Enambelas

921 15 0
                                    

Kita selalunya mendengar kisah antara seorang puteri dan seorang putera akhirnya berbahagia berdua sahaja. Happily ever after. Hanya wujudnya kisah cinta agung antara dua insan. Namun, tiada siapa yang memberitahu yang realiti tidak selalunya sebegitu. Mengapa boleh wujudnya orang ketiga? Kisah-kisah dongeng yang memenuhi kita dengan harapan palsu dan kemudian memusnahkan segala harapan itu dengan realiti yang jelik sebegini?

Ilee berfikir sejenak. Jawapan kepada soalan yang belum pernah berjawab itu masih dicari. 

Teh di dalam cawan dihirup sedikit. Jam tangannya dikerling. Sengaja Ilee mengajak Juliana untuk berjumpa untuk minum petang bersama di Hilton petang itu. Hanya dia dan Juliana sahaja. Fahmi pun tidak diberitahu. 

Ilee memandang sekilas pada Juliana yang sedang leka melihat keluar jendela coffee house itu yang menghadap panorama Sungai Sarawak. 

"This is how it's going to be like for us? Tak dapat nak berbual macam dulu-dulu lagi? Aku perasan kau sentiasa mengelak dari bercakap dengan aku, Ju," ujar Ilee, memecah keheningan di antara mereka. Teh di dalam cawan dihirup lagi dengan perlahan. 

Juliana mengetap bibir. Pandangannya dialihkan dari luar jendela ke wajah Ilee. "Aku tak tahu nak cakap apa, Lee. I'm just so sorry for whatever that happened. Very sorry," ujar Juliana. 

Ilee tersenyum kecil, menggelengkan kepalanya. 

"Honestly, I thought I'll bound to see something like this happening, considering Fahmi's history. Tak sangka pula, yang dia kahwinkan tu kau. Aku tak salahkan kau langsung Ju."

Juliana melepaskan satu keluhan perlahan. Cuba menenangkan jiwanya yang dipenuhi rasa kekok dan bersalah. Juliana rasa terlalu berdosa dengan kawan karib yang sudah seperti adik beradik padanya. 

"Aku nak mintak cerai," umum Ilee perlahan, setelah seketika terdiam. Mata Juliana membuntang. 

"Kau nak buat apa?" ujar Juliana, terkejut. Suaranya agak meninggi. 

Ilee menghembuskan nafasnya. "Aku nak.."

"Aku dengar apa kau cakap, Lee! Kau tak perlu ulang. But why? Kalau aku menjadi punca kau nak minta cerai, aku sanggup undur diri, Lee!" potong Juliana pantas. 

"Kalau aku sebagai madu yang kejam, memang aku akan suka dengan keputusan kau tu. Yelah, madu mana yang tak suka jadi the only wife? Tapi kau bestfriend aku. Aku tak nak kau bercerai dengan Fahmi. Aku tak nak jadi pemusnah rumah tangga kau dengan Fahmi. You're my best friend. You're like a sister to me. Aku tak sanggup, Lee. Aku sayangkan kau sangat-sangat," sambung Juliana lagi. 

Ilee mengetap bibir. Matanya merenung wajah Juliana. "Aku tak yakin aku boleh bahagian Fahmi sepenuhnya. Memiliki kau membahagiakan dia, Ju. You complete him. Kau dengan dia ada special bond yang aku dan dia tak ada."

Juliana bermain dengan jemarinya sendiri di dalam genggaman. Pandangannya dilemparkan sekilas ke luar jendela coffee house. 

"Tapi dia sayangkan kau, Lee."

Ilee tersenyum nipis. "Tapi aku rasa aku tak boleh sayang dia macam dulu. Semuanya tak sama lagi," ujar Ilee perlahan. 

"Liam dengan Lily macam mana?" 

"Aku dah suruh lawyer aku aturkan. Aku akan kongsi hak penjagaan dengan Fahmi. Kids will ulang alik between us both. Weekends selang seli. I will try to make it work for them. Beri peluang kau dengan Fahmi pulak timang baby," jawab Ilee, berseloroh. 

Juliana tersenyum kelat. 

~~

Fahmi meletakkan kunci kereta pada mangkuk kayu di atas meja di pintu masuk apartmen yang dikongsinya bersama Juliana. Ruang rumah yang suram membuatkan Fahmi mengerutkan dahinya. 

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now