Lima

895 16 0
                                    

15 tahun sebelum itu. 

Juliana tersenyum simpul tatkala melihat jejaka kacak dan tinggi lampai itu menapak ke arahnya. Dengan rambut kecoklatan yang berombak, kening yang tebal dan terletak, sepasang mata yang memikat dengan anak mata yang berwarna coklat, hidung yang mancung, dan seulas bibir yang seringkali melemparkan senyuman nakal, di usia 20 tahun, Fahmi mampu membuatkan mana-mana gadis longgar lutut. 

Kemeja putih polos yang tidak berbutang, menampakkan otot tubuh yang terbentuk dan sepasang khakis separas lutut membuatkan penampilan Fahmi di Beach Party itu semakin menawan. Fahmi tahu, banyak mata-mata gadis yang hadir pada hari itu tertumpu padanya. Namun di mata Fahmi cuma ada seorang. 

Fahmi tersenyum nakal ke arah gadis tinggi lampai yang mengenakan bikini top berwarna hitam, di pinggang langsing gadis itu diikat sehelai pario jarang tona sama.  Wajah yang seksi dengan pandangan memukau yang tajam, rambut yang panjang dan keperangan serta kulit yang sedikit tan hasil dari darah kacukan Melayu-Cina-India itu membuatkan gadis itu kelihatan lebih seperti pelakon Latin dari orang Malaysia. Pantas kaki Fahmi melangkah, agar lebih cepat sampai ke tubuh yang sedang menari itu. 

Tubuh Juliana dirangkul, dipalingkan agar wajah Juliana menghadap dirinya. Ditarik tubuh itu rapat ke tubuhnya, rambut keperangan milik Juliana yang lepas bebas diselitkan ke belakang telinga. Fahmi merenung tajam anak mata Juliana, tanpa berkata apa-apa bibir Fahmi menjamah seulas bibir Juliana. 

Kucupan berbalas dengan penuh menggoda. Tangan Fahmi menjalar menyentuh setiap lekuk tubuh Juliana, turun ke pinggul gadis berusia 18 tahun itu, diramas penuh berahi. Mereka berdua seakan lupa tentang orang lain yang sedang berada di situ. Terasa seperti hanya mereka berdua yang ada di situ. 

"Akhirnya kita berjumpa jugak," bisik Fahmi kepada Juliana. Juliana tersenyum. Ya, sudah beberapa bulan mereka berdua berkenalan, namun kerana takut dan malu, Juliana masih enggan menerima pelawaan Fahmi untuk bertemu dengannya. Sehinggalah hari itu. Kebetulan juga Juliana menghadiri Beach Party sebelum dia berangkat untuk menyambung pelajarannya. 

Bukannya orang tidak tahu siapa Fahmi Ilham Fakhri, anak kepada taikun syarikat konglomerat MetroDev itu. Dengan harta yang unlimited, rupa paras yang kacak dan menggoda, semestinya Fahmi tahu bagaimana untuk menggunakan aset nya itu sepenuhnya bagi memancing gadis-gadis. Malah, Fahmi terlalu terkenal dengan imej playboy yang silih berganti girlfriend mengalahkan tukar baju. 

Sebab itulah juga Juliana sedikit berhati-hati tatkala Fahmi menyatakan dia mahu berjumpa denga Juliana. Fahmi juga yang sentiasa beria-ia untuk memancingnya. 

Sepanjang malam, Fahmi tidak mahu melepaskan Juliana. Di mana ada Juliana, di situ ada Fahmi. Bagi Fahmi, ini adalah satu peluang keemasan yang dia tidak mahu dilepaskan. Bukannya senang untuk mendapatkan Juliana. Walaupun Fahmi tidak pernah mempelawa Juliana untuk menjadi girlfriend selama ini, perkara itu boleh dipertimbangkan untuk malam ini. 

Juliana adalah seorang gadis yang eksotik yang belum pernah ditemuinya seperti gadis-gadis sebelum ini. Terlalu berbeza. Fahmi harus memiliki Juliana!

Fahmi meletakkan sebotol Corona di hadapan Juliana, seraya duduk di meja bar di sebelah gadis itu. Sebotol lagi Corona di dalam tangannya, diteguk perlahan bagi menghilangkan haus. Bahu Juliana yang terdedah itu diusap perlahan. 

"You look gorgeous and sexy," puji Fahmi, membuatkan Juliana tersipu. Sungguh dia tidak pernah dilayan sebegitu oleh mana-mana lelaki. Mungkin kerana Fahmi mempunyai pengalaman yang banyak, dia tahu bagaimana untuk melayan seorang perempuan untuk membuatkan perempuan itu merasakan dialah yang paling penting di dunia. 

Typical Playboy behavior. 

"You look handsome yourself," puji Juliana kembali. Fahmi tersenyum nakal, keningnya dijungkitkan sebelah. Fahmi bangkit dari duduk, lantas merapatkan tubuhnya ke belakang Juliana. Kepalanya ditundukkan agar bibirnya tepat ke telinga Juliana. 

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now