Tigapuluh

1K 13 0
                                    

2 hari...

Ilee menutup pintu suite perlahan sebelum dia menapak masuk, cuba untuk melangkah dengan senyap saat matanya menangkap kelibat Dhanni yang sudah pulas tidur di atas katil. Ilee mengerutkan dahinya. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling sekilas. 

Aduh! Sudah pukul 2.30 pagi! Kenapa dia tidak perasan waktu yang sudah menginjak lewat? 

Pantas arahnya dituju ke bilik air untuk membersihkan diri. Air pancur dibuka, dibiarkan air hangat membasahi kulitnya. Mindanya menerawang kepada apa yang berlaku di pantai tadi. 

"Kenapa awak tak ada jawapan untuk saya? Saya tahu awak masih sayangkan saya, Ilee," ujar Fahmi perlahan. Pandangannya dilemparkan ke ruang laut yang gelap hanya disimbahi cahaya bulan yang terang. Punggungnya dilabuhkan di atas pasir bersebelahan dengan Ilee. 

"I just can't, Fahmi. Just terima jawapan saya boleh tak? Saya nekad nak kahwin dengan Dhanni."

"Even though you don't love him the same way he does?"

Kata-kata Fahmi itu membuatkan Ilee mengetap bibir. Sungguh Ilee tidak mahu kata-kata dari Fahmi itu mengubah pendiriannya. Biarlah apa yang dia ada bersama dengan Fahmi berkubur begitu sahaja. Dia rela. Dia pasrah. Jodoh dia dan Fahmi sampai di situ sahaja. 

"He doesn't deserve you, Ilee," terdengar suara Fahmi berkata perlahan. 

"It's not your place to say anymore, Fahmi."

Terdengar Fahmi menghembuskan nafasnya perlahan. Fahmi menoleh ke arah Ilee di sebelahnya. Memerhati sekujur wajah itu. Fahmi menyedari dia telah membuat satu kesilapan, mensia-siakan Ilee, melepaskan Ilee pergi.

"Saya sedar saya pernah membuat awak kecewa, Ilee. Saya sakiti awak, saya abaikan perasaan awak. Saya tahu tak senang untuk awak maafkan saya. Tapi saya akan tetap terus mencuba, kerana saya tahu awak masih sayangkan saya the same way that I do. Don't say that you don't. Because I know you do." 

Ilee memejam mata. Kenapa baru sekarang Fahmi mahu menyedari semua ini? Sudah terlalu lambat untuk segalanya. Ilee sudah terlalu bersedia untuk bersama dengan Dhanni. 

"Fahmi. Just, stop. Please. Saya nak balik," ujar Ilee, lantas bangkit dari duduk dan mula melangkah pergi. 

"Ilee, tunggu," panggil Fahmi. Pantas dia berlari anak, menggamit jemari Ilee. "Fahmi, tolonglah," rayu Ilee. Dia tidak sanggup lagi untuk berlama di situ. Tidak mahu keputusan nekadnya goyah dengan pujuk rayu Fahmi. 

"Dah lewat, saya hantarkan awak ke atas," pelawa Fahmi. 

Lamunan Ilee terhenti tatkala air dimatikan. Tuala dicapai dan dililitkan di tubuh. Saat pintu bilik air terkuak, matanya dijamu dengan pemandangan wajah Dhanni yang tenang, sedang tidur. Hati Ilee dipukul sayu. 

Ilee menapak menuju ke atas katil, tubuhnya direbahkan di sisi Dhanni. Tubuh sasa itu dirangkul lembut dari belakang, menghidu lembut haruman tubuh Dhanni yang tidak berbaju itu. Dikucup lembut belakang Dhanni sebelum Ilee terlelap. 

~~

Bunyi deringan telefon bimbit yang nyaring sejak tadi menganggu tidur Ilee. Dengan perasaan yang masih mamai, telefon yang diletakkan di atas meja sisi dicapai. Dahi Ilee berkerut melihat nama Juliana tertera pada skrin. Ditekan butang 'answer'. 

"Kau masih tidur ke? Dah lewat dah ni, Lee! Bangun cepat! Kau kena bersiap. Pukul dua kan majlis berinai? Aku kat luar bilik kau ni! Bukaklah pintu cepat!" terdengar suara Juliana di hujung talian. 

Mata Ilee terus segar saat teringat agenda hari itu. Jam di telefon bimbit dilihat. Sudah pukul 10 pagi! Dilihat sekilas ruang di atas katil di sebelahnya. Ilee mengerutkan kening saat menyedari ruang di sebelahnya kosong. Ke mana pula Dhanni?

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now