersama dengan Ilee sebelum masuk semula ke pejabat. Pulang dari pejabat, Dhanni akan ke situ semula, menemani Ilee sehingga pukul 9 atau 10 malam. Itulah rutin Dhanni setiap hari sepanjang Ilee berada di hospital, tanpa jemu. 

Namun, kehadiran Dhanni itu masih tidak dapat menceriakan seraut wajah Ilee yang murung. Ilee sudah tidak seperti Ilee yang dahulu lagi. Ilee lebih banyak mendiamkan diri dan merenung ke luar tingkap. Dirinya terasa kosong. Apa yang Ilee rasa cumalah satu kesedihan yang seakan tidak berpenghujung. Hilang segala semangatnya untuk meneruskan hari-harinya. Yang ada, cumalah jasadnya. 

~~

Genap seminggu selepas itu, Ilee membuka matanya dari tidur. Itulah sahaja cara dia menghabiskan hari-harinya di wad itu. Bangun dan tidur semula. Enggan melakukan apa-apa. Jam di sisi katil dilihat sekilas, sudah pasti Dhanni akan sampai di situ sebentar lagi untuk makan malam seperti lazimnya. Jika untung, Puan Sarimah pun akan turut datang bersama untuk membawa makanan kegemaran Ilee. Mana tahu, selera Ilee terbuka untuk makan lebih dari biasa. Semenjak berada di hospital, berat badan Ilee terlalu merosot kerana enggan makan. Kalau ada pun, cuma sesuap dua. 

Mata Ilee melilau ke segenap ruang bilik, matanya tertancap pada susuk tubuh tinggi lampai yang sedang membelakanginya, segak mengenakan seluar slacks berwarna kelabu Hugo Boss, dipadankan dengan sepasang kemeja berlengan panjang pinstripe Prada. Haruman Ralph Lauren milik lelaki itu menusuk ke rongga hidung Ilee. 

Jantung Ilee seakan berhenti berdetak buat sesaat tatkala tubuh itu berpaling menghadapnya. Fahmi. 

Mata Fahmi merenung tajam ke arah Ilee. Wajah Fahmi langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Kosong. Bibir mereka berdua terkunci tanpa kata-kata yang terucap. Hanya renungan Fahmi sahaja yang tidak lepas dari memandang Ilee. 

Fahmi menapak rapat ke sisi katil Ilee, tangannya meletakkan sekeping sampul surat bersaiz A4 di meja sisi katil. 

"Saya dah sign divorce papers tu. Kita selesaikan di mahkamah secepat mungkin. My lawyers will be in contact with yours. Awak nak bebas dari terus bersama saya, jadi saya bebaskan awak," ujar Fahmi perlahan, suaranya mendatar. Pandangannya merenung sekilas anak mata Ilee, sebelum dia berpaling dan melangkah keluar dari bilik wad itu. 

Air mata Ilee mulai jatuh berderai. 

~~

Bunyi tombol pintu yang diputar mematikan ingatan Ilee pada kejadian yang berlaku tiga bulan lalu. Tubuhnya dipaling, dilihat Dhanni sedang menapak masuk ke dalam apartmen, tangannya menjinjit paper bag yang berisi pastry kegemaran Ilee untuk mereka berdua bersarapan pagi itu. Bibir Ilee menguntum senyuman kecil, menyembunyikan perasaan di hati yang berbaur duka. 

Sebelum Ilee dibenarkan untuk keluar dari hospital, Dr Rizal telah mendiagnos Ilee dengan postpartum depression. Atas nasihat dan perbincangan dengan Tuan Azlan Rasheed dan Puan Sarimah, mereka bersetuju untuk Dhanni membawa Ilee bersama ke Zurich bagi membantu Ilee. Kebetulan di Zurich, Dhanni mengenali seorang doktor psikiatri yang pakar dengan masalah postpartum depression.  

Walaupun payah untuk berpisah dengan Liam dan Lily, si kembar terpaksa ditinggalkan di Malaysia bersama dengan Tuan Azlan Rasheed dan Puan Sarimah, mengikut perjanjian antara dia dan Fahmi. Si kembar tidak boleh dipisahkan dari Fahmi buat masa ini. Biarlah Ilee pulih dahulu. 

Fahmi. Selepas menjatuhkan talak satu di hadapan hakim di mahkamah sebulan sebelum Ilee berangkat ke Zurich, Ilee langsung tidak pernah lagi berjumpa dengan Fahmi. Saat menghantar dan mengambil si kembar di rumah Tuan Fakhri Khalid, Fahmi akan sentiasa mengelakkan diri dengan berada di ruangan yang lain. Jika si kembar di hantar pulang, Fahmi hanya akan menghantar si kembar di luar pintu rumah, membiarkan Mak Cik Kalsom menyambut si kembar. Jika Ilee ada, Fahmi cuma akan berada di dalam kereta. Jika perlu berkomunikasi tentang si kembar, Fahmi akan menyuruh pembantu peribadinya untuk memberitahu Ilee. Fahmi betul-betul mahu menjauhkan dirinya sehabis mungkin dari Ilee. 

"Jauh mengelamun?" tegur Dhanni, memecah keheningan. Tangannya lincah menuang segelas jus epal kegemaran Ilee seraya meletakkan pinggan berisi croissant dan danish yang dibelinya tadi ke dalam pinggan. Dicapai jem dan butter, disuakan ke hadapan Ilee. 

Ilee sekadar menjawab dengan satu senyuman nipis, kepalanya digelengkan. 

"Saya rindu Liam dan Lily," ujar Ilee perlahan. Sudah hampir dua bulan dia berada di Zurich, selama itu dia cuma berhubung dengan si kembar cerdik melalui Skype. Namun, itu tidak sama bagi Ilee. Ilee rindu untuk memeluk dua tubuh kecil itu, melayan kerenah petah Liam dan Lily. 

"Petang ni saya temankan awak ke therapy ya? Nanti saya tolong tanya Dr Meyer macam mana progress and if we can fly the twins over here. Lagipun, twins pun dah nak cuti dah kan?" pujuk Dhanni. Ilee tersenyum nipis. 



CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now