Tigapuluhsatu

1K 15 0
                                    

1 hari...

Ilee membuka kelopak matanya perlahan. Pandangannya silau dipanah cahaya matahari yang menerobos masuk dari pintu balkoni yang terbuka luas, membiarkan angin laut bertiup memenuhi ruang suite itu. Ilee mengeliat sedikit, sebelum duduk dari pembaringan. Matanya melilau ke sekeliling suite. 

Nafas lega ditarik, senyuman terukir di wajah Ilee tatkala dia melihat kelibat Dhanni yang sedang berdiri membelakanginya, bersandar di pagar balkoni. Pantas Ilee turun dari katil dan menapak ke arah Dhanni. Tubuh tegap dan sasa itu dirangkul erat dari belakang, belakang Dhanni yang tidak berlapik dikucup lembut. Ilee menarik nafasnya dalam, menghidu haruman tubuh Dhanni. 

"Awak pergi mana semalam? I got worried," ujar Ilee halus. Dhanni sekadar mendiamkan diri. Pandangannya dilemparkan jauh ke tengah laut. Ilee meleraikan pelukan, menyandarkan belakangnya pada pagar balkoni agar wajahnya menghadap Dhanni. Ilee mengerutkan dahi tatkala melihat keadaan Dhanni yang kusut masai. 

"Sure awak okey?" tanya Ilee lagi untuk kepastian. Ada raut bimbang di wajahnya. 

Dhanni melepaskan satu keluhan berat. "I just need to clear my mind," balas Dhanni akhirnya. Enggan disoal siasat lebih banyak. Dhanni berpaling, melabuhkan punggungnya di atas salah satu kerusi malas di atas balkoni itu. Matanya yang dihadang dengan kacamata hitam, merenung ke arah Ilee. 

"Are you sure you want to get married, Lee?" tanya Dhanni dengan tiba-tiba. Ilee tersentak. Pantas pandangan Ilee dihalakan ke arah Dhanni. Ilee mengerutkan dahinya. 

"Apa maksud awak, D? Of course I want to get married! Kenapa tiba-tiba tanya ni?"

"Awak nak kahwin, tapi adakah awak nak kahwin dengan saya? Awak pasti dengan keputusan awak?"

"Dhanni, what happened? Kenapa awak tanya saya semua ni?"

Dhanni meraupkan rambutnya ke belakang, pandangannya dialih dari wajah Ilee ke arah pemandangan Gunung Santubong. 

"Saya nampak awak. Saya nampak awak dengan Fahmi dekat pantai malam tu," ujar Dhanni perlahan. Wajah Ilee serta-merta berubah. 

"Dhanni...I can explain."

Dhanni mengangkat tangannya, menghalang Ilee untuk meneruskan kata-katanya. Kacamata ditanggalkan agar anak matanya dapat merenung tepat ke anak mata Ilee yang sedang memandang wajahnya. 

"Do you still want to be my wife, Ilee?" ujar Dhanni perlahan, nada suaranya sedikit tegas. 

Ilee mengetap bibir. "Saya akan kahwin dengan awak, Dhanni. Tu keputusan saya. Full stop. Tak perlu nak question saya, please," balas Ilee tegas. 

"Saya perlu bertanya, sebab saya nampak Fahmi cium awak bila saya balik pagi tadi," jawab Dhanni lagi. Berderau darah Ilee tatkala mendengar kata-kata Dhanni itu. "Don't tell me it's still nothing, Lee," sambung Dhanni lagi. Matanya merenung tajam wajah Ilee.

Ilee mendengus. Kakinya sudah hendak dihayun untuk melangkah pergi dari situ, namun pergelangan tangannya terlebih dahulu direntap oleh Dhanni yang kini sudah bangkit dari duduk. Tubuh Ilee ditarik agar lebih dekat dengannya. Mata Dhanni merenung Ilee tajam, genggaman di tangan Ilee bertambah erat. 

"Saya tak nak kahwin dengan awak, kalau hati awak bukan untuk saya. You deserve better, Lee. I deserve better. Saya tak nak kita kahwin hanya kerana it's convenient for the both of us. Saya tak nak kita kahwin hanya kerana awak rasa terhutang budi pada saya. I need you to marry me because you love me. Saya tak boleh nak teruskan semua ni, kalau saya rasa you're not giving your all to me. I want it all or nothing at all," ujar Dhanni, suaranya kedengaran tenang tetapi dalam. 

CIKLET: Bila Aku Masih MilikmuWhere stories live. Discover now