Sebelas

886 15 0
                                    

"Ahad ni, saya balik Malaysia," ucap Dhanni, tangannya sibuk menyusun pinggan serta sudu dan garpu di atas meja untuk makan malam nanti. Ilee pula sedang sibuk memasak di dapur tidak jauh dari situ. Liam dan Lily yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu memberikan mereka berdua ruang untuk berbual seketika tanpa disampuk dan disoal oleh dua suara comel yang petah itu. 

Ilee yang sedang sibuk menumis asparagus dan menggoreng grilled chicken fillet, mengetap bibir. "Okey," jawab Ilee ringkas. 

Habis, apa lagi yang dia harus katakan kepada Dhanni? 

Dhanni melangkah ke arah Ilee, menyandarkan pinggulnya pada kaunter di sebelah dapur, berpeluk tubuh. Matanya yang sepet itu merenung Ilee dengan tekun. Sengaja Ilee tidak mahu membalas renungan Dhanni, kerana dia tahu, renungan tajam itu mampu membuatkan jantung dia berjungkir balik di dalam dada. Silap hari bulan, boleh jatuh dan tergelincir. 

"Well, aren't you going to miss me?" duga Dhanni. Suaranya yang dalam itu membuatkan ayat yang dituturkan menjadi lebih menggoda. Jiwa Ilee bergetar mendengar soalan Dhanni itu. 

"Kenapa pula I nak miss you, Dhanni? Awak balik Malaysia, kahwin dengan orang lain pun boleh. Banyak perempuan kat luar sana nak," jawab Ilee selamba. Dhanni tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Ilee itu. 

Usai makan malam, Ilee menguruskan si kembar, memastikan mereka berdua bersedia untuk tidur, sementara Dhanni menolong untuk mencuci pinggan di dapur. Bukannya susah pun, masuk dishwasher sahaja!

Selang tiga puluh minit kemudian, Ilee menapak keluar dari bilik si kembar. Terlihat Dhanni sudah duduk berbaring di lounge chair yang terletak di sunroom bersebelahan dengan ruang tamu, menjamu matanya dengan panorama malam langit kota Sydney yang dipenuhi bangunan pencakar langit. 

Ilee melangkah menuju ke arah sunroom, lantas melabuhkan punggungnya di lounge chair bersebelahan dengan Dhanni. 

"Want some?" pelawa Dhanni, seraya menunjuk segelas chardonnay sejuk. Ilee angguk. 

"Thank you."

"I can imagine living here. Tidur dengan pemandangan macam ni, best!" ujar Dhanni, bersandar pada lounge chair semula. Ilee senyum, seraya menghirup minuman di dalam gelas. 

"But you're leaving on Sunday," balas Ilee. Dhanni mengeluh kecil. 

"Saya boleh stay kalau awak nak," ujar Dhanni perlahan. Tubuhnya diiring agar pandangannya dihala ke arah sekujur tubuh Ilee. 

Ilee tergelak kecil. Wajah Dhanni yang kacak itu dijeling sekilas. 

"Dhanni, kenapa awak tak kahwin lagi? Girlfriend pun tak ada. Tak sunyi ke?" tanya Ilee, setelah seketika suasana di antara mereka berdua hening. 

Dhanni tersenyum nipis. "Sebab saya tunggu awak," ujarnya perlahan. Kali ini wajah Ilee direnung penuh erti. 

"Tak payah nak melawak lah, Dhanni."

"Saya serius, Lee."

Ilee terdiam. Cincin di jari manis disentuh lembut dengan jari. Ilee memejam matanya rapat. Fahmi. Entah mengapa nama itu tiba-tiba muncul di fikirannya. Nama itu masih mampu membuat jiwanya bergelora. 

"It's okay, Lee. We just leave this as it is okay?" sambung Dhanni setelah seketika, lantas bangkit dari duduk. Kaki Dhanni menapak ke sofa di ruang tamu, mencapai kot Brunello Cuccinelli, bersedia untuk pulang. Ilee mengikut tidak jauh di belakang. 

"Good night, Ilee," ujar Dhanni lembut saat dia menapak keluar dari pintu apartmen Ilee. Bibirnya menguntum senyum kecil, matanya merenung tepat ke dalam anak mata coklat milik Ilee, masih berdiri di hadapan pintu. Ilee terkejut saat Dhanni menghadiahkan satu ciuman di dahinya sebelum lelaki itu berlalu pergi, meninggalkan Ilee termangu di hadapan pintu sendirian. 

~~

Juliana menanggalkan kacamatanya, diletakkan di atas meja bersama dengan kertas sketches rekaan terbaru untuk butiknya. Sorot matanya mengikut langkah Fahmi yang baru sahaja keluar dari bilik air, selesai mandi. Dilihat Fahmi menyarungkan seluar ke tubuhnya, tanpa berbaju sebelum melangkah ke meja kerja untuk mengambil sebatang cigar dari kotak. 

Fahmi kemudian menapak ke balkoni bilik tidur, cigar dinyalakan sebelum tubuhnya disandar pada balkoni kondo Sapphire on the Park, menjamu matanya dengan pemandangan bandar Kuching di waktu malam. Termenung lagi Fahmi malam ini. 

Juliana bangkit dari duduk, menapak perlahan menuju ke arah Fahmi. Juliana memeluk tubuh, terasa kedinginan angin malam pada kulitnya yang hanya disarung night robe sutera. Tubuh Fahmi dipeluk dari belakang, terasa tangan Juliana menyentuh lekuk otot pada tubuh Fahmi. Haruman Fahmi menusuk ke hidung, dikucup lembut belakang suaminya itu. 

"Kenapa ni?" tanya Juliana lembut. 

"Nothing," balas Fahmi pendek. Kepulan asap dari cigar dihembuskan perlahan. Fahmi memalingkan tubuhnya, agar belakangnya bersandar pada balkoni, menarik tubuh Juliana ke dalam pelukan. Membiarkan kepala Juliana bersandar pada dadanya. 

"Tension sangat ke kerja?" tanya Juliana lagi. 

Fahmi melepaskan satu keluhan berat. Rambut keperangan Juliana yang lurus dibelai lembut. Dagu Juliana dipaut agar wajahnya menghadap Fahmi, sebelum bibirnya digigit lembut dan dikucup oleh Fahmi. Tubuh Juliana ditarik agak lebih rapat ke tubuhnya, setiap lekuk tubuh Juliana menyentuh kulitnya yang tidak berlapik. Pipi Juliana diusap lembut, mata Fahmi merenung tajam anak mata Juliana. 

Sungguhpun tangannya menyentuh tubuh Juliana, namun minda Fahmi sebenarnya menerawang jauh. Gelora di jiwanya sebenarnya kerana terfikirkan Ilee. 

"I love you," bisik Fahmi. Juliana tersenyum nipis. 

"I love you too, Fahmi."

Satu kucupan dihadiahkan ke dahi Juliana, sebelum Fahmi menapak semula masuk ke dalam bilik. Di benak Fahmi, dia rasa amat bersalah. Kenapa perlu memikirkan tentang Ilee di saat Juliana berada dalam rangkulannya. Seperti tidak adil. 

Juliana mengekori langkah Fahmi dengan sorot matanya, bibirnya mengeluh kecil. Juliana sebenarnya boleh mengagak apa yang berbaur di minda Fahmi. Juliana perasan yang kebelakangan ini, Fahmi lebih kerap menghubungi si kembar. Bukanlah erti Juliana cemburu, namun itu ertinya Fahmi sebenarnya mencari Ilee. Tapi, siapalah Juliana untuk menghalang. 

Juliana melangkah masuk, pintu balkoni di tutup perlahan. 

If only things are much simpler. 





CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now