Tigapuluhdua

1.4K 14 0
                                    

The day...

Ilee duduk di atas kerusi sambil melihat bayangannya di dalam cermin, melihat jurumekap menyapu mekap di wajahnya. Rambutnya sudah awal siap didandan cantik. Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi, bererti dia cuma ada beberapa jam sahaja lagi untuk majlis pernikahan dia dengan Dhanni Qhalil untuk bermula. 

"You look so beautiful, Ilee!" ujar Juliana, memandang ke arah rakannya itu. Ilee membalas dengan satu senyuman lebar. Ilee menyangka dia akan merasa gugup untuk bernikah hari itu, namun, perasaan itu langsung tidak ada di benaknya. Yang ada, hanyalah perasaan yang berlapang dada. 

Setelah selesai didandan, Ilee menyarungkan gaun pengantin rekaan Valentino berwarna off white, dihiasi taburan Swarovski crystals keemasan. Bibirnya menguntum senyum tatkala melihat dirinya di dalam cermin. Tak sia-sia dia dan Juliana bergegas ke sana ke mari mencari jalan untuk mendapatkan gaun itu. 

Di dalam kekecohan di dalam bilik persediaan itu, satu ketukan pada pintu suite mencuri perhatian. Ilee mengerutkan dahi. Siapa pula yang datang mengetuk? Juliana pantas menapak dan membuka pintu bilik. 

Saat pintu terkuak, terlihat susuk tubuh Dhanni yang segak dan kacak mengenakan baju melayu cekak musang berwarna keemasan, sedondon dengan gaun yang dikenakan Ilee, sedang berdiri di hadapannya. Wajah Dhanni sedikit mendung.

"Eh, Dhanni? Buat apa kat sini?" tanya Juliana terkejut. Dhanni terus sahaja menapak masuk tanpa berkata apa-apa pada Juliana. 

Ilee yang sedang duduk di birai katil, memalingkan tubuhnya. Agak kaget melihat kehadiran Dhanni yang tiba-tiba itu. Bukankah sepatutnya Dhanni sedang bersiap di bilik yang lain? Kenapa pula dia ada di sini?

"Ilee, I need to talk to you. Alone," ujar Dhanni, matanya melilau ke segenap bilik, seolah memberi isyarat agar dia dan Ilee ditinggalkan sendirian. Seakan mengerti, semua yang berada di dalam bilik itu menapak keluar, meninggalkan mereka berdua sahaja. 

Saat pintu tertutup, Dhanni melabuhkan punggungnya di birai katil. Bibirnya menguntum senyuman yang kelat, melihat keindahan ciptaan Tuhan yang sedang berdiri di hadapannya itu. Anggunnya Ilee di saat itu. Membuaknya perasaan Dhanni terhadap Ilee. Terasa bersyukur dia diberikan peluang untuk melihat Ilee sebegitu. 

Ruang kosong di atas katil di sebelahnya ditepuk lembut, mengisyaratkan Ilee untuk duduk di sebelahnya. Ilee akur, menghenyakkan punggungnya di sebelah Dhanni. 

Dhanni mencapai jemari Ilee, digenggam erat dan dielus lembut. Mata Dhanni merenung tepat ke dalam anak mata Ilee, memandangnya dengan penuh erti. 

"Kenapa ni, D?" tanya Ilee lembut. Hairan dengan kelakuan Dhanni. Tiba-tiba sahaja jantung Ilee berdetak kencang. 

"Awak sayangkan saya?" tanya Dhanni lembut, jemari Ilee dibawa ke bibirnya, dikucup lembut. 

"Sayang, of course saya sayangkan awak. Kita nak kahwin dah kan? Kenapa ni?"

"Tapi awak sayangkan Fahmi juga kan? Dalam hati awak tetap ada dia kan? No matter what, you still do have feelings for him, right?" duga Dhanni. Pandangannya sayu dan redup dihalakan ke wajah Ilee. 

Ilee terkedu. "Dhanni, kenapa awak cakap macam ni? Saya sayangkan awak. Saya pilih awak, bukan Fahmi." 

Dhanni tertawa kecil. "I can't marry you, Lee. I'm sorry, but I really can't." 

Buntang mata Ilee mendengar kata-kata Dhanni. Air matanya mula bergenang. Matanya memandang wajah Dhanni penuh keliru. "Dhanni, awak cakap apa ni? Apa maksud awak?" ujar Ilee dengan suara yang bergetar. 

"Saya tak nak teruskan majlis ni, Lee. I can't do this. Saya dah fikir keputusan saya ni sehabis baik, dan saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kita berdua. Saya tak nak kita menipu diri sendiri, Lee. Don't lie to me. Don't lie to yourself about your own feelings, Lee. Do yourself some justice and admit it. Awak tak cintakan saya. Tak seperti awak masih cintakan Fahmi kan?" 

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now