Seterusnya...

852 6 0
                                    

Suka Bila Aku Masih Milikmu?

Bolehlah cuba baca karya terbaru, Telah Ku Janji Selamanya. Check profile untuk link untuk terus baca!

Ini adalah sedikit previu dari Bahagian Satu Telah Ku Janji Selamanya

Ilana Saramaia sedang leka menyiapkan kertas kerja saat konsentrasinya diganggu sepasang tangan yang menghulurkan sekeping sampul surat manila berwarna hitam di hadapan wajahnya. Kepala yang tertunduk menghadap permukaan meja, diangkat sebelum dia melemparkan satu senyuman lebar dan mencapai huluran sampul tadi.

"What is this?" tanya Ilana kepada Rachel, rakan sekerjanya di Emser Solutions, seraya jarinya mencapai pembuka surat di atas meja. Matanya membaca kad yang bertulis dengan tinta berwarna emas. Ilana menjungkitkan keningnya sebelah, menoleh ke arah Rachel yang sedang bersandar pada dinding kubikelnya. Terlihat Rachel sedang tersenyum simpul padanya.

"You deserve this, Lana. Just come! Also because the boss said you have to. He insists every one in the office attends," jawab Rachel dengan slanga Australia yang pekat. Ilana senyum dan angguk sebelum Rachel pergi dari kubikelnya.

Sudah hampir dua bulan dia bekerja di syarikat itu di bahagian pengurusan sebagai seorang intern. Sebagai salah satu elektif untuk program pengajiannya di University of Sydney, dia memilih untuk menghabiskan enam bulan masa latihan industri. Untung sahaja dia mendapat tempat di salah sebuah syarikat kepunyaan orang Malaysia yang mempunyai cawangan di serata dunia.

Kad jemputan di dalam tangan dibaca sekali lagi. Ini adalah kali pertama dia dijemput untuk turut serta dalam majlis makan malam korporat. Sejak dia mula bekerja, Ilana sudah beberapa kali melihat Rachel dan beberapa lagi orang pekerja yang dijemput untuk turut serta oleh COO mereka, Henry, ke majlis makan malam korporat yang akan dihadiri oleh beberapa orang klien dan bakal pelabur.

Ilana menyarungkan trench coat satin Burberry berwarna hitam agar tubuhnya yang mengenakan dress separas lutut berwarna hitam Alaia dan sepatu suede berwarna merah Christian Louboutin tersarung di kakinya itu sedikit hangat. Terasa udara dingin musim sejuk kota Sydney menggigit kulit betisnya yang terdedah sedikit.

Kalau hendak cantik, kenalah berkorban sedikit. Lagipun, kalau tidak kerana majlis makan malam itu, memang Ilana tidak akan berpakaian sebegitu. Dia lebih selesa mengenakan seluar yoga dan tshirt jika tidak di pejabat. Paling tidak pun, seluar yoga akan digantikan dengan sepasang jeans.

Saat kakinya melangkah keluar dari pintu utama bangunan apartmennya, bibirnya yang tercalit gincu warna merah jambu seakan warna bibir itu tersenyum lebar, rambutnya yang berombak separas bahu dibiarkan lepas begitu sahaja diselitkan ke belakang telinga lantas menapak ke arah kereta Mercedes A Class berwarna hitam yang berhenti tepat di hadapan pintu utama. Terlihat Rachel sedang tersenyum ke arahnya dan melambai dari dalam kereta dengan tingkap yang terbuka, mengisyaratkan Ilana untuk masuk ke dalam kenderaan itu. Ilana akur.

Setelah beberapa minit di atas jalan raya, kereta akhirnya berhenti di hadapan bangunan Pullman di Sydney Harbour. Pantas kedua Ilana dan Rachel manapak ke ruang Hyde Hacienda di tingkat atas hotel itu. Saat mereka menapak masuk, beberapa orang tetamu dan rakan sekerja di Emser Solutions sudahpun sampai. Ilana berasa kagum saat pandangannya dilemparkan ke luar balkoni lounge itu yang menghadap panorama Harbour Bridge yang terang benderang disimbahi lampu.

Sepanjang malam itu, Ilana mendapat peluang untuk berbual dengan beberapa orang pemain industri yang disegani dari beberapa syarikat besar di kota itu. Bekerja di Emser Solutions memberikannya peluang bukan sahaja untuk mengetahui selok belok industri, tetapi juga berkenalan dengan orang-orang yang penting. Kalau tidak dari golongan atas seperti CEO, sekurang-kurangnya dia boleh berkenalan dengan eksekutif syarikat lain.

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now