Dua

896 18 0
                                    

Ilee melepaskan satu keluhan kecil. Secawan Earl Grey di hadapannya dihirup perlahan, pandangannya dilemparkan ke luar tingkap kafe. Dengan ketiadaan Fahmi di hujung minggu itu, Ilee sendiri lagi. Bererti, masa terluangnya itu boleh dihabiskan dengan Juliana. 

Juliana Bahrain, nama yang tidak asing di dada majalah high fashion dan sosialit. Gadis berketurunan India-Melayu-Cina itu sudah berkerjaya sebagai seorang model sejak umur 16 tahun lagi. Kini di umur 28 tahun, Juliana membuka agensi fotografi miliknya sendiri dan baru sahaja merasmikan pembukaan butik aksesori ekslusif yang diimport dari Switzerland dan Austria. 

Walaupun mempunyai rupa sebagai aset utama, dengan rupa paras yang eksotik dan tubuh yang tinggi lampai, Juliana masih kekal sendiri. Setakat ini, Juliana merasakan belum ada lelaki yang dapat memenuhi kriteria yang dia mahukan untuk berkomitmen. 

"Melamun apa tu, Lee?" tegur Juliana, mematikan lamunan Ilee. Ilee tersenyum kecil. 

"Aku sunyilah, Ju. Kalau kau dah ada boyfriend, dengan siapa pulak aku nak bazirkan masa hujung minggu macam ni?" 

Juliana menjungkitkan sebelah keningnya. "Itulah kau, nak honeymoon lama-lama. Kalau ada baby ada jugak untuk sibukkan kau. Kau dah bagitau Fahmi hasrat kau?"

Ilee mengulum lidahnya. "Hasrat yang mana satu? Untuk Fahmi kurangkan flying hours atau terus berhenti? Or aku nak anak untuk temankan aku waktu dia tak ada?"

"I don't know. Both?" jawab Juliana. Pelik. Padahal itu adalah hasrat Ilee, bukannya dirinya. Alih-alih, Juliana pula yang ditanya. 

Ilee geleng. Cawan dicapai dan teh dihirup lagi. Niat Ilee untuk mengutarakan hasratnya itu masih disimpan. Jika difikirkan semula, bagaimana untuk membina keluarga kalau Fahmi kerapkali tiada di sisi? Sedangkan Ilee mahu untuk membina keluarga bersama-sama Fahmi di sisi. Melihat anak-anak mereka membesar, membina memori sebagai sebuah keluarga. 

"Fahmi ke mana pula sekarang ni?" ujar Juliana, cuba mengubah topik. 

"Australia. Harap-harap jadilah esok dia balik."

"Kenapa tak ikut je dia? Alang-alang boleh jumpa parents kau." 

Bukannya Juliana tidak tahu yang kedua ibu bapa Ilee sedang berada di rumah keluarga mereka di Australia. Sudah beberapa bulan Tuan Azlan Rasheed dan Puan Sarimah berada di sana. Setelah Ilee berkahwin, mereka berdua kerap pula melancong berdua, mahu menikmati zaman emas mereka bersama sebaik mungkin. 

"Aku busy lah Ju. Kau tahu ajelah kalau Daddy tak ada, dah satu hal pulak bertambah kerja aku nak kena report hari-hari kat dia. Kalau aku tak report, dia menggelupur. Kalau aku tak masuk kerja, habis melingkup agaknya office tu. Nama pun kerja makan gaji, Ju. Bukan macam kau, your own boss." 

"Iyalah tu! Macamlah Fahmi tu tak mampu nak sara kau, Lee. Kau berhenti kerja pun, dia boleh sara kau dengan anak satu team bola tau! Dari kau duduk monyok macam ni, elok kau fikir cara supaya aku boleh timang anak buah cepat-cepat," usik Juliana. Ilee tertawa kecil. 

~~

Tuan Fakhri Khalid menyuapkan ayam masak lemak cili api hasil air tangan menantunya dengan penuh berselera. Salah satu perkara membuatkan Tuan Fakhri Khalid berasa senang hati bermenantukan Ilee adalah kebolehan Ilee untuk menguruskan perihal rumah tangga dengan cekap. Walaupun dibesarkan dalam suasana serba ada, Tuan Fakhri Khalid mengakui yang kedua ibu bapa Ilee telah membesarkan dan mengajar Ilee dengan bagus. 

Bukannya apa, bukan senang nak cari perempuan yang tidak terlalu manja apabila membesar dalam keluarga berada. Ada yang sudah terlalu selesa, buka sahaja mata, terus dihidang bagai anak raja. Sentiasa punya pembantu untuk melakukan apa sahaja. 

"Fahmi berapa lama cuti ni?" usul Tuan Fakhri Khalid seraya menyenduk lagi lauk ke dalam pinggannya. Berselera betul sampai bertambah-tambah pula. 

"Seminggu, Ayah. Lee ni merungut Fahmi lama sangat dah tak kat rumah."

"Ha, betullah tu. Asyik tinggal Lee seorang. Tak takut? Fahmi dah kahwin tau! Bukan bujang lagi macam dulu. Kalau lama-lama sangat berjauhan, bila pulak Mama nak timang cucu?" sambung Puan Maria. 

Kunyahan Fahmi terhenti tatkala mendengar kata-kata Mamanya itu. Fahmi melirikkan pandangan ke arah Ilee yang duduk di sisinya. Ilee pula berpura-pura tidak mengendahkan soalan Puan Maria itu, bibirnya kekal terkunci. 

"Betul cakap Mama tu. Why don't you just quit your job and take over the company? Ayah bila-bila masa je lagi nak retire ni. I'm too old Fahmi. Tak perlu Ayah nak train dan cari orang lain untuk ganti Ayah kalau Fahmi bersedia," ujar Tuan Fakhri Khalid. 

Memang sudah lama Tuan Fakhri Khalid berharap yang Fahmi mengambil alih tempatnya di syarikat keluarga mereka, MetroDev Berhad. Tapi, apakan daya, anaknya yang seorang tu lebih berminat untuk melebarkan sayapnya dalam bidang penerbangan. Maka, diturutkan jua.

Fahmi meletakkan sudu dan garpunya di atas pinggan. Nafasnya ditarik perlahan. Wajah kedua orang tuanya direnung. 

"Kalau Mama dengan Ayah nak cucu cepat, kena tanya dengan tuan punya badan yang mengandung nanti. Kami dah rancang nak honeymooon lama sikit, take our time together. Tak puas lagi Fahmi nak bermanja dengan Lee. Tapi, kalau Lee pun setuju jugak, takpe. Malam ni jugak Fahmi usahakan," jawab Fahmi. Sengaja membiarkan soalan Ayahnya tidak berjawab. Dia sudah terlalu lali dengan soalan 'bila nak ambil alih MetroDev'. 

Kata-kata Fahmi itu disambut Ilee dengan satu cubitan pedas pada lengan suaminya. Ilee menjeling Fahmi tajam. Merah padam wajah Ilee menahan malu. 

"Sukalah tu! Mengada," ujar Ilee. Fahmi tersengih. 

"Dah-dah. Kalau Fahmi dengan Ilee tak nak ada anak dulu, takpe. It's your choice. Mama faham. Tapi, janganlah dilambatkan sangat, ya?" pesan Puan Maria. 

~~

Ilee bersandar pada pagar balkoni yang menghadap panorama malam Sungai Sarawak, membiarkan wajahnya ditampar angin sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba terasa tubuhnya dirangkul lembut dari belakang, bahunya yang terdedah dikucup lembut.

"Sayang fikir apa tu?" tanya Fahmi, seraya menongkatkan dagunya pada bahu Ilee. Tangan Fahmi mengusap lembut lengan Ilee digenggamannya. 

"Fikir tentang awak, tentang kita, tentang masa depan kita," ucap Ilee kecil. Fahmi melepaskan nafasnya perlahan. 

"Macam mana kalau saya nak awak stop flying bila kita ada anak nanti, sayang? Awak sanggup ke? Saya perlukan awak di sini dengan saya," sambung Ilee lagi. 

"Lee...," ucap Fahmi lembut, memotong bicara Ilee. 

"No. Think about apa Ayah cakap. Take over the company. Atau request to ground yourself. Anything. Tapi saya nak, bila saya pregnant, bila kita dah ada anak, setiap malam, saya tidur dan bangun bersama awak di sisi. Bukan hanya dua, tiga malam setiap dua minggu. Saya sunyi, Fahmi."

Fahmi mengeluh, lantas rangkulan dilepaskan. Tubuh Ilee dipalingkan agar wajah isterinya itu menghadap dirinya. Direnung wajah bujur milik Ilee penuh erti, sebelum tubuh itu ditarik semula ke dalam rangkulan, membiarkan Ilee bersandar pada dadanya yang bidang. 

"Sayang, saya faham. Tapi, saya tak boleh nak berhenti mengejut macam tu je. You know how much I love what I do right? Beri saya masa? Please?"

"Tapi saya perlukan awak di sini dengan saya kalau kita nak mulakan keluarga kita. Saya nak awak ada bersama saya bila kita ada anak. Saya tak nak anak-anak kita membesar without seeing their dad often," balas Ilee. 

Fahmi ketap bibir. Suasana di antara mereka berdua hening buat seketika. Sesekali terdengar deruan enjin kereta di kejauhan. 

"Okey, apa kata we make a deal. We're not going to have kids dalam masa terdekat ni kan? Give me 6 more months. That's all I want. I will consider my options and make my decision by then. Boleh?"

Enam bulan lagi? Dalam masa enam bulan, usia perkahwinan bakal menginjak ke tahun pertama. Ertinya Ilee perlu menunggu lagi. 

Satu keluhan terlahir di bibir Ilee. Ilee terkejut tatkala satu kucupan lembut singgah di bibirnya. Dagu Ilee dipaut agar matanya bertentangan dengan mata Fahmi. Fahmi merenung ke dalam anak matanya dengan dalam. 

"I promise," bisik Fahmi. 


CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now